Piala Belia | Selangor Vs Perak | 29 Jun 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Ahad 29 Jun 2008
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
4:45PM

Selangor 1 – 1 Perak

Pasukan belia Perak agak kurang bernasib baik petang tadi apabila sekadar mampu mencatat keputusan seri 1 -1 bertemu Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Bermain di atas padang yang lembab kerana hujan renyai yang turun memaksa kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan.

Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan agak perlahan buat pasukan Perak apabila pasukan Selangor lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa serangan merbahaya ke arah kubu pertahanan Perak.

Pada separuh masa kedua penyerang pasukan Perak, Hakim Roslee yang membuat larian pantas di sebelah kiri pintu gol Selangor berjaya memperdayakan seorang pertahanan Selangor sebelum merembat bola masuk pada minit ke 58.

Namun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila pasukan Selangor berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan hasil dari sepakan sudut untuk menjadikan kedudukan terikat sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil.

Ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim ketika ditemui berkata, “Saya tetap berpuas hati dengan persembahan anak buah saya walaupun permainan pada separuh masa pertama agak perlahan. Nasib tidak menyebelahi kita apabila beberapa percubaan yang boleh menghasilkan gol gagal disudahkan dengan baik oleh pemain.”

“Dengan berbaki 3 perlawanan selepas ini, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali memenangi kesemua baki perlawanan tersebut bagi mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir nanti” tegas Abu Bakar Fadzim.

Barisan pemain pasukan Belia Perak 07/2008.
perak_belia.jpg

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Belia | Selangor Vs Perak | 29 Jun 2008 (result)

  1. matahari_terbit

    tahniah skuad belia sebab tidak tertewas dengan si red giants. cuba tingkatkan persefahaman dan membuka minda untuk bermain secara bijak dan mampu melaksanakan penyudah yang mampu diberi pujian. anda masih muda dan masih banyak ilmu yang harus dipelajari. jangan mudah mengalah selagi perjuangan belum tamat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam tahniah...kepada adik2 skuad belia teman dah nengok kome main semlm...memang best terhibur le jugak.....harap dpt main mcm semlm...cumanya kena tune up skit je lagi...memang lepas ni kome kena all out...tahun ni apa kata try jadi juara plak...pasal kemelut2 pengurusan ni letak tepi je dulu...yg penting fokus pada game....main bior sampai wisel di tiup baru berenti...ni semlm teman tengok tinggal seminit kome bleh leka...kalau tidak boleh gol tu...takpe...try lagi lepas ni fokus lebih sikit...kome muda lagi..byk lagi kena belajo...ambik peluang ni cari pengalaman lagi...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.