Ulangtahun Pertama | seladang.net

1 Mei 2008 | Ulangtahun Pertama Komuniti Penyokong Maya Bolasepak Perak

Salam semua pengunjung,

Hari ini genaplah setahun penubuhan seladang.net yang menggunakan platform CMS WordPress. Halaman ini bermula dengan beberapa artikel dan ulasan selepas perlawanan dilangsungkan dengan kadar purata 15 – 20 artikel sebulan. Kemudian seladang.net semakin aktif ketika memasuki tahun 2008 apabila sentiasa mempunyai berita, artikel atau rangkuman video setiap hari.

Namun semua yang anda saksikan hari ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa bantuan dan kerjasama dari beberapa individu yang turut sama menyumbang kepada kemajuan halaman seladang.net secara langsung dan tidak langsung.

Berikut adalah antara beberapa statistik yang sempat kami sediakan untuk pengunjung yang melayari halaman ini.

  • Halaman ini telah mencatatkan seramai 1,022 pengunjung berdaftar.
  • Ada sebanyak 2,112 komen telah tersiar di dalam 328 artikel.
  • Pengunjung teramai adalah sebanyak 287 orang dalam masa 1 jam pada hari Isnin 24 Mac 2008 sewaktu perlawanan Kedah Vs Perak di Stadium Darul Aman.
  • Sebanyak 85,508 kunjungan unik dicatatkan selama setahun ini.
  • Ranking Alexa ketika ini ialah Worldwide – 744,078 dan Malaysia – 8,123
  • Google Page Rank – 1/10
  • Majoriti pengunjung halaman ini datang dari 15 buah negara di bawah:
  1. Malaysia
  2. Japan
  3. Australia
  4. United States
  5. Singapore
  6. Indonesia
  7. India
  8. United Kingdom
  9. South Korea
  10. Germany
  11. Egypt
  12. Russia
  13. Hong Kong
  14. Brunei
  15. Norway
  • Sumber trafik seladang.net

Google Analytics seladang.net

Google Sitelink for seladang.net

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada individu-individu berikut untuk bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang mengendalikan halaman ini:

  1. Harryhot – Co-Founder for seladang.net
  2. Nina – Logo & graphic designer.
  3. Razlan – From sportsmalaysia.net for game photo, travel and news.
  4. Pakcu – Match report, video and travel.
  5. Ahmad Feisal – From Altra Et Cetera for Joma merchandise
  6. Saiful – From hijaukuning.com for news & updates.
  7. Yong Ayu – Article
  8. Dato’ – Article
  9. Miez3 – Article
  10. Ahmad Fakri Saarani – Harimau Muda
  11. Raja Azlan Shah Raja So’ib – Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak
  12. Mr ??? – From Perak FA for news & updates.
  13. Ip Serverone – For great web hosting and support services.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua pengunjung seladang.net yang telah memeriahkan halaman ini dengan pelbagai komen yang menarik dan bernas. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan komuniti penyokong lain yang sudi melayari halaman ini terutamanya pengguna dari hijaukuning.com yang memberikan komen-komen membina kepada pasukan Perak di halaman ini.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “Ulangtahun Pertama | seladang.net

  1. yobscoryob

    Tahniah utk seladang.net!!! selamat ulang tahun. Terima kasih sbb dh byk info kpd kami semua berkenaan team kesayangan kami "skuad Seladang'. Semoga terus maju jaya.

    Perak ttp dihati

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seansan00

    peewwiittt.. x de potong kek ke..

    tahniah2 harap seladang.net terus memberi informasi yang lebih baik dan bermutu..
    keputusan yg cepat dan tepat selain data yg terkini..

    p/s - cuma mintak bykkan gambar2, x kisah la pemain ke, penyokong ke, fakta2 ke.. baru syok.. eheheh cadangan je..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Dr Kampung aka Bomoh

    Salam.. To all crew, May Allah Bless You. I hope seladang.net will success in the future.

    LONG LIVE SELADANG.NET!!!

    Amin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amirfsl

    1 mei ulangtahun seladang.net ke??!!kebetulan..hari ni juga hari lahir teman yg ke20!kite same tarikh hari lahir le seladang.net!!selamat ulang tahun yang pertame!terime kasih byk2 kepade pihak2 di ats dan harapan semoge seladang.net dapat memasuki era yg lebih hebat lepas ni!syabas!selamat hari pekerja dan selamat bercuti kepade semue pengunjung seladang.net!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Salam utk kesemua krew & admin yg terlibat...tidak lupa juga sahabat2 lain di Seladang.net..

    Pertama sekali tahniah ke atas ulangtahun pertama Seladang.net..dgn usaha admin & teamate yg bertungkus lumus menyediakan info2,artikel dan laporan lintas langsung serta isu2 "panas" bolasepak Perak membuatkan website ini menjadi salah satu sumber rujukan dan tempat meluahkan perasaan terhadap pasukan Perak, pasukan kesayangan teman dan sahabat2 tanpa gusar akan perasaan "bias or prejudice" dlm memberi pendapat.

    Teman juga merupakan orang baru sebenarnya dalam pengguna berdaftar di Seladang.net ini...saat pertama bertemu bila teman tercari2 apakah lagi berita2 yg boleh teman dpt tentang bolasepak Perak selain website milik PAFA & satu lg milik kelab peminat yg agak terkenal & popular..jadi bila teman tertaip perkataan Perak & Seladang,website ini yg terkeluar di Google Sitelink!!Woww!Itu perkataan pertama terkeluar dari mulut teman...mcm tak percaya ada juga insan yg bijak pandai sanggup secara sukarelanya membentuk website yg agak simple,bersahaja,informatif dan detail sekali hanya utk kepuasan & tatapan penyokong2 bolasepak Perak..

