
Isnin 30 Jun 2008
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin
8:45mlm
Johor 1 - 1 Perak
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
S. Subramaniam - Mario Berrios - Chan Wing Hoong
Mohd Nor Ismail - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Razali Umar - Ahmad Fakri
Pasukan Johor berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 17 untuk mendahului Perak dengan 1 gol. Pada 5 minit akhir perlawanan pasukan Perak mengeluarkan S. Subramaniam dan memasukan Azlan Zainal.
Gol penyamaan Perak dijaringkan oleh Azlan Zainal pada minit ke 88 melalui satu rembatan jarak dekat setelah bola muntah dari penjaga gol lawan untuk mengikat keputusan seri 1 - 1 sehingga wisel penamat.
Keputusan semasa perlawanan lain:
Melaka 1 - 2 Terengganu
Kelantan 5 - 2 Selangor
Sarawak 1 - 2 Negeri… Continue reading

Isnin 30 Jun 2008
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin
8.45mlm.
Perlawanan keempat kumpulan C, TM Piala Malaysia untuk pasukan Perak ialah bertemu Johor di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin. Tiada rekod pertemuan untuk kedua-dua pasukan dicatatkan semenjak Liga Super ditubuhkan pada tahun 2004 termasuk Piala Malaysia ataupun Piala FA.
Pasukan Johor yang menduduki tangga kedua terbawah kumpulan C hanya mampu menang sekali dari Continue reading
Piala Presiden 07/2008
Isnin 30 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM
Petang nanti akan berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Kedah di Stadium Perak, Ipoh.
Perak yang telah mengumpul 7 mata setakat ini hasil dari dua kemenangan dan seri sekali telah menewaskan pasukan Kedah pada perlawanan timbal balik pertama yang lalu dengan jaringan 3 gol berbalas 1 di tempat lawan.
Kumpulan A
Terengganu vs PDRM
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Perak vs Kedah
Stadium Perak, Ipoh
Kumpulan B
Selangor vs Kelantan
Stadium Shah Alam
My Team vs Kuala Muda
Stadium Mini UPB, Teluk Intan
Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 4:45 petang… Continue reading
Piala Belia 07/2008
Ahad 29 Jun 2008
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
4:45PM
Selangor 1 - 1 Perak
Pasukan belia Perak agak kurang bernasib baik petang tadi apabila sekadar mampu mencatat keputusan seri 1 -1 bertemu Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Bermain di atas padang yang lembab kerana hujan renyai yang turun memaksa kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan.
Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan agak perlahan buat pasukan Perak apabila pasukan Selangor lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa serangan merbahaya ke arah kubu pertahanan Perak.
Pada separuh masa kedua penyerang pasukan Perak, Hakim Roslee yang membuat larian pantas di sebelah kiri pintu gol Selangor berjaya memperdayakan seorang pertahanan Selangor sebelum merembat bola masuk pada minit ke 58.
Namun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila pasukan Selangor berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan hasil dari sepakan… Continue reading