Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008

Piala Belia 07/2008
Selasa 3 Jun 2008
Kompleks Sukan NAZA Gurun
4:45PM

Perak akan berkunjung ke Kompleks Sukan NAZA Gurun petang ini untuk menghadapi perlawanan Piala Belia menentang pasukan Kuala Muda. Pasukan seladang pada perlawanan lalu menentang ATM terpaksa ditunda pada tarikh yang akan diputuskan kemudian oleh kerana hujan lebat.

Skuad hari ini akan dipimpin oleh penolong skuad belia iaitu saudara Johari Hamzah setelah ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim bertugas di Sukma, Terengganu. Perak kehilangan 2 tonggak utama ialah penjaga gol Khairul Amri Bin Salehuddin dan pemain tengah Mohd Safwan Bin Mahayudin setelah khidmat mereka ditagih oleh skuad Sukma Perak.

Ketika dihubungi, saudara Johari Hamzah menyatakan bahawa walaupun tanpa ketua jurulatih dan 2 tonggak utama pasukan beliau yakin Perak mampu memenangi perlawanan itu nanti. ”Saya akan pastikan kemenangan berada di genggaman kita petang ini kerana pemain pengganti yang ada mampu untuk mengimbangi kekurangan tersebut” ujar Johari Hamzah melalui perbualan telefon bersama wakil kami sebentar tadi.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 3 Jun 2008

Melaka vs Selangor
Stadium Tun Fatimah, Melaka

Negeri Sembilan vs Plus FC
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi  

ATM vs Kelantan
Stadium Mindef, Kuala Lumpur  

Pulau Pinang vs Kedah
Stadium Kompleks Sukan, Bertam

Sarawak vs PDRM
Stadium  Sarawak, Kuching

Johor vs PKNS
Stadium MP Kluang

MyTeam vs Proton FC
Stadium Mini Bandaran Gerik
 
Johor FC vs Kuala Lumpur
Stadium Jcorp Pasir Gudang

Shahzan Muda vs Felda United FC
Stadium Mini Temerloh

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang

Likes(1)Dislikes(0)