TM Piala Malaysia 07/2008 | Undian Rasmi

TM Piala Malaysia

Sabtu 17 Mei 2008
Ballroom Hotel Millennium
12:30 petang

Petang esok akan berlangsung satu majlis rasmi undian kumpulan untuk kempen TM Piala Malaysia musim 07/2008. Sebanyak 16 pasukan akan mengambil bahagian dengan 4 pasukan dibahagi kepada 4 kumpulan dalam perlawanan liga.

Hanya 2 pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Ini bermakna 8 pasukan akan berentap dalam perlawanan timbal balik kalah mati sebelum layak ke peringkat separuh akhir yang menemukan 4 pasukan terbaik.

Format perlawanan untuk suku akhir dan separuh akhir akan diadakan berdasarkan perlawanan timbal balik kalah mati dengan gol di tempat lawan menjadi penentu kecuali perlawanan akhir.

Menurut maklumat terbaru yang kami terima, kempen Piala Malaysia ini hanya boleh disertai oleh 14 buah negeri termasuk dua pasukan berstatus separa kelab iaitu PDRM dan ATM yang dipilih kerana kesinambungan tradisi terdahulu.

Berikut adalah senarai 16 pasukan yang bertanding: 

  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Selangor
  6. Kuala Lumpur
  7. Negeri Sembilan
  8. Melaka
  9. Johor
  10. Pahang
  11. Terengganu
  12. Kelantan
  13. Sabah
  14. Sarawak
  15. ATM
  16. PDRM
Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Piala Malaysia 07/2008 | Undian Rasmi

  1. miez3

    Harap Perak dpt semangat baru utk Piala M'sia ni...setelah dpt mara ke pusingan seterusnya & mengembalikan maruah dlm Piala AFC, Perak seharusnya mengekalkan momentum utk menghabiskan sisa2 perjuangan yg ada pd musim ini utk sekurang2nya menggapai satu Piala...AFC Cup satu bonus sekiranya dimiliki...Piala M'sia pulak akan jadi satu medan utk menambah koleksi bagi gelaran yg sekian lama Perak tidak capai setelah bertahun mencuba...kali terakhir kita mencuba & hampir ke arah itu pada tahun lepas dimana kita tewas pada Kedah...takpe tahun ni kita cuba lagi...mana tau ada rezeki...walaupun tanpa kelibat KJ yg dihantui kecederaan sepatutnya coach tahu apa yg perlu dibuat & ada pengganti utk tempat pemain2 tersebut...
    Apapun tahniah sekali lagi kerana terpilih sekali lagi kesaingan Piala M'sia..Perak boleh!Buktikan!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    Yelah bagi teman adillah tu memandangkan banyak kelab yang tidak konsisten seperti Public Bank, Perak Jenderata, MPPJ dan Mk Land. So, mungkin di tahun mendatang format iniperlu diadakan dengan mengundi supaya semua pihak berpuashati. Apa2 pun teman harap pasukan Perak dapat menjadi juara tahun ini bagi mengubat kedukaan yang terpalit sebelum ini disamping menjuarai at least satu Piala tahun ini. Lagi satu dah lama juga Perak tidak memenangi Piala ini. Kalau tak salah teman last pada tahun 2000.

    Kejor Yob Kejor
    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    betul kata teman2 kat ateh ni.dah lama benor tak menang piala ni.hrp undian memihak kita,yelah sekurang-kurangnya jumpa lwn yg sekufu.hee..hee maaf ye gurau je.good luck utk team,mudah-mudahan berjaya kelak.tapi admin confirm ke untuk kempen p.msia ni khidmat kj tak dapat digunakan.hrp sd dpt buat sesuatu.pepun buat setakat ni cukup dulu nanti lepas undian p.msia yong tulis lagi k.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    knp xpgl balik fakri main dgn kita. kalo le gandingan fakri-razali menjadi, kt akan mendapat kekuatan baru nt. teringat zaman khalid-sara dulu. pihak pengurusan perlu peka dgn masalah ini. saya harap tahun depan senarai pemain adalah seperti berikut:
    hamsani
    azlan, subra, seorang pemain import n nanthakumar
    shahrulnizam, norazrul, hardi
    fakri, khalid, razali.
    ini mesti power punya. korang setuju x.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amirfsl

    teman setuju dengan cadangan yop raul hashim..pastikan gak ramai pemain mude diserapkan dan selalu 'dipakai' oleh team perak..kalau selalu main baru developement diorg nampak lebih ketare dan tak mustahil dapat jadi bintg baru bola sepak malaysia...terime kasih kepade yop razlan sebab sediakan link tersebut dan nampak gayenye,,kalau dilihat di atas kertas,perak adelah pasukan pilihan utk menjuarai kumpulan memandangkan finishing terbaik dalam liga..perlis,phg dll berade di bawah,,jadi diharapkan skuad yop dapat mengkis semue tekanan dan membawe balik piala malaysia pulg ke ipoh!!kejor yop!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. meor19

    admin... boleh ya kalau dipanggil fakri balik untuk kempen piala malaysia???

    komen admin: Boleh kalau ada kewangan yang kukuh untuk membayar gaji beliau.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Pakcu

    Saranan untuk semua komentator Seladang.net

    beberapa orang teman dari luar negeri (dari negara seberang maksud pakcu) berminat untuk membaca laman web ini tapi ada sedikit komen dari mereka bahawa mereka agak sukar untuk memahami sesetengah ayat yang dipostkan disini, contohnya seperti dibawah..

    "knp xpgl" "nt" "setuju x"

    meskipun gaya bahasa tidak diwajibkan oleh admin seladang dot net tapi kita harus fikir juga bahawa laman web ini dibuka dan dibaca oleh peminat2 bola dinegara sebelah.

    marilah kita sama2 mencontohi 'admin seladang dot net' dalam mengayakan bahasa yang menarik dan mudah difahami.

    cuma satu saranan

    komen admin: Saranan yang baik dari saudara Pakcu kepada semua pengguna seladang.net. Memang buat masa ini pihak kami belum mahu menguatkuasakan peraturan tentang meringkaskan perkataan. Masalah ini sebenarnya sudah menjadi wabak atau barah kepada masyarakat Malaysia yang berpunca dari penggunaan SMS di telefon bimbit. Pada pemikiran mereka ringkasan yang mereka taip itu mungkin difahami oleh semua pengguna walhal ada ketikanya pihak kami sendiri tidak memahami apa yang cuba disampaikan.

    Justeru itu memang ada beberapa komen yang telah dipadamkan oleh pihak kami sebelum ini lantaran penggunaan bahasa SMS yang keterlaluan sehingga menyusahkan pihak kami memahaminya. Kita memahami penggunaan ringkasan dalam SMS bertujuan untuk mengurangkan ruang dan mempercepatkan mesej yang cuba disampaikan.

    Jadi tambahan nasihat dari kami kepada saranan awal saudara Pakcu ialah:

    "Jika anda malas untuk menaip secara lengkap komen yang cuba disampaikan, kami nasihatkan supaya anda tidak perlu memberikan komentar langsung di mana-mana artikel seladang.net. Ini bukan sahaja memudahkan anda malah tidak menyusahkan pihak kami dan orang lain untuk memahaminya."

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.