Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Selasa 3 Jun 2008
Kompleks Sukan NAZA Gurun
4:45PM

Kuala Muda 3 – 1 Perak

Seakan satu kesinambungan skuad Sukma yang tewas petang tadi, skuad belia Perak turut kecewa apabila tumpas kepada pasukan tuan rumah dengan keputusan 3 gol berbalas 1. Gol-gol Kuala Muda dijaringkan seawal minit ke 2 melalui tendangan pecuma dari jarak 30 meter manakala gol kedua dan ketiga dijaringkan pada minit ke 35 dan 37.

Penolong jurulatih skuad belia, Johari Hamzah ketika dihubungi berkata ketiadaan penjaga gol utama Khairul Amri yang beraksi dengan skuad Sukma Perak benar-benar menyentap semangat anak buahnya. Tuan Khairul Ikhwan yang diberi kepercayaan mengawal gawang gol dilihat agak gugup dan memaksa beliau membuat pertukaran dengan memasukkan Nik Mohd Shahrin.

Malang bertimpa apabila pada minit ke 39 separuh masa pertama, pasukan Perak terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah Zulfadli Shuib dilayangkan kad merah akibat kekasaran. Walaupun begitu pasukan Perak berjaya juga menghasilkan satu gol saguhati pada minit ke 57 melalui Mohd Khalid.

“Walaupun ketinggalan 3 gol dan bermain dengan 10 orang pada lewat separuh masa pertama, pemain-pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi pada separuh masa kedua untuk memastikan pasukan tidak dibocori lagi.”

“Penjaga gawang gantian Nik Mohd Shahrin beraksi cukup baik untuk menafikan beberapa percubaan merbahaya dari pemain Kuala Muda” tegas Johari Hamzah.

“Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kekalahan ini namun pemain-pemain saya mengambil sikap positif dan lebih bersedia untuk perlawanan berikutnya menentang pasukan Kedah di gelanggang sendiri pada 11 Jun 2008.”

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008 (result)

  1. ghostwriter

    Biar putih tulang jangan berputih mata. Jangan kecewa dan putus asa. Ambil pengajaran atas setiap kekalahan dan kesilapan. Pastikan kekalahan itu adalah yang terakhir. Kemenangan wajib kita miliki. Teruskan! Pastikan kemenangan milik Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Ya..betul tu...harap ambil pendekatan yg positif dan lebih bersedia pada perlawanan akan datang...anggaplah ianya satu pengalaman dan pengajaran yg berguna sebelum anda semua diserapkan ke skuad senior atau Piala Presiden...bukannya mudah utk mendaki ke puncak jaya tapi kata orang bersusah2 dulu bersenang2 kemudian...harap kekalkan rentak permainan...perlu lebih garang sedikit..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    ada betul kata teman-teman ateh ni ha.apepun bagi yong,kita kena amik positif dlm sesuatu benda cthnya kekalahan pasukan belia ni.mereka masih muda & banyak peluang utk terus belajar.walau kalah tak pe janji itu boleh menjadikan satu pengalaman agar permainan deme lebih matang.kepada pemain belia ni nasihat yong,nak menjadi senang bukan senang,sama lah mcm yg lain utk diserapkan ke skuad utama mereka perlu mendaki setapak demi setapak.jadi usaha perlu ada.mereka juga pernah mengalami kekalahan seperti adik-adik jd take positif.anda masih muda teruskan usaha,disiplinkan diri,adaptasi & praktikkan ilmu yg jurulatih beri yg penting ambil sedikit semangat senior anda yg boleh dicontohi pasti anda berjaya.percayalah....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.