Perak FA | 2 Bulan 12 Hari – Mana Gaji Kami?

Apa sudah jadi kepada pengurusan Perak FA yang khabarnya menghadapi masalah kewangan yang meruncing ketika ini?. Menurut wakil berita kami yang berada di Stadium Perak semalam, rata-rata peminat yang datang ke stadium heboh memperkatakan tentang pemain pasukan Perak yang tidak mendapat gaji lebih dari 2 bulan.

Segalanya bemula apabila wakil kami terdengar beberapa peminat yang sedang berbual-bual di tepi stadium Perak sebelum bermulanya perlawanan Piala Malaysia menentang Perlis yang berkesudahan seri satu sama.

“Bagaimana pemain hendak memberikan 100% komitmen kalau gaji pun tidak dapat” kata salah seorang dari mereka dengan nada marah. “Tidak hairanlah kalau sejak kebelakangan ini prestasi pasukan Perak mulai menurun” ujar salah seorang dari mereka yang kelihatan lebih tenang.

“Fikirlah mereka pun ada tanggungan dan hutang-hutang yang perlu dijelaskan setiap bulan, kalau kita yang bergaji setiap bulan pun perit dengan keadaan harga minyak yang melambung ketika ini, bagaimana pula nasib mereka yang 2 bulan tiada gaji?”

Ditanya dari mana maklumat ini diperolehi salah seorang dari mereka berkata “Perkara ini kita tidak boleh dedahkan tapi secara ringkasnya bolasepak Perak bukanlah terlalu besar, benda yang tidak elok lambat laun pasti akan sampai ke pengetahuan peminat dan penyokong” tambah salah salah seorang dari mereka.

Untuk menambahkan lagi keperitan, wakil kami difahamkan yang bukan sahaja skuad senior tidak mendapat gaji malah skuad Presiden dan Belia termasuk pegawai pasukan turut menyeluk poket kosong untuk tempoh 2 bulan kebelakangan ini.

“Keadaan ini tidak seharusnya berterusan, kita tidak mahu pemain menjadikan alasan tidak mendapat gaji sebagai penyebab prestasi mereka menurun namun realitinya letakkan diri anda di tempat mereka, sanggupkah anda bekerja 2 bulan tanpa gaji?

“Situasi ini juga boleh mengundang “bookie” untuk merasuah pemain bagi mengatur keputusan perlawanan. Kita sepatutnya bersyukur kerana tiada seorang pun pemain Perak yang ‘gelap mata’ untuk terlibat dalam perkara yang keji ini.” jelas salah seorang dari mereka.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, pengurusan Perak FA melalui pimpinan Dato’ Muhammad Muhiyuddin seharusnya meletakkan jawatan jika tidak mampu lagi menanggung beban tugasan ini dan serahkan kepada mereka yang lebih berkemampuan terutamanya dari segi pengurusan kewangan”

“Kami berharap MB Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dapat masuk campur dan mengambil-alih pucuk pimpinan Perak FA serta memperbetulkan segala kekalutan yang wujud selama ini” tegas salah seorang dari mereka sambil dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain.

Mengakhiri perbualan malam itu kerana perlawanan sudah hampir bermula, salah seorang dari mereka sempat berpesan “Sentimen politik seharusnya diletakkan di sudut lain kerana apa yang kita perkatakan sekarang adalah berkenaan sukan utama di Malaysia iaitu bolasepak”

“Kami sebagai peminat dan penyokong tidak peduli apa jenis “jenama” parti politik anda, yang paling penting anda mampu untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin yang berkaliber dan bertanggungjawab demi memajukan sukan bolasepak negeri Perak”

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Perak FA | 2 Bulan 12 Hari – Mana Gaji Kami?

  1. syidi_black

    Salam...
    aku tpanggil utk komen about gji pemain...
    btul ckap mamat tu, politik letak tpi la
    tumpukan utk kemajuan bola sepak perak,
    aku sayang SEMUA apa yg kt perak, terkjut besar aku
    bila dpt tau PERAK ada masalah gji, harap2 pihak yg bkenaan tolonglah settlekan masalah ni, kesian pemain beb, diaorang ada tanggungan sama mcm kita yg lain,

