Piala Belia | Perak vs Plus FC | 22 Jun 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Ahad 22 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Perak 4 – 1 Plus FC

Skuad belia Perak beraksi pada petang tadi dengan semangat juang yang tinggi untuk meraih satu lagi kemenangan besar menewaskan pasukan Plus FC di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh dengan keputusan 4 gol berbalas 1.

Pasukan Perak terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal oleh pasukan pelawat pada minit ke 39 permainan melalui Mohd Asyididil Ashar sebelum Mohamad Khalis Ibrahim menjaringkan gol penyamaan 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan terikat dengan 1 sama.

Pada separuh masa kedua, Perak memperolehi 2 gol melalui pemain yang baru dimasukkan iaitu Ahmad Hamidi Abdul Rahman pada minit ke 74 dan minit ke 84 untuk membolehkan Perak mendahului Plus FC dengan 3 gol.

Malang menimpa Plus FC apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pada minit ke 89 apabila pemainnya dilayangkan kad merah oleh pengadil. Hakim Roslee menutup terus sisa-sisa perjuangan Plus FC dengan gol keempat Perak pada minit ke 90.

Penolong jurulatih skuad belia Perak, Johari Hamzah berkata “Walaupun menguasai permainan separuh masa pertama, pemain Perak kelihatan sedikit leka dengan situasi tersebut. Ini membuatkan kita ketinggalan pada penghujung separuh masa pertama sebelum bangkit menyamakan kedudukan sejurus sebelum tamat permainan”

“Apabila masuk separuh masa kedua, keadaan yang serupa terjadi lagi sehinggalah saya memasukkan Ahmad Hamidi Abdul Rahman bagi menggantikan Mohamad Izham Ruslan yang agak keletihan dan hasilnya 2 gol berjaya dihasilkan dalam masa 10 minit”

“Saya berpuas hati dengan kemenangan ini walaupun ada antara pemain yang dilihat tidak memberikan persembahan terbaik mereka. Ini meletakkan kita di tangga ketiga kumpulan dengan 37 mata di mana Kelantan sebagai peneraju dan Selangor di tempat kedua dengan kelebihan 1 mata.”

“29 Jun ini pasukan Perak akan berkunjung ke Shah Alam untuk menentang Selangor dan saya ditemani rakan setugas, Abdul Rashid Ismail akan cuba memastikan kita mencapai kemenangan untuk berada di tangga kedua sekaligus mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir” jelas Johari Hamzah.

“Dengan berbaki 4 perlawanan, kita sudah tidak boleh untuk tewas lagi jika mahu melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Saya sangat mengharapkan pemain-pemain terus fokus serta memberikan 100% komitmen pada setiap perlawanan yang dihadapi kelak”

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Piala Belia | Perak vs Plus FC | 22 Jun 2008 (result)

  1. yong85

    tahniah utk skuad belia.jaringan yg besar.ini membuktikan bahawa barisan belia ini mempunyai kualiti sendiri.utk semua adik-adik....good luck teruskan perjuagan anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. playmaker89

    Assalammulaikum kepada rakan2 seperjuangan..jgn asyik nak main game je kpd apis ngan khalis..tgk2 nama lu org dlm web ni..ntah tau ke tidak agaknye..tahniah kpd kejayaan lu org macam tak percaya plak..mule2 dulu asyik kalah je..tapi sekarang asyik lauk org plak..kpd pak ya jgn byk main..terima kasih gak kepada coach Abu Bakar Fadzim yg berjaya meningkatkan prestasi team belia.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.