TM Piala Malaysia 07/2008 (review)

TM Piala Malaysia

Sebagai mana yang kita ketahui, Perak telah di undi dalam kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Perlis, Pahang, My Team, Johor dan ATM. Kumpulan ini dilihat agak mudah bagi pasukan Perak memandangkan kebanyakkan lawan yang bakal dihadapi nanti pernah ditewaskan sebelum ini dalam perlawanan liga.

Cuma pasukan Johor dan ATM dari Liga Premier sahaja yang tidak pernah ditemui oleh pasukan Perak musim ini. Mungkin ada sedikit tentangan dari pasukan Johor namun penulis yakin pasukan seladang mampu menewaskan skuad ATM tanpa sebarang masalah samada di tempat sendiri mahupun di tempat lawan.

Sila klik link di bawah untuk senarai kumpulan pada undian tempohari.

TM Piala Malaysia 07/2008 | Keputusan Undian Rasmi

Johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak secara otomatik termasuk 2 pasukan terbaik di tempat ketiga. Ini menjadikan sejumlah 8 pasukan akan berentap dalam pusingan suku akhir berdasarkan format berikut:

  • Johan A vs Ketiga B/C
  • Johan B vs Ketiga A/C
  • Johan C vs N. Johan B
  • N. Johan A vs N. Johan C

Berdasarkan kepada ranking liga super dan keputusan di atas kertas, penulis meramalkan pasukan-pasukan berikut akan layak ke pusingan seterusnya. Kedudukan ranking di dalam kotak kurungan.

Kumpulan A

  1. Negeri Sembilan (2)
  2. Selangor (4)
  3. Terengganu (6)

Kumpulan B

  1. Kedah (1)
  2. Johor FC (3)

Kumpulan C

  1. Perak (5)
  2. Perlis (7)
  3. Pahang (8)

Ramalan perlawanan suku akhir berdasarkan format di atas:

  1. N. Sembilan vs Pahang
  2. Kedah vs Terengganu
  3. Perak vs Johor FC
  4. Selangor vs Perlis

Semua perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir menggunakan format timbal balik kalah mati. Untuk peringkat separuh akhir pula pasukan di nombor 1 akan bertemu pasukan di nombor 3 manakala pasukan di nombor 2 akan bertemu pasukan di nombor 4.

Tarikh terakhir pinjaman pemain adalah pada atau sebelum 1 Ogos 2008. Ini kerana mengikut peraturan pemain mestilah bermain dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 07/2008 untuk melayakkan pemain tersebut bermain di peringkat suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir.

Dari maklumat yang di terima khidmat Ahmad Fakri Saarani tidak mungkin menjadi realiti kerana menghadapi beberapa kejohanan remaja kebangsaan. Skuad bawah 19 tahun kebangsaan, Harimau Muda juga telah diberikan peluang setahun lagi di dalam Liga Premier dengan nama baru iaitu skuad bawah 20 tahun. Ini membawa erti Ahmad Fakri Saarani tidak akan pulang bersama pasukan Perak musim hadapan.

Khabar angin kononnya Perak FA ingin meminjam seorang penyerang Kuala Muda yang pernah bermain dengan pasukan Perak suatu masa dahulu kuat bertiup sejak akhir-akhir ini namun penulis sebenarnya tidak percaya penyerang tersebut akan pulang ke negeri asalnya atas status sebagai pemain pinjaman.

Ramalan peribadi penulis ialah pasukan Perak mampu untuk pergi sehingga ke peringkat akhir namun jalan yang perlu dilalui cukup berliku dan berduri. Mampukah pasukan Perak melangkahkan kakinya ke perlawanan akhir Piala Malaysia?

Sama-samalah kita nantikan debarannya.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Piala Malaysia 07/2008 (review)

  1. jr

    Skor YOB Skor..

    harap benar pasukan Perak layak ke peringkat akhir,

    dapat menebus kembali maruah pasukan Perak tahun nie..

    mcm mana plak perkembangan pemain import???

    komen admin: Sama seperti dahulu dan tiada penambahan atau pertukaran sebarang pemain import.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. mie

    admin, saya rasa pemain kuala muda tersebut mesti Liew Kit Kong. Bagus gak kalau perak ambil pemain tersebut...dia pun antara penjaring terbanyak tempatan musim nie kan?? tapi knape ia mustahil?? kalau susah sgt nak pinjam, beli je player tu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    tidakzzzz...wat suspenzzz je..tak pe tugasan fakri lebih penting itu adalah tuntutan negara..sbg pemain itu tanggungjawab dia.buat penyerang tu,kita tunggu je.kita kena fikir positif.kalau kita mampu lakukan tahun lepas,tak mustahil thn ni juga boleh,walaupun thn lepas kita gagal.buat semua player amik kesempatan rehat ni utk cergaskan diri.kita boleh usaha.yong doakan perjalanan pasukan perak & teman yong di dlm skuad itu dipermudahkan yg maha esa hingga ke perlawanan akhir.utk admin nanti dah dekat game bagi la tahu sape yg menjadi barisan utk p.malaysia ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. lee_dado

    Salam...dengar kata Liew Kit Kong bakal dipinjamkan untuk skuad Perak bagi kempen Piala Malaysia 2008 ni..?

