feed rss2

Sukma 12 | Terengganu

Perlawanan bolasepak peringkat kumpulan Sukma yang ke 12 telah menamatkan acaranya semalam dengan Perak layak ke peringkat seterusnya setelah tuan rumah Terengganu berjaya menewaskan pasukan Pahang dengan keputusan 2 gol tanpa balas.

Selangor turut mencatatkan keputusan memberangsangkan apabila menundukkan pasukan Kedah dalam kumpulan B dengan jaringan tunggal Wan Mohd Hoesni pada minit ke 70. Perlawanan yang berlangsung cukup rancak ini memperlihatkan ketangkasan kedua-dua pasukan beraksi untuk merebut tangga pertama kumpulan.


Perlawanan peringkat suku akhir kalah mati seterusnya dijangka akan berlangsung pada 3 Jun 2008 namun undian pasukan belum dikeluarkan setakat ini. Mungkin pasukan Perak akan bertemu dengan johan kumpulan C ialah W. Persekutuan untuk perlawanan seterusnya.

Senarai Keputusan Penuh Kumpulan:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Kumpulan A

Team P W D L G A Pt
Terengganu 2 2 0 0 5 2 6
Perak 2 1 0 1 3 3 3
Pahang 2 0 0 1 0 3 0

Kumpulan B

Team P W D L G A Pt
Selangor 3 3 0 0 6 0 9
Kedah 3 2 0 1 5 4 6
Kelantan 3 1 0 2 6 5 3
Sabah 3 0 0 3 2 10 0

Kumpulan C

Team P W D L G A Pt
W. Persekutuan
3 3 0 0 4 1 9
Perlis 3 2 0 1 5 4 6
N. Sembilan
3 1 0 2 3 4 3
Melaka 3 0 0 3 2 5 0

Kumpulan D

Team P W D L G A Pt
Johor 3 2 1 0 3 1 7
P. Pinang
3 2 1 0 3 1 7
Brunei 3 1 0 2 3 3 3
Sarawak 3 0 0 3 3 7 0
Print This Post Print This Post

If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Sukma XII Terengganu 2008 | Bolasepak (Group Result)

6 Responses to “Sukma XII Terengganu 2008 | Bolasepak (Group Result)”

  1. on 02 Jun 2008 at 3:29 pmsatorare

    alhamdulillah, perak layak…
    kejor yop kejor

  2. on 02 Jun 2008 at 6:25 pmmiez3

    Harap2 lepaih ni jgn le deme leka lagi…kena bagi tumpuan lebih bila dah masuk suku akhir ni…teringin jugak nak tengok deme ni dpt emas…ada le jugak habuan utk team bola Perak tahun ni compare dgn team liga M’sia yg dikatakan professional tuuuuu…..

  3. on 02 Jun 2008 at 6:27 pmrazlan

    suku-akhir lawan dgn penang… scor yob skor!

  4. on 03 Jun 2008 at 2:21 amghostwriter

    Alhamdulillah..tahniah! Saya berharap janganlah terlalu gembira dengan kejayaan pertama ini. Kejayaan melayakkan
    pasukan Perak ke suku akhir adalah permulaan dalam perjuangan. Terlalu banyak rintangan di hadapan sedang menanti. Saya minta kepada pasukan Perak agar mengambil setiap kejayaan itu sebagai permulaan untuk segala kejayaan yang lain. Jangan senang berpuas hati tetapi terus berusaha dengan lebih gigih dan kejayaan kekal dimiliki. Kejayaan bukan penamat tetapi adalah permulaan. Abu Bakar Fadzim, pastikan pasukan Perak terus konsisten dengan gaya sang juara. Hidup Perak !

  5. on 03 Jun 2008 at 8:56 amlee_dado

    Sedikit info untuk dikongsi bersama

    Suku Akhir 3 JUN 2008

    Terengganu lwn Johor

    Pulau Pinang lwn Perak

    Kedah lwn Wilayah Persekutuan

    Selangor lwn Perlis

    Separuh Akhir 5 jun 2008

    Terengganu/Johor lwn Kedah/K.L

    Selangor/Perlis lwn P.Pinang/Perak

  6. on 03 Jun 2008 at 10:37 amyong85

    inilah namanya usaha tangga kejayaan.tahniah buat semua pemain & jurulatih.tak kira la dgn sapa kita jumpa moga-moga berjaye le deme ni.kalo boleh baiki le kedudukan pingat kita dgn kilauan emas.
    yelah mane tau bola sepak dpt sumbang emas janji jangan menyumbangkan permainan dgn kekalahan.yong doa yg baik-baik je.
    momentum yg ada harus dikekalkan.what ever pun congratulations..

[Valid CCL]