Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008
June 3rd, 2008 by webmaster
Piala Belia 07/2008
Selasa 3 Jun 2008
Kompleks Sukan NAZA Gurun
4:45PM
Perak akan berkunjung ke Kompleks Sukan NAZA Gurun petang ini untuk menghadapi perlawanan Piala Belia menentang pasukan Kuala Muda. Pasukan seladang pada perlawanan lalu menentang ATM terpaksa ditunda pada tarikh yang akan diputuskan kemudian oleh kerana hujan lebat.
Skuad hari ini akan dipimpin oleh penolong skuad belia iaitu saudara Johari Hamzah setelah ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim bertugas di Sukma, Terengganu. Perak kehilangan 2 tonggak utama ialah penjaga gol Khairul Amri Bin Salehuddin dan pemain tengah Mohd Safwan Bin Mahayudin setelah khidmat mereka ditagih oleh skuad Sukma Perak.
Ketika dihubungi, saudara Johari Hamzah menyatakan bahawa walaupun tanpa ketua jurulatih dan 2 tonggak utama pasukan beliau yakin Perak mampu memenangi perlawanan itu nanti. ”Saya akan pastikan kemenangan berada di genggaman kita petang ini kerana pemain pengganti yang ada mampu untuk mengimbangi kekurangan tersebut” ujar Johari Hamzah melalui perbualan telefon bersama wakil kami sebentar tadi.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 3 Jun 2008
Melaka vs Selangor
Stadium Tun Fatimah, Melaka
Negeri Sembilan vs Plus FC
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi
ATM vs Kelantan
Stadium Mindef, Kuala Lumpur
Pulau Pinang vs Kedah
Stadium Kompleks Sukan, Bertam
Sarawak vs PDRM
Stadium Sarawak, Kuching
Johor vs PKNS
Stadium MP Kluang
MyTeam vs Proton FC
Stadium Mini Bandaran Gerik
Johor FC vs Kuala Lumpur
Stadium Jcorp Pasir Gudang
Shahzan Muda vs Felda United FC
Stadium Mini Temerloh
Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008 (result)
- Piala Belia | Kelantan Vs Perak | 17 Jun 2008
- Piala Belia | Selangor Vs Perak | 29 Jun 2008
- Piala Belia | Perak Vs Melaka | 7 Mei 2008
- Piala Belia | Perak vs Plus FC | 22 Jun 2008
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008




