Sukma 2008 | Perak Vs Pulau Pinang (result)

Sukma 12 | Terengganu

Selasa 3 Jun 2008
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg

Perak 2 - 3 Pulau Pinang

Harapan pasukan Perak untuk layak ke peringkat separuh akhir ranap apabila jaringan pada minit ke 22 masa tambahan oleh Muhammad Safran memastikan skuad Pulau Mutiara pulang gembira ke perkampungan sukan petang tadi.

Perlawanan itu juga menyaksikan ketua pasukan Mohd Fauzi Ariffin dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain lawan pada minit ke 80 permainan.

Pasukan Perak membuka tirai jaringan pada minit ke 5 melalui Abdullah Mat Kassim sebelum pasukan Pulau Pinang menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit melalui Mohd Hafiz, minit ke 41 dan Mohd Failee pada minit ke 43.

Kedua-dua gol itu berpunca dari perangkap outside yang tidak menjadi oleh barisan pertahanan Perak. Gol penyamaan pasukan Perak dijaringkan oleh K. Thinagaran pada minit ke 56 separuh masa kedua.

Pembantu jurulatih skuad Sukma, Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi berkata “Hari ini serba tidak menjadi buat skuad Perak walaupun mendahului seawal minit ke 5. Semuanya bermula apabila Razali Umar Kandasamy tidak dapat bermain pada separuh masa pertama gara-gara masalah teknikal yang melibatkan kad lesen pemain.

Setelah mendapat pengesahan dari Perak FA tentang status Razali Umar Kandasamy barulah beliau dapat beraksi pada separuh masa kedua.”

“Lebih malang lagi Mohd Fauzi Ariffin turut dilayangkan kad merah pada lewat babak kedua permainan. Kita sudah meletakkan sasaran untuk mendapatkan tendangan penalti pada penghujung babak kedua masa tambahan namun sekali lagi kesilapan perangkap offside menghukum barisan pertahanan Perak.”

“Walaupun kecewa dengan keputusan ini saya memberikan pujian kepada pemain yang bermain bermati-matian walaupun hampir 40 minit bermain dengan 10 orang” ujar Abu Bakar Fadzim. 

Keputusan perlawanan lain:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu 5 – 4 Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:00 petang

Wilayah Persekutuan 0 – 1 Kedah
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:00 petang

Selangor 0 - 2 Perlis
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 malam

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Sukma 2008 | Perak Vs Pulau Pinang (result)

  1. meor19

    walau telah berusaha sedaya upaya kita tidak mungkin dapat menolak faktor nasib dalam setiap percaturan... harap skuad dapat mengambil pengajaran terutamanya dalam topik pengurusan dan merujuk kepada masalah kad lesen pemain ia adalah 100% tidak boleh dimaafkan... walau jatuh pada hari ini, harapannya detik-detik yang mendatang kita akan melompat lebih tinggi...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. ghostwriter

    Hakikat kekalahan ini terpaksa diterima dengan hati yang lapang, walaupun amat pahit untuk ditelan. Kalah menang adat perlawanan. Pasukan Sukma Perak telah berusaha sekadar apa yang termampu. Walaupun gagal kali ini tidak bermakna gagal selamanya. Ambil pengajaran dan pertingkatkan kualiti permainan untuk masa depan. Jangan berputus asa dan teruskan berjuang demi sukan bolasepak kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Apa nak dikatakan lagi...cuba lagi le tahun depan...apapun tahniah dan terima kasih kpd semua yg terlibat...usaha telah dibuat..pemain2 pun memberi tentangan yg hebat kpd pihak lawan cuma rezekinya belum sampai agaknya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    walaupun kalah yong tetap le bangga dgn deme sume ni.deme kalah bukan tak bagus tapi deme kalah pd yg lebih bagus.mcm team belia jugak le nasihat yong sama take positif cuba thn yg mendatang,rezki mgkn takat ni je..nak smpi tahap ni pun susahkan so ini pencapaian yg anda boleh baiki.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.