    Rasanya pelik pulak kali ni FAM buat group cuma 3 saja untuk Piala Malaysia....pas tu pilih pulak mana tempat ke 3 terbaik untuk mengisi 2 lagi slot untuk ke Suku Akhir..apa-apa je lah FAM..

    komen admin: Berdasarkan cerita 'halwa telinga' memang begitulah adanya namun 'pinjam' dalam istilah bolasepak bukan seperti meminjam lighter dari rakan lain untuk membakar rokok. Semuanya memerlukan perbelanjaan tambahan yang rasanya entah mampu atau tidak. Bukan setahun dua kita mengenali siapa FAM sebenarnya, terlalu banyak tindakan yang 'pelik' serta 'melucukan' demi melaksanakan sesuatu yang mempunyai kepentingan peribadi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    dengar kata perak akan dapat pemain tambahan iaitu ahmad fakri yang kini bersama skuad malaysia bawah 19, tapi teman rasa perak tahun ini takkan menang piala malaysia selagi pengurusan tidak membuat perubahan yang drastik dan melakukan pengurusan secara profesional. tambahan lagi seandainya jurulatih perak masih dengan sikap tidak mahu mendengar pendapat orang maka terjadilah perak pasukan yang dipandah rendah statusnya, kita semua sudah tahu liew kit kong lebih hebat dari khalid jamlus so, kalau dia tidak menunjukkan prestasi dia yang sebenar di perak ini bermakna jurulatih tidak melakukan tugasan yang bagus so tahun depan diwajibkan pengurusan singkirkan saja steve.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    teman baru dapat tau tadi perak takkan ambil mana mana pemain untuk dipinjam. liew kitkong tidak akan dipinjam untuk saingan piala malaysia, lagipun pengurusan mengkaji terhadap latar belakang beliau. dengan persetujuan semua maka kemungkinan besar perak hanya sekadar menggunakan khidmat pemain yang sedia ada. perak mempunyai masalah untuk menghadapi saingan suku akhir piala afc bulan september ini,kerana kontrak pemain dan jurulatih tamat pada bulan ogos 2008. so marilah kita berdoa semoga pihak pengurusan pafa menemui jalan yang tepat

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sylvershop

    saya berdoa agar pihak pengurusan Perak dan FAM ditunjukkan ke jalan benar dan insaf dengan kesilapan lalu. semoga tuhan melaknat pegawai pengurusan Perak dan FAM yang berdusta dalam tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka. semoga perak mampu melakar sejarah dalam pentas asia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Salam...teman rasa tak perlu le kita semua mengharapkan buah yg tak akan gugur...kes Fakri & Liew Kit Kong tu anggap le dah jadi sejarah..Perak tak perlu lagi mengharapkan pemain2 pinjaman ni bagi alasan utk memperkukuhkan pasukan sedangkan kita sendiri telah melihat keadaan yang berlaku sebelum ini yang mana hanya pemain2 "terpilih" sahaja di letakkan dlm kesebelasan utama Perak dan selalunya pemain2 yg sama...tiada "rotation" dan cubaan meletakkan pemain baru dlm setiap game..lihatlah apa hasilnya...hinggakan pemain yg dah diiktiraf "injured" pun masih diturunkan!

    Dgn keadaan sebegitu dlm kem Perak teman rasa player2 lain malas nak bertandang..tambah pulak bila mengenangkan stail jurulatih yg sentiasa "meletihkan" pemain bukannya sekadar melatih....Teman berharap agar pasukan Perak dipersiapkan sebaiknya utk menghadapi saingan Piala M'sia ni dgn muka2 baru yakni byk pemain2 dari skuad Piala Presiden atau Piala Belia diserapkan berdasarkan performance deme yg tengah meletup2 sekarang ni...Teringin juga hasrat teman kalau dpt ditukar terus jurulatihnya walaupun terpaksa menerima hakikat kontrak beliau (Steve) bakal berakhir hanya pada bulan Ogos ni...

    Dari pemain2 baru nanti mungkin kita akan dpt mencari pelapis utk skuad senior yg umum sedia maklum keadaannya kadangkala "menakutkan" peminat & penyokong di luar ketika perlawanan sedang berlangsung di stadium2...Melihat kepada percaturan dlm kumpulan2 dlm saingan kali ni sudah tentulah pasukan yg berada bersama pasukan Kedah akan terasa bahangnya walaupun wisel permainan belum bermula...buat pasukan Perak terdapat sedikit kelebihan kerana bolehlah dikatakan berada dlm zon selamat & hanya perlu berhati2 dgn pasukan Pahang & Perlis yg dahulunya selalu menyekat hajat Perak utk beraksi ke pusingan seterusnya...sebab itulah teman rasa pada