Piala Presiden | Kedah Vs Perak - Suku Akhir (result)
June 13th, 2008 by webmaster
Piala Presiden 07/2008
Khamis 12 Jun 2008
Stadium Mini Jitra, Kedah
4:45PM
Kedah 1 - 3 Perak
Petang semalam telah berlangsung perlawanan antara pasukan Kedah menentang Perak untuk kempen Piala Presiden 07/2008 peringkat suku akhir di Stadium Mini Jitra yang menyaksikan Perak menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 3 gol berbalas 1.
Gol-gol Perak telah dijaringkan oleh Shahrizal Mohd Saad dan Mohd Termizi Abdul Rahman pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua pasukan tuan rumah membalas dengan satu gol sebelum Mohd Termizi Abdul Rahman menambah gol ketiga buat pasukan Perak.
Perak diletakkan bersama-sama dengan pasukan Terengganu, Kedah dan PDRM untuk peringkat suku akhir yang dijalankan secara liga dengan perlawanan timbal balik. Bagi pasukan Selangor, mereka diletakkan bersama-sama pasukan Kelantan, Kuala Muda dan My Team.
Pada peringkat ini juga tiada bantuan 3 pemain dari skuad senior boleh digunakan. Semua pasukan hanya boleh menggunakan pemain yang berumur 21 tahun ke bawah sahaja. Hanya johan dan naib johan setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
4 pasukan yang diramal akan memasuki peringkat separuh akhir ialah pasukan Perak, Terengganu, Selangor dan Kuala Muda. Namun kemampuan pasukan Kedah, Kelantan dan My Team tidak boleh dipandang mudah kerana mereka juga mampu membuat kejutan.
Semoga kemenangan pertama di tempat lawan semalam, mampu menjana semangat pemain skuad Presiden Perak untuk terus berjuang lebih baik pada perlawanan akan datang.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Presiden | Perak Vs Kedah - Suku Akhir (result)
- Piala Presiden | Perak Vs PDRM - Suku Akhir (result)
- Piala Presiden | Road To The Final 2007/2008
- Piala Presiden | PDRM Vs Perak - Suku Akhir (result)
- Piala Presiden | PDRM Vs Perak - Suku Akhir
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Presiden | Kedah Vs Perak - Suku Akhir (result)





Dah sampai ke Suku Akhir ke….cepat betul masa berlalu…tak sangka pulak Perak boleh kalahkan Kedah….nampak pada gayanya player2 muda ni memang bersemangat lebih drpd player2 senior biarpun dihimpit dilema pembayaran gaji….semangat beginilah yg ditagih bg menaikkan nama negeri…mungkin perjuangan mereka lebih kpd patriotik drpd keuntungan diri semata2…renung2kan…
diharapkan penyokong penyokong perak dapat memberi sokongan yang padu apabila pasukan skuad presiden bermain dalam pusingan separuh akhir nanti…………
inilah barisan yg sepatutnya diketengahkan oleh jurulatih skuad negeri perak.tahniah yong ucapkan sbb kalo skuad senior jmpa kedah allahuakbar…tapi tak pe…sekali lagi yong ucap TAHNIAH…yong harap thn depan bila jurulatih baru skuad senior pegang harapnya adalah nama-nama dari skuad piala presiden yg akan diserapkan ok.good luck utk game yg seterusnya.
Di atas kemenangan yang agak besar ini lebihan lagi di tempat lawan, makanya saya wajib rasa bangga… Sememangnya pasukan Perak mempunyai pelapis-pelapis harapan… Semoga semangat dan disiplin yang telah dipupuk akan dibawa juga ke dalam skuad senior satu hari nanti…
Admin… saya rasa elok juga kalau Seladang.net dapat memaparkan profil pemain-pemain skuad Piala Presiden ini…
komen admin: Akan kami usahakan pada masa yang mendatang ini. Terima kasih untuk cadangan tersebut.
keputusan yg memberangsangkan… harap pencapaian positif seperti in dapat diteruskan sehingga final