Piala Belia | Perak vs Kedah | 11 Jun 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Rabu 11 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Perak 2 – 0 Kedah

Skuad belia Perak mencatatkan kemenangan memberangsangkan pada persaingan Piala Belia apabila menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 2 gol tanpa balas di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh sebentar tadi.

Gol pertama pasukan Perak hadir pada minit ke 80 melalui Wan Hossein Wan Abdul Ghani yang mudah menendang masuk bola di dalam kotak penalti lawan setelah menerima hantaran dari pemain lincah berjersi nombor 15, Mohd Khalid.

6 minit kemudian, Mohamad Shafiq Mohamed Ali menambah derita Kedah apabila menjaringkan gol kedua juga melalui rembatan di dalam kotak penalti yang menewaskan penjaga gol lawan.

Penolong jurulatih skuad belia, Johari Hamzah yang nyata gembira dengan keputusan ini berkata “Kehadiran semula penjaga gol utama Khairul Amri nyata memberi satu kekuatan kepada benteng terakhir Perak di samping kembalinya ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim dari Sukma tempohari untuk meniup semangat pemain-pemain beraksi lebih baik”

Ketika ditanya prestasi pemain pada perlawanan itu beliau menambah, “Pemain Perak pada mulanya nampak goyah pada separuh masa pertama dengan Kedah lebih banyak menguasai permainan. Namun pada separuh masa kedua, pemain-pemain sudah mula menunjukkan keserasian dan berjaya menjaringkan 2 gol pada 10 minit terakhir”

“Moral pemain belia Perak berada pada tahap yang baik ketika ini dan kita berharap mereka mampu untuk mengekalkan momentum kemenangan ketika bertemu Kelantan 17 Jun nanti di Pasir Mas” ujar Johari Hamzah penuh yakin.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Piala Belia | Perak vs Kedah | 11 Jun 2008 (result)

  1. miez3

    Tahniah sekali lagi kpd skuad belia Perak...anda semua bakat2 muda yg kami cari dan harapan semoga ada di antara anda semua dpt diserapkan ke skuad senior bila tiba masanya nanti...semoga pasukan Perak terus ada pelapis yg berkaliber utk mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang...Hidup Perak!Teruskan perjuangan!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    terima kasih skuad belia kerana anda telah mengikut jejak skuad presiden menewaskan pasukan kedah. anda tidak seperti abang abang anda dalam skuad utama. anda telah menjernihkan nama pasukan perak i love you

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.