TM Piala Malaysia - Pahang Vs Perak (result)
June 24th, 2008 by webmaster

Selasa 24 Jun 2008
Stadium darul Makmur
8:45mlm
Pahang 2 - 2 Perak
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios - S. Subramaniam
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Khalid Jamlus - Ahmad Fakri
Ulasan ringkas untuk perlawanan hari ini.
Gol pertama Perak dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke 20 permainan. Separuh masa kedua bermula kurang baik apabila pasukan Pahang berjaya menyamakan kedudukan melalui tendangan penalti.
Khairi Zainuddin dikeluarkan untuk Chan Wing Hoong dan Khalid Jamlus digantikan oleh Razali Umar. Gol kedua Perak dijaringkan oleh Razali Umar pada minit ke 83 untuk Perak mendahului Pahang.
Perak membuat pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Ahmad Fakri untuk Nor Hazrul. Skuad Tok Gajah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 90 hasil dari tendangan sudut sebelum permainan berakhir dengan keputusan muktamad 2 - 2.
Keputusan semasa perlawanan lain:
Negeri Sembilan 1 - 2 Terengganu
Selangor 3 - 1 Sarawak
Kelantan 3 - 1 Melaka
Pulau Pinang 0 - 1 Kedah
PDRM 0 - 0 Johor FC
Kuala Lumpur 3 - 2 Sabah
Perlis 1 - 2 My Team
ATM 1 - 3 Johor
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala Malaysia - Perak Vs My Team (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Vs Pahang (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Vs Perlis (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Vs Johor (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Vs ATM (result)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: TM Piala Malaysia - Pahang Vs Perak (result)





teman bangga wlaupun sekadar seri. tapi ini menunjukkan pemain masih mempunyai semangat untuk meneruskan perjuangan walaupun tanpa gaji
satu keputusan yg yong rasa tak sepatutnya.kita boleh menang sebenarnya,tp dah jadi kebiasaan bagi team…bila masa kecemasan mesti problem tp tak pe lah dari kalah baik seri.cuma kalo nak team ada peluang layak ke pusingan seterusnya,kita perlu menang 3 mata sbb bila dah 2 game seri ni boleh jejas kedudukan mata dlm kump.yong cuma kelir si chan wing hoong dah elok ker dr sakit tu.apepun utk razali & fakri tahniah sbb gl anda dpt membantu pskn.tahniah buat semua pemain.
WELL DONE!!! walaupun seri…Tapi aku nampak player sungguh bermain. Kpd yong85 jgn la ckp mcm tu, at least diorang dah bekerja keras dalam keadaan skrg yang agak byk masalah dalaman. Kalu tak disebabkan penalti, may be kita menang. Tapi peluang masih terbuka, ada masa lagi nak cilok panjat tangga teratas. To all SELADANG’s either management or player, keep it up and GOOD LUCK 4 the next GAME…SKOR YOB SKOR!!!!!!!!!
takde ke video untuk game ni? lagi satu kenapa carta liga untuk Piala malaysia tak di paparkan?
jawapan admin: Tiada video buat masa ini dan carta Piala Malaysia hanya akan dipaparkan selepas perlawanan dengan pasukan ATM.
pada semua teman seladang.net terutama syidi_black yong minta maaf ye.emosi je sikit.bak kata semua teman peluang masih terbuka luas & teruskan perjuangan utk game akan datang,jgn pandang akan kelemahan lawan tapi pemain perlu ada semangat juang utk bermain nanti.yong doakan yg terbaik.mgkn game jumaat ni yong tak dpt join sbb yong outstation apepun utk semua yob SKOR ye jgn tak SKOR.tq
TAHNIAH…mungkin sepatutnya dapat keputusan yang lebih baik dari seri tetapi amat baik jika nak difikirkan bermain dalam keadaaan yang penuh dengan masalah kewangan. Kepada dua anak muda Razali dan Fakri teruskan dengan prestasi cemerlang anda. SKOR YOB SKOR.
admin,
game pdrm vs johor fc di pospon kerana venue std mbpj digunakan untuk afc president’s cup
admin,
info terkini dari pegawai FAM yg boleh dipercayai, game pdrm vs johor fc tidak di pospon kerana mereka telah bermain pada 16 jun lalu, keputusan seri 1-1.
Thanks Razlan for your info…
Kpd pasukan Perak…perjuangan masih ada…kena usaha keras sikit…kalau boleh tu teruslah gunakan tenaga2 muda dlm saingan kumpulan ni….mana la tau ada rezeki gandingan diaorg ni menjadi..