Indonesia Vs Malaysia | Friendly Match (result)
June 7th, 2008 by webmaster
Jumaat 6 Jun 2008
Stadium Gresik, Surabaya
6.00 pm
Indonesia 1 - 1 Malaysia
Skuad Malaysia berjaya mengikat pasukan Indonesia dengan keputusan seri 1 sama pada perlawanan persahabatan yang berlangsung petang semalam. Ketua pasukan Mohd Shukor Adan telah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 32 melalui satu tandukan setelah mendapat hantaran lintang dari Hardi Jaafar.
Terdahulu pasukan Indonesia mendapat gol pendahuluan melalui tendangan penalti oleh Bambang Pamungkas setelah beliau dijatuhkan oleh Aidil Zafuan Abdul Radzak di dalam kotak penalti Malaysia pada minit ke 25.
Kesebelasan Utama Malaysia
Penjaga Gol:
Helmi Eliza Elias (Kedah)
Pertahanan:
Norhafiz Zamani Misbah (Pahang)
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan)
Daudsu Jamaluddin (Johor FC)
Irwan Fadzli Idrus (MyTeam)
Tengah:
Shukor Adan (Selangor)
Amirulhadi Zainal (Selangor)
Indra Putra Mahayuddin (Selangor)
Hardi Jaafar (Perak)
Serangan:
Safee Sali (Selangor)
Zaquan Adha (Negeri Sembilan)
6 Pertukaran Sepanjang Permainan:
S. Subramaniam (Perak) - Irwan Fadzli (MyTeam)
Khyril Muhymeen (Kedah) - Amirulhadi Zainal (Selangor)
Azi Shahril Azmi (Perlis) - Hardi Jaafar (Perak)
K Soley (Perlis) - Shukor Adan (Selangor)
Nizaruddin Yusof (Polis) - Safee Sali (Selangor)
Akmal Rizal (Selangor) - Zaquan Adha (Negeri Sembilan)
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Indonesia Vs Malaysia | Friendly Match
- India Vs Malaysia | Friendly Match
- International Friendly Match | 7 Jun 2008
- Malaysia vs Chelsea FC | Chelsea Asia Tour 2008 (result)
- Bahrain Vs Malaysia - Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Indonesia Vs Malaysia | Friendly Match (result)





satu keputusan yang memberangsangkan… dapat tahu bahawa media indonesia pun memuji permainan malaysia.
Hanya KAU yang mampu merubah segalanya….usaha & ikhtiar telah dibuat…apapun tahniah kpd pasukan Malaysia kerana berjaya mengekang kemaraan jentera serangan Indonesia yg ternyata berbisa dgn adanya Bambang Pamungkas selaku pemimpin di bhgn hadapan mereka…harap2 selepas ini coach jgn le bagi alasan player2 kita tak cukup umur lg la yek…takpun kurang persediaan…alahai..
kira oklah seri. jangan kalah sudah……
sepatutnya pemain gantian itu dijadikan kesebelasan utama mungkin ianya mampu kemenangan diperolehi
ok le,dapat ikat indonesia di hadapan penyokong fanatik mereka sendiri,tahniah malaysia…
Salam…
Walaupun pasukan Malaysia telah berjaya mengikat pasukan lawan, saya kira ini bukanlah satu ukuran yang boleh dianggap bahawa pasukan Malaysia ketika ini sudah benar-benar mantap… Jika dilihat dari keputusan-keputusan terkini yang melibatkan perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia, keputusannya juga terikat… tetapi apabila melibatkan perlawanan-perlawanan di kejohanan-kejohanan yang besar, pasukan Malaysia masih gagal menandingi pasukan Indonesia…
Adakah pasukan Indonesia menurunkan kesebelasan utama atau para pemainnya menganggap ini hanya satu perlawanan pemanas badan sahaja??? jadinya bagi mereka ia tidak terlalu penting… keputusan seri sudah memadai… tetapi mereka bersungguh-sungguh dalam setiap kejohanan yang disertai…
Demikian juga kepada pasukan kebangsaan, adakah para pemain telah bersedia untuk menghadapi tekanan pada kejohanan-kejohanan serantau khususnya??? kita lihatlah nanti… Entah mengapa saya masih tidak berpuas hati dengan pemilihan para pemain oleh jurulatih negara… Beliau seperti tidak mempunyai alasan yang kukuh bagi setiap pemain yang dipilih… Harapannya agar beliau berundur jika pasukan ini tidak menunjukkan peningkatan dalam kejohanan akan datang…
Saya bukanlah seorang yang bias kepada pasukan kebangsaan tetapi jika cepat berpuas hati maka kita akan berada dalam satu RUANGAN YANG SELESA… satu ruangan yang tidak sihat untuk sesuatu yang dikatakan bersifat professionalisme…
alhamdulillah,syukur le gamaknye.seri kira baik dari kalah.ni cuma landasan utk player mantapkan lagi aksi utk hadapi saingan piala AFF nanti.yong tahu shukor adan score akan tetapi…..mana barisan penyerang terhebat jurulatih malaysia.kalo sebut soal bambang yong mang seram sejuk…nampak kecik tapi sgt merbahaya.whatever pun tahniah buat skuad negara.