TM Piala Malaysia - Perak Vs ATM (result)
June 27th, 2008 by webmaster

Jumaat 27 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm
Perak 5 - 0 ATM
Separuh Masa Pertama -
Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
S. Subramaniam - Mario Berrios -Chan Wing Hong
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Khalid Jamlus - Fakri Saarani
Minit 5: Perak mengasak kubu pertahan ATM. Beberapa peluang telah dihasilkan
Minit 10: ATM mendapat peluang menjarinkan gol apabila satu sepakan dari jarah 25 meter terkena palang gol Perak. Perak membuat beberapa serangan tetapi masih tumpul.
Minit 15: Penalti diberikan, apabila Ahmad Fakri dijatuhkan. Namun Khalid Jamlus tidak berjaya menjaringkan gol.
Minit 20: Peluang sekali lagi oleh Ahmad Fakri hasil hantaran lintang Khalid Jamlus namun tidak dapat menewaskan penjaga gol ATM.
Minit 25: ATM mendapat dua peluang untuk menjaring gol setelah kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Perak.
Minit 30: Peluang-peluang terhidang tetapi Perak masih tidak dapat menjaringkan gol.
Minit 35: ATM membuat pertukaran pemain. Sementara Perak mendapat tendangan percuma di luar kotak penalti dan juga sepakan sudut namun tidak menghasilkan apa-apa.
Minit 40: Shahrunizam mendapat dua peluang dalam kotak penalti namun tidak juga berhasil. Khalid Jamlus dikeluarkan dan memasukkan Razali Umar.
Minit 45: Tamat
Tambahan masa:
Separuh Masa Kedua
Minit 50: Carlos Caceres dimasukkan menggantikan Shahrulnizam. Hardi dilayangkan kad kuning.
Minit 55: Carlos Caceres membuat rembatan namun tidak juga berhasil. Perak menyerang bertubi-tubi.
Minit 60: Razali Umar mendapat peluang lagi namun tidak berjaya.
Minit 62: Gol pertama dari Carlos Caceres hasil sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain ATM.
Minit 65: Gol kedua oleh Carlos Caceres. Hantaran jauh dari K. Nanthakumar terus dilambung oleh Carlos Caceres.
Minit 74: Gol Penalti apabila Razali Umar dijatuhkan. Carlos Caceres menjaringkan gol.
Minit 80: Subramaniam digantikan dengan Azlan Zainal.
Minit 84: Gol oleh Razali Umar yang mendapat hantaran Carlos Caceres.
Minit 86: Gol kelima oleh Danial Fadzly melalaui satu voley yang cantik
Minit 90: Asakan bertali arus oleh Perak banyak membuka peluang.
Tamat
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala Malaysia - Perak Vs Johor (result)
- TM Piala Malaysia - ATM Vs Perak (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Vs Perlis (result)
- TM Piala Malaysia | Suku Akhir - Kedah Vs Perak (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Vs My Team (result)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: TM Piala Malaysia - Perak Vs ATM (result)





alhamdulilah.. menang besar kite mlm ni..gud luck player2 ku..
Alhamdulillah… Terima kasih yob..
salam,
harap kemenangan ini bukan secara ‘kebetulan’ kerana berhadapan dengan pasukan ‘kerdil’. harap ini merupakan kebangkitan pasukan yob untuk terus mencatatkan kemenangan demi kemenangan hingga layak ke suku akhir / separuh akhir / akhir dan menjulang Piala Malaysia
tahniah…teruskan perjuangan
Tahniah Perak…..harap kemenangan malam ni jgn disia2kan…teruskan perjuangan…jgn cepat mengalah…peluang masih ada…
terima kasih skuad seladang kerana menang besar walaupun anda bermain tanpa gaji……….. so buat pafa fikir fikirkanlah jangan tahun depan player semua lari
tahniah kpd pasukan,harap teruskan rentak kemenangan….
kesian khalid terlalu jelas yg dia belum cergas sepenuhnya.apepun yong doakan dia pulih spt sedia kala.utk carlos hatriknya sgt baik utk game mlm tu.mgkn kalau penalti yg ada tidak disiakan mahu lagi besar jaringan.what ever,tahniah sekali lagi utk semua.
tahniah… tapi sejujurnya ini bukanlah perlawanan untuk mengukur kehandalan pasukan…
Salam Semua. Saya dengar ulasan dalam Radio Perak. Masa tu dalam Kereta. Berdasarkan ulasan, menampakkan ketumpulan penyudah skuad Seladang. Bahagian Tengah telah melaksanakan tugas dengan baik sehingga membolehkan kita menembusi pertahanan ATM. Barisan Penyerang sepatutnya dapat menterjemahkan gerakan cantik barisan tengah dengan sejumlah gol pada separuh masa pertama lagi. Tapi saya yakin, jika kita mendapat gol awal di separuh masa pertama, insya Allah 5 gol tu dapat di hasilkan lebih awal. Pada keseluruhannya, saya setuju dengan pendapat meor19, yang mana beliau berpendapat ATM bukanlah lawan yang sebenarnya untuk mengukur kekuatan kita. Yang baiknya adalah, Skuad Seladang harus menonton kembali perlawanan ini untuk mengkaji kelemahan sendiri untuk dibaiki dalam perlawanan menentang Johor. Teruskan momentum kemenangan ini untuk kita layak ke Suku Akhir dan menghalang kemaraan Skuad Kenari yang melampau-lampau hebatnya dikala ini. bukan penghalang buat kita kerana kita adalah antara halangan buat pasukan-pasukan yang dikatakan handal di Malaysia, kerana sebenarnya SELADANG kuat cuma belum dapat sentuhan yang sebenar. Selamat Berjuang, Untuk Piala Malaysia, SKor YOB SKOR!!!!!