Posted in Piala Belia 07/2008 on June 29th, 2008 1 Comment »
Piala Belia 07/2008
Ahad 29 Jun 2008
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
4:45PM
Hari ini skuad belia Perak akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menentang pasukan Selangor. Perlawanan yang dijadualkan di Stadium Shah Alam pada awalnya terpaksa ditukar untuk memberi laluan kepada persiapan awal Kejohanan Piala Sultan Selangor pada 6 Julai ini.
Kehadiran penonton memang sesuatu yang di nanti pada perlawanan ke 21 ini bagi meniup semangat pemain Perak yang memerlukan kemenangan selain mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir nanti.
Masuk adalah percuma.
Jadual perlawanan Piala Belia untuk 29 Jun 2008
Plus FC vs Kedah
Stadium UPM, Serdang
PDRM vs Kuala Muda
Padang Utama Pulapol
Perlis vs Pulau Pinang
Stadium Utama Negeri
Sarawak vs ATM
Stadium Sarawak, Kuching
Melaka vs Negeri Sembilan
Stadium Tun Fatimah, Melaka
PKNS vs Felda United FC
Padang Kompleks Sukan PKNS
Kuala Lumpur vs Proton FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Shahzan Muda vs Sabah
Stadium Mini Temerloh
Johor… Continue reading
Posted in Umum on June 28th, 2008 7 Comments »
Berikut kami huraikan 9 perkara utama yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna berdaftar sebelum dan semasa ingin membuat komentar pada ruangan artikel yang tersiar di halaman ini.
Di harap semua pengguna mematuhi peraturan yang diberi kerana pihak kami tidak mahu lagi berkompromi dengan mana-mana pengguna yang gagal atau sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
9 perkara utama yang dilarang semasa membuat komentar.
1) Provokasi kepada individu ataupun pasukan lain.
Mengeluarkan kenyataan berunsurkan provokasi secara terus mahupun tidak langsung kepada pengguna lain pemain dan pasukan lawan tidak dibenarkan sama sekali. Jika kita mahu dihormati kita harus belajar menghormati orang lain.
2) Mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Sebarang komentar yang berunsurkan perkauman akan dipadamkan tanpa toleransi.
3) Menggunakan bahasa lucah.
Mencarut, memaki-hamun atau menggunakan bahasa lucah atau kesat di dalam komentar secara sengaja terhadap individu, persatuan dan lain-lain.
4) Meletakkan iklan, link… Continue reading

Jumaat 27 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm
Perak 5 - 0 ATM
Separuh Masa Pertama -
Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
S. Subramaniam - Mario Berrios -Chan Wing Hong
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Khalid Jamlus - Fakri Saarani
Minit 5: Perak mengasak kubu pertahan ATM. Beberapa peluang telah dihasilkan
Minit 10: ATM mendapat peluang menjarinkan gol apabila satu sepakan dari jarah 25 meter terkena palang gol Perak. Perak membuat beberapa serangan tetapi masih tumpul.
Minit 15: Penalti diberikan, apabila Ahmad Fakri dijatuhkan. Namun Khalid Jamlus tidak berjaya menjaringkan gol.
Minit 20: Peluang sekali lagi oleh Ahmad Fakri hasil hantaran lintang Khalid Jamlus namun tidak dapat menewaskan penjaga gol ATM.
Minit 25: ATM mendapat dua… Continue reading
Piala Presiden 07/2008
Khamis 26 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM
Perak 0 - 0 Terengganu
Perlawanan terakhir pusingan pertama peringkat suku akhir kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Terengganu di Stadium Perak, Ipoh telah tamat pada pukul 7:45 petang tadi dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Perlawanan yang bermula pada pukul 4:45 petang terpaksa dihentikan sementara kerana hujan lebat. Dengan keadaan padang yang becak serta berair tidak banyak gerakan menarik dapat dipertontonkan oleh kedua-dua pasukan… Continue reading