Undian Suku Akhir AFC Cup 2008 | 24 Mei 2008

AFC Cup 2008

Sabtu 24 Mei 2008
AFC House
1:00 petang

Undian peringkat suku akhir timbal balik kalah mati Piala AFC 2008 akan diadakan pada hari ini, 24 Mei 2008 bertempat di Rumah AFC pada pukul 1 petang. Perlawanan suku akhir akan diadakan pada 16 dan 23 September manakala peringkat separuh akhir pada 7 dan 21 Oktober.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 31 Oktober dan 7 November 2008. Menariknya pasukan yang menjadi juara dan naib juara Piala AFC 2008 ini berpeluang untuk bertanding secara “playoff” untuk menyertai AFC Champions League 2009.

8 pasukan yang layak:

Dempo (India)
Muharraq (Bahrain)
Safa (Lebanon)
Al Nahda (Oman)
Kedah (Malaysia)
Perak (Malaysia)
Home United (Singapore)
SAFFC (Singapore)

Keputusan undian akan diumumkan sejurus selepas undian tamat pada ruangan artikel di bawah.

Suku Akhir 1
Perak (Malaysia) Vs Safa (Lebanon)

Suku Akhir 2
SAFFC (Singapore) Vs Al Nahda (Oman)

Suku Akhir 3
Dempo (India) Vs Home United (Singapore)

Suku Akhir 4
Muharraq (Bahrain) Vs Kedah (Malaysia)

Separuh Akhir 1
Suku Akhir 4 Vs Suku Akhir 2

Separuh Akhir 2
Suku Akhir 1 Vs Suku Akhir 3

Akhir
Separuh Akhir 1 Vs Separuh Akhir 2

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Undian Suku Akhir AFC Cup 2008 | 24 Mei 2008

  1. matahari_terbit

    mcm menarik ajer teman dengor. tp hati teman berkata, sekirenye pemain perak bermain secara maksimum, pasukan kita mampu gegar ke afc champion league. tapi kalo setakat bermain untuk cukupkan syarat ajer maka kepada penyokong setia skor yob skor kempunanla nak tengok perak ke afc champion league. udahlah rangking perak berada di bawah rangking skuad kedah. perak kini di rangking 214 maka kedah rangking yang ke 145 antara kelab yang terbaik didunia. moga moga perak mampu ke afc champion league supaya perak dapat atasi kedudukan kedah dalam rangking dunia

    #maap pembetulan. kini rangking perak dalam rangking kelab terbaik dunia ialah 264 berbanding bulan lepas di ranking 478 dunia. perak masih lagi mampu naik lagi tp dengan syarat menang kesemua dalam saingan piala malaysia dan berjaya ke peringkat akhir piala a.f.c.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    ada harapan Perak melangkah jauh. Yang penting, setiap perlawanan kita atur pemain & strategi terbaik. Buat penyokong Perak, harap kita semua bersabar. Kita mampu menyerlah, cuma masa saje yg akan menentukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. dato

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin serta teman-teman dalam Seladang.net..Selepas mengetahui keputusan undian suku akhir..Saya berharap pasukan Perak dapat membuat percaturan yang terbaik agar sejarah melangkah ke separuh akhir dan seterusnya perlawanan akhir tercapai..Jika segalanya berjalan dengan baik serta sikap pengurusan, jurulatih serta pemain memberi sepenuh perhatian tidak mustahil pasukan Perak akan bergelar juara..Saya sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Perak..Jika pasukan Perak berjaya ke perlawanan akhir bertemu pula pasukan Kedah..Satu lagi sejarah buat negara kita..Sama-samalah kita mendoakan pasukan Perak dan Kedah ke perlawanan akhir..Apa-apa pun Perak tetap dihati selamanya..

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yeop_tempoyak

    afc cup lah medan mcari publisiti lain selain liga domestik...walopun lubnan lebih baik dari msia,ttpi itu bukan ukuran...awok hrp perak melakukan sesuatu...mane tau,final nanti antara dua kelab msia (mcm uefa chmpion league ari tu)perak dan kedah...KEJOR YOB KEJOR...thank kpd seladang.net krn cepat mdptkan berita...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Dr Kampung aka Bomoh

    Dah agak lama teman tak menulis... Teman tengok skuad Perak tahun ni agak pelik skit bila tertinggal di dalam liga dometik berbanding liga yang lebih tinggi. Macam ada kemusykilan je... Pandangan teman le.. Tak tau kome... Maybe corak permainan kita di liga domestik... Semua taktikal kiter semua orang dah tau... Bak kata orang dah basi yob.. Itulah yang dipertikaikan oleh yob-yob semua... AFC Cup main dengan team luar.. So, bagi deme taktikal kita belum boleh dibaca lagi... Jgn nanti org luar pun basi dengan taktikal kita udah ler...

    Apa-apa pun best of luck kepada kapitan Ahmad Shahrul dengan anak-anak buah beliau kerana berjaya ke suku akhir.. Bior tahun ni dua team dari Malaysia ke final. Macam MU dengan Chelsea.. Hehehe... Tak Mustahil oooo....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    kejayaan di AFC cup ni amat penting sebab ia membuktikan atau menunjukkan bahawe pasukan2 dari malaysia bukan sekadr jaguh kmpung semate-mate!pasukan perak dan kedah memg sudah terkenal di malysia sebgai antare gergasi bola sepak ngare dan memg tak syok kalau gagal memenangi ape2 gelaran di pringkt antarebangse..jadi teman berharap pasukan yop dan skuad kenari dapat melepasi peringkat suku akhir dan separuh akhir,tidak mustahil jika kedue-due pasukan akn bertemu di peringkat final dan mengharumkan kembali name malaysia..maju perak!maju kedah!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    teman setuju dengan amirfsl. tp bila dah menang peringkat afc takut nanti player kembang sangat steve lg jd kurang ajar, kalo diikutkan prestasi dema nie mmg sudah membuktikan pasukan perak handal dan berkualiti, cuma perlu tambah dengan disiplin dan semangat menentang pihak lawan. dan tidak gentar menghadapi mana mana pasukan yg lebih kuat, teman raselah setakat ini perak mampu turun kesebelasan utama yg mampu mengugat mana mana pasukan yng akan menentang dengan pasukan perak. pendapat teman kesebelasan utama yg harus diturunkan,

    hamsani

    azlan zainal k. nanthakumar s.subramaniam

    shahrulnizam shahrul azhar mohd nor hasrul

    jorge munoz hardi jaafar

    khalid jamlus razali umar

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.