    Mulanya tertanya2 juga..apa rasionalnya pihak admin & krew mencipta satu platform di website ini dgn berbagai2 info yang mana hampir2 menyamai bidang kewartawanan di akhbar2 utama di M'sia...iyelah memang diakui juga selama sebelum teman terjumpa website ni hanya akhbar jelah pendamping teman utk mendapatkan info2 yg berkaitan selain 2 lg website yg teman ckpkan td..Tapi setelah diteliti akan isi kandungannya ternyata ada sesuatu yg unik berkaitan forum atau komentar yg disiarkan..Ianya tidak berkaitan ahli2 atau pengguna berdaftar yg berada dlm website ini contohnya seperti kegiatan sesama ahli seperti aktiviti keluarga,bermain futsal,majlis tahunan walaupun diakui ianya agak penting utk sesuatu persatuan atau kelab tetapi apa yg berlaku adalah objektif pada website ini didahulukan dan diutamakan iaitu "without bias or prejudice" menyediakan berita,info & isu yg berkaitan dgn pasukan Perak..

    Ternyatalah yg website ini bukanlah "biasa" atau sekadar "leluncon" seperti kelab2 peminat yg lain....luahan pendapat lebih telus & serius...cuba sahabat2 lihat...setakat ini ayat2 yg digunakan berlapik & tidak dlm keadaan "terlampau" hingga menyakiti hati lain2 pihak...teguran boleh dibuat tapi ianya agak terbina & tersusun...teman juga tertarik dgn tajuk website ini iaitu "Komuniti Penyokong Maya Bolasepak Perak"...Penyokong??Kenapa tidak ditulis Peminat???

    Sahabat2 semua...peminat adalah individu atau satu kumpulan yang meminati sesuatu individu atau kumpulan yg lain dgn fanatik & obsesif....selalunya mereka ini hanya menjadi peminat bila yg diminati itu meraih kejayaan atau berada dipuncak tanpa mengambilkira apa & bagaimana ianya berlaku...jadi jika keadaan menjadi sebaliknya maka berlakulah cacian & kejian membuta tuli tanpa mengetahui apa & bagaimana..sebab musababnya...bila ini berlaku..maka larilah peminat2 ini menjauhi org atau kumpulan yg diminati....contohnya (sekadar renungan)..dulu org ramai yg minat Siti Nurhaliza tapi lama-kelamaan makin pudar...lepas tu dtg pula Mawi..org ramai pulak minat Mawi...

    Penyokong pula berbeza dgn apa yg dinyatakan di atas...mereka juga sebenarnya peminat tapi secara dasarnya lebih menyelami dan memahami apa yang berlaku tanpa mengikut musim2 tertentu...mereka juga bersifat lebih ingin tahu dan sentiasa berada di belakang org atau kumpulamn yang disokong tanpa berbelah bagi biarpun ketika susah atau senang,ketika menang atau kalau....senang cerita "setia"..sebab itu ada juga yg menggelarkan mereka2 ini "peminat setia" atau "die hard fans"..bagi mereka apa yg penting adalah agenda atau objektif individu atau kumpulan yg mereka sokong tercapai..cara mcmana & bagaimana...sama2 mereka ikhtiarkan bukan hanya menyerah dan menerima bulat2 apa yg datang!!

    Jadi diharap sahabat2 semua faham & tahu dimana kita berada dan berbangga dgn berada di dlm komuniti ini biarpun ianya sekadar maya.....insyaALLAH ada rezeki mungkin ianya jadi realiti bila kita semua dpt bertemu & menjalinkan hubungan persaudaraan rakan2 sesama negeri atau pasukan demi memastikan pasukan kesayangan kita berjaya dan terus maju dlm arena bolasepak tempatan...

    Setakat ini dulu dari teman..titipan utk keseluruhan warga kerja Seladang.net...ahli2 & pengguna berdaftar..ahli2 gabungan...forumer2 dr Hijau Kuning dll...penyokong dr serata pelusuk dunia...anda memang hebat!!Teruskan usaha...terima kasih sekali lagi dan salam tahniah...
    Adios Amigos..Gracias....
    Skor Yob Skor..Wassalam......

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. seraimerah

    ucapan tahniah kepada seladang.net semoga terus sukses dalam menyampaikan info kepada peminat bola sepak Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. anakperak86

    tahniah seladang.net. wlpn baru setahun tapi jasa seladang.net dlm info2 dan perkembangan pasukan kite amatlah dihargai. semoga para krew seladang.net terus berusaha utk kepentingan pasukan bola kite yg tercinta dan seladang.net dpt jd website yg unggul

    PERAK FOR LIFE!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. razlan

    tahniah tahniah tahniah... semoga seladang.net, seperti website/forum sukan yg lain, akan kekal memperjuangkan sukan tanah air. jika bukan kita yang sokong, siapa lagi?

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ayuball

    alhamdulilah la dah setahun seladang .net semoga pjg umor. 1 ja permintaan aku smga bola sepak perak tidk di cemari oleh gejala rasuah. aku xleh terima coach perak coz menghalalkan perjudian. korg men pn tk berkat kalu mcm ni. plz kerajaan perak pantau. tlog tkr coach. lg satu kenapa nk buang pemain muda perak. lepas skuad belia cyc ambik balik fakri dia ada pontensi jd penyerang terbaik.memg aku kagum ank muda kedah. tp perak pn byk yg berpontensi. pemain import pn mcm hampeh lepas kieta manjou xda lg teruk la. k itu saja komen aku hari.
    asalam i anak bota..................

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.