Sukma XII Terengganu 2008 | Pembukaan Rasmi

Sukma 12 | Terengganu

Sukma yang ke 12 kali telah dibuka dengan rasminya pada 31 Mei 2008 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. Perak yang menduduki tempat ketiga untuk 3 tahun berturut-turut pada 2002, 2004 dan 2006 telah menghantar kontinjen sebanyak 576 orang atlet termasuk pegawai sukan.

Sebanyak 31 acara sukan disertai oleh kontijen Perak kali ini yang diketuai oleh Y.B Dato’ Jamaluddin Al-Amin bin Haji Ahmad iaitu Pegawai Kewangan Negeri Perak.

Kontijen Sukma Perak 2008

Antara sebilangan atlet negeri Perak yang bakal merebut 404 pingat emas yang dipertandingkan pada Sukma kali ini.

Skuad Bolasepak Sukma Perak 2008

Barisan pemain, jurulatih dan pegawai skuad bolasepak Sukma Perak yang turut menyertai perbarisan hormat sempena pembukaan rasmi Sukma ke 12.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Sukma XII Terengganu 2008 | Pembukaan Rasmi

  1. yong85

    nmpk bersemangat & patriotik skuad negeri perak bila pakai warna kebanggaan rakyat perak hitam,kuning,putih.diharap semua acara kita dapat mendahului dari pungutan pingat.banyak pingat yg dipertandingkan..yong pun doakan kontijen perak dapat letakkan kedudukan negeri dlm 3 terbaik utk sukma ni.selamat berjuang utk semua.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.