Piala Belia | ATM Vs Perak | 14 Jun 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Sabtu 14 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

ATM 1 – 6 Perak

Skuad Belia Perak pada petang tadi, berpesta gol di Padang 2 Renjer Tambun menentang pasukan ATM dengan jaringan 6 gol berbalas 1. Namun sebelum itu Perak dikejutkan oleh pasukan tuan rumah, ATM seawal minit ke 5 melalui tendangan penalti setelah berlaku kekasaran di dalam kotak penalti Perak.

Permainan Perak agak goyah pada 10 minit pertama permainan sehinggalah Nor Shahrul Ainol Zakariah menyumbangkan gol pertama pada minit ke 11. Pada minit ke 36, Abdul Hafis Amran menghasilkan gol kedua sebelum Mohamad Izham Ruslan menjaringkan penalti pada minit ke 40 untuk meletakkan Perak mendahului ATM 3 gol berbalas 1.

7 minit separuh masa kedua, Mohamad Izham Ruslan menjaringkan gol keempat Perak dituruti oleh Abdul Hafis Amran pada minit ke 58 untuk gol kelima. Di penghujung babak permainan Mohamad Shafiq Mohamad Ali melengkapkan pesta pasukan Perak dengan gol keenam pada minit ke 90 sebelum pengadil meniup wisel penamat.

Penolong jurulatih skuad belia Perak, Johari Hamzah yang berpuas hati dengan keputusan ini berkata ” Saya memang menjangkakan kemenangan, cuma kejayaan besar ini bolehlah dianggap sebagai bonus buat pasukan. Pemain-pemain juga turut menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak berputus asa walaupun ketinggalan seawal minit ke 5 lagi”.

“Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin untuk kita mencatatkan kejayaan menjelang pertemuan dengan pasukan Kelantan pada 17 Jun 2008 di Stadium Mini Pasir Mas nanti” ujar beliau penuh keyakinan.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Belia | ATM Vs Perak | 14 Jun 2008 (result)

  1. miez3

    Salam tahniah buat skuad muda Perak....walaupun ditimpa masalah tunggakan gaji2 pemain tetap mengutamakan maruah pasukan negeri....terubat juga hati biarpun gagal mendapatkan sebarang pingat ketika di T'ganu...nampak gayanya pelapis2 pasukan senior sedang mencuri tumpuan jurulatih2 di liga M'sia ni...harap2 deme ni stay le dgn Perak...buat le jasa dulu sebelum buat duit kt tempat lain...peranan anda diperlukan utk memulihkan imej pasukan negeri yg kian tercalar...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    tahun depan pemain yang bagus dalam skuad belia diserapkan ke skuad presiden dari skuad presiden plak diserapkan ke skuad utama dalam skuad utama yang tak bagus buang terus

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.