    Untuk pihak pengurusan, ingatlah bahawa peminat Pasukan PERAK bertaburan di Malaysia ni, diaorang ni sentiasa memantau perkembangan PERAK dari masa ke semasa. Oleh yg demikian, jgn lah hampakan mereka ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    masyaallah....akhirnya terbongkar jua punca yg selama ni terpendam.yg tersirat dah tertulis,andai benar perbetulkan.sedih yong dengar apa yg jadi.benda ni boleh settle elok-elok.semalam pun yong pegi stadium alahai kosong...betul kata penulis dlm dilanda masalah pembayaran gaji sekurang-kurangnya tiada pemain yg terlibat dlm gejala mkn suap.mereka juga punya keluarga,ada anak,isteri & perbelanjaan harian.mgkn mereka yg di atas bergaji sgt besar sampai tak peduli akan kebajikan pemain.pemain harus di utamakan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan00

    pergh... harap tiket bola mlm td dapat la bg sikit2 duit blanje kat player2... sian teman tgk.. mungkin 1 2 bulan ni tak ada game

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    macam mana perak nak ada duit kalau f.a.m tidak memberi duit kepada persatuan. nak harapkan sponsor mana cukup. sedangkan perak kerap kena keluar negara membawa cabaran negara.......dimana aura presiden perak. kenapa tidak gunakan kuasa sepenuhnya untuk mendapat penaja yang bagus dan berkaliber. bagilah peluang kepada orang baru untuk mentadbir pasukan. kepada penyokong perak setiap kali ada perlawanan di stadium ipoh datanglah beramai ramai untuk memenuhi stadium bagi memberi semangat kepada pemain. dalam masa yang sama pemain pemain dapat duit, dapat semangat yang tinggi. nama penyokong pasukan juga akan jadi berita hangat dikalangan media. cuba kita lihat liga eropah walaupun kalah penyokong tetap setia kepada pasukan. memang liga kita agak membosankan. tapi kenapa kita tanya diri sendiri dapatlah jawapan. penuhkan warna kuning disetiap tempat duduk stadium ipoh. meriahkan suasana perlawanan. bagi pihak lawan rasa gementar ketika dipadang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    teman harap pihak pengurusan perak fa dapat menceritakan situasi sebenar di sini. teman tak nak komen apa2 lagi sebab sekarang ni pun hanya dengar berita dari satu pihak sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Salam persaudaraan semua...

    Terserlahlah semua yg terpendam selama ini....aksi yoyo pasukan Perak pada musim ini dan persembahan hambar pada akhir2 musim ternyata ada jawapannya..cuma nasib Perak setakat ini masih baik kerana tidak dikaitkan dgn kes rasuah yang membabitkan lain2 pasukan liga M'sia seperti Sarawak,Polis dan Perlis...harapan teman semoga kem pasukan Perak tidak terlibat dgn kegiatan tidak bermoral seperti ini walaupun ditengah2 kegawatan ketika ini...

    Tersentak kita selaku peminat & penyokong dgn hutang PAFA yg tertunggak pada MBI sebyk RM 560,000 telahpun berakhir rasanya tetapi dengan berita terbaru ini maka rasanya terjawab sudahlah tanggapan yg membawa maksud PAFA sebenarnya memang mengalami krisis kewangan yg kritikal!

    Seperti yg teman pernah suarakan dulu bolasepak & politik tidak boleh disatukan ternyata menjadi bualan & topik hangat dikalangan penyokong bolasepak tempatan serta dipersetujui oleh ramai pihak...ternyata juga rata-rata org sekarang lebih suka duduk di kerusi2 panas perjawatan sebagai kononnya pengendali yg berkaliber utk mengurus dan membimbing sesuatu organisasi atau pasukan tetapi duduknya mereka disitu bukanlah utk memajukan sesuatu tetapi lebih kpd kepentingan peribadi...maaf mungkin agak kasar bunyinya tetapi itulah hakikat sebenar yg perlu ditelan semua pihak...

    Kalau di luar negara org sibuk meletak jawatan sekiranya gagal membawa sesuatu pasukan ke peringkat lebih tinggi demi memberi laluan kpd orang lain utk kembali memartabatkan pasukan namun sebaliknya yg berlaku di negara kita...org di sini lebih gemar berebut jawatan dan bila berada didalamnya hanya lebih menonjolkan diri sendiri dari pasukan itu sebenarnya..tidak salah sebenarnya jika sesuatu individu itu hendak mengejar nama & glamour tetapi contohilah individu2 seperti Sir Alex Ferguson,Jose Mourinho,Scolari & Guus Hiddink yg ternyata membimbing pasukan semata2 utk menaikkan & memartabatkan sesuatu organisasi,kelab,pasukan dan negara yg tertentu terlebih dahulu sebelum diri mereka menjadi popular...ini membuatkan mereka kini menjadi rebutan byk pihak...

    Orang atasan yg menguruskan pasukan sepatutnya lebih arif tentang bolasepak itu sendiri selain mempunyai asas & statistik kewangan pasukan bukannya terdiri drpd org yg kononnya tahu tentang sukan ini sekadar suka2 sahaja...Inilah senario yg berlaku di M'sia sekarang...Isu kewangan persatuan bolasepak bukannya baru bahkan telah merebak seperti wabak sejak Liga M'sia meniti kancah profesional...kita sepatutnya berasa malu bila ini berlaku..kata profesional tapi bila masuk bab menguruskan kewangan ternyata kita bukanlah dari kategori bolasepak profesional!

    Kutipan tiket semata2 bukanlah penyumbang utama kpd sumber kewangan pasukan atau kelab...sumber yg sebenarnya mendatangkan pendapatan ialah dari aspek tajaan...ya tajaanlah yg byk menyumbang...lagi banyak tajaan lagi banyaklah duit masuk...mengharapkan kerajaan negeri dan FAM sahaja adalah satu langkah yg silap dan jahil....zaman seperti ini sepatutnya dah lama lenyap dgn terbentuknya era profesional...Kita seharusnya sudah pun memulakan langkah2 profesionalisme dgn mengswastakan sukan bolasepak sepertimana yg telah dilakukan oleh pasukan badminton negara...lihat sahaja mereka...bukan hanya berharap pada BAM semata2 sebaliknya dipimpin oleh kelab2 terkemuka seperti Nusa Mahsuri & KL Shuttler di taja pula oleh jenama2 terkemuka seperti Yonex,Dunlop serta Proton...

    Inilah yg sepatutnya berlaku bagi membendung beban kewangan pasukan...teman bukanlah pandai dan bijak dlm hal2 berkaitan ekonomi atau kewangan...tetapi secara asasnya jika kaedah ini digunapakai barang kemungkinan masalah yg meruntun jiwa & raga bolasepak kita ni dpt diselesaikan..sekurang2nya diminimakan...teman rasa apa yg paling tepat utk permasalahan kewangan bolasepak Perak ialah buat masa sekarang ni bubarkan sahajalah persatuan yg ada ni...lantik pengurusan baru...niagakan secara tender..takkan tak ada taikun besar yg jenis minat bola dan tak beli kelab atau persatuan semata2 utk kepentingan bisnes mereka...jika tidak takkan le sampai Celcom,Maxis dan Air Asia beria2 menaja pasukan atau bolasepak luar negara!

    Kita bercakap tentang fakta...fikir2kanlah...ayuh semua sama2 kita sokong reformasi bolasepak Perak...lagi sekali teman sarankan...jenamakan dan korporatkan bolasepak Perak supaya tiada lg unsur2 seperti berlaku...malu teman malu...dulu teman mengata org dari team lain psl team deme tak mcm team Perak tak pernah tertunggak dlm soal bayaran gaji pemain...tetapi sekarang?Kita lihat siapa yg kena!!!

    Adios Amigos!!Skor Yob Skor..kalau tak sape lagi!
    Miez3United

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    untuk pengetahuan miez3 persatuan sukar untuk mendapat tajaan yang banyak kerana liga malaysia kurang diberi tumpuan oleh rakyat malaysia sendiri dan dari luar negara. tidak sama seperti di liga eropah. apabila kurang diberi perhatian maka sesuatu sukar untuk mendapat keuntungan. contoh yang paling dekat jersi. apabila penyokong kurang jersi mereka kurang dibeli oleh orang ramai. yang kedua jersi mereka kurang popular apabila tidak ramai yang membeli jersi mereka. contoh di liga eropah terlalu ramai dari seluruh dunia meminati pasukan manchester united,chelsea,liverpool dan lain lain lagi. maka pakaian jenama mereka terlalu ramai yang membeli maka penaja penaja mendapat keuntungan yang lebih. yang ketiga, corak permainan liga malaysia juga salah satu punca membuatkan penaja,orang ramai dari seluruh pelusuk bumi tidak berminat dengan liga malaysia. yang keempat, persatuan atau kelab bola sepak liga malaysia sukar unuk memiliki tajaan yang banyak kerana harus menempuhi syarat syarat yang ditetapkan. yang kelima kerajaan memainkan peranan paling utama dalam mengurangkan cukai tahunan. maka sekira semua perkara ini dapat dirombakkan semula maka persatuan dan kelab yang terlibat mampu memiliki tajaan yang lebih besar.memang kehadiran penyokong distadium tidak memainkan peranan utama kepada kewangan setiap pasukan tapi ianya mampu untuk menampung kos mereka ketika mereka memerlukan wang ketika hendak bermain di tempat lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.