Piala Presiden | Perak Vs Terengganu – Suku Akhir

Piala Presiden 07/2008
Khamis 26 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Pada petang ini akan berlangsung perlawanan terakhir pusingan pertama peringkat suku akhir kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Terengganu di Stadium Perak, Ipoh.

Perak setakat ini telah mengumpul 6 mata hasil kejayaan menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 3 gol berbalas 1 sebelum menewaskan pasukan PDRM dengan 2 gol berbalas 1 di Stadium Perak, Ipoh.

Perlawanan ini dijangka menarik kerana Terengganu yang juga juara kumpulan B Piala Presiden pasti akan menurunkan pemain-pemain yang membantu mereka ketika memenangi pingat emas Sukma yang lalu untuk membenam cabaran pasukan seladang.

Kemenangan pada perlawanan ini cukup penting bagi mengukuhkan kedudukan Perak sebagai peneraju kumpulan sebelum perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir bermula minggu hadapan.

Hanya 2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara pada perlawanan separuh akhir yang bakal dijalankan bulan hadapan. Perak adalah salah satu pasukan pilihan untuk mara ke peringkat tersebut sebagai juara bertahan musim 2007.

Ralat: Perlawanan akan diadakan di Stadium Perak petang ini dan bukan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Terima kasih kepada informer yang telah memberikan maklumat sebenar.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Presiden | Perak Vs Terengganu – Suku Akhir

  1. YangIkhlas

    Kekalkan persembahan konsisten yang telah ditunjukkan setakat ini. Walaupun Terengganu baru-baru ini telah meraih pingat emas SUKMA tetapi kita pula adalah juara bertahan Piala Presiden ini. Insyaallah kita pasti akan berjaya. SKOR YOB SKOR.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    diharapkan skuad presiden akan terus kecapi kejayaan, walaupun persatuan kini dalam keadaan nazak yang teramat sangat.......... good luck

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Sebagai penawar luka dan memperbaiki kedudukan Perak di mata bolasepak tempatan..jadi juara Piala Presiden pun dah ok dah...harap2 pemain dpt merealisasikan impian penyokong...kasi bukak mata org2 lama...yeahhh!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.