Info | 9 Rules at seladang.net

Berikut kami huraikan 9 perkara utama yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna berdaftar sebelum dan semasa ingin membuat komentar pada ruangan artikel yang tersiar di halaman ini.

Di harap semua pengguna mematuhi peraturan yang diberi kerana pihak kami tidak mahu lagi berkompromi dengan mana-mana pengguna yang gagal atau sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

9 perkara utama yang dilarang semasa membuat komentar.

1) Provokasi kepada individu ataupun pasukan lain.
Mengeluarkan kenyataan berunsurkan provokasi secara terus mahupun tidak langsung kepada pengguna lain pemain dan pasukan lawan tidak dibenarkan sama sekali. Jika kita mahu dihormati kita harus belajar menghormati orang lain.

2) Mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Sebarang komentar yang berunsurkan perkauman akan dipadamkan tanpa toleransi.

3) Menggunakan bahasa lucah.
Mencarut, memaki-hamun atau menggunakan bahasa lucah atau kesat di dalam komentar secara sengaja terhadap individu, persatuan dan lain-lain.

4) Meletakkan iklan, link laman web lain atau komentar yang di cedok/tiru dari media massa.
Tidak dibenarkan sesiapa meletakkan sebarang iklan secara langsung atau tidak langsung termasuk link laman web lain atau membuat komentar yang diceduk sepenuhnya dari akhbar ‘online’.

5) Menggunakan hampir keseluruhan huruf besar pada komentar.
Menggunakan huruf besar pada komentar anda boleh dilihat sebagai biadap ataupun kurang sopan kepada pengguna lain.

6) Menggunakan singkatan perkataan ala SMS.
Singkatan ala SMS adalah cara untuk berkomunikasi melalui telefon bimbit dan bukan di halaman ini. Penggunaan terlalu banyak singkatan akan menyukarkan pengguna lain memahami apa yang cuba anda jelaskan. Penggunakan tanda X, Y, D dan lain-lain yang merosakkan Bahasa Malaysia amatlah dilarang. Pengecualian diberi di ruangan ShoutBox.

Jika anda malas untuk menaip perkataan secara penuh kami nasihatkan tidak perlu anda menyusahkan diri menghantar komentar yang bakal menyusahkan orang lain memahaminya. Bukan semua orang mampu memahami singkatan ala SMS dengan baik terutamanya golongan yang berumur. Menggunakan nama timangan atau meringkaskan nama pemain, jurulatih atau sebarang individu juga amatlah dilarang.

7) Meninggalkan nombor telefon, alamat atau email pada ruangan komentar atau ruangan shoutbox.
Tidak dibenarkan kepada sesiapa pun meninggalkan sebarang nombor telefon, alamat rumah dan pejabat ataupun email atas apa tujuan sekalipun tanpa kebenaran dan arahan dari pihak pengurusan seladang.net.

8) Komentar yang tidak berfaedah.
Bagaimana pihak kami menafsirkan sesuatu komentar itu tidak berfaedah?
1) Pertanyaan dibuat berulang-ulang kali walaupun jawapannya telah sedia ada.
2) Bertanya secara kerap dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian.
3) Mengemukakan sesuatu yang diluar dari tajuk perbincangan dan tidak bersesuaian.
4) Istilah komentar ‘Ingin Memeriahkan Suasana’ tidak diperlukan di halaman ini.
5) Lain-lain perkara yang dirasakan tidak sesuai pada hemat pihak pengurusan seladang.net.

9) Menghantar komentar yang sukar difahami.
Jika anda menghantar komentar kepada halaman ini pastikan tujuan dan maksudnya mampu kami fahami dari segi penyampaian atau penulisan. Kegagalan pihak pengurusan untuk memahami isi kandung komentar anda akan mengakibatkan kesemua komentar tersebut dipadamkan serta merta walaupun hanya sebaris ayat.

Nota: Jika komentar yang anda hantar tidak disiarkan oleh pihak pengurusan seladang.net dalam tempoh 12 jam, itu bermakna anda telah pun melakukan salah satu dari kesalahan yang terdapat di atas.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Info | 9 Rules at seladang.net

  1. YangIkhlas

    9 perkara utama ini akan sentiasa menjadi panduan apabila menghantar komen. Paling penting biarlah setiap komen yang dihantar boleh menjadi sumber inspirasi dan semangat kepada pasukan Belia, Piala Presiden dan Liga Super. Kita harus ingat pasukan-pasukan bolasepak Perak bukan sahaja perlu menghadapi lawan mereka masing-masing tetapi juga dengan masalah kewangan yang sedang melanda ketika ini. Dengan adanya komen dari peminat ini akan mengingatkan para pemain bahawa masih ada para penyokong yang sentiasa setia kepada pasukan bolasepak negeri Perak. SKOR YOB SKOR....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    saya amat bersetuju dengan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh admin di atas,semoga pengurusan seladang.net lebih berkembang dan maju di masa hadapan,,sama-samalah kita semua memperbaiki kesilapan dan memartabatkan bahasa melayu kita!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. calibess

      insyallah..demi pasukan tercinta (skor yob skor)saya akan memberi pendapat serta pandangan yang bernas....

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. peso lorenza

    memang perlu digariskan perkara-perkara yang dilarang dan 9 perkara tersebut pada pandangan saya memang WAJIB dipatuhi oleh semua pelayar-pelayar seladang.net..
    Ianya bukan membebankan kita tetapi untuk menjaga tatasusila kita sebagai rakyat Perak khususnya, Malaysia amnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. hazwan

    ok....saya amat menyokong peraturan yang dibuat bagi memastikan kemajuan bola sepak terutama kelab bola sepak perak terus dihormati bagi semua pihak....

    terima kasih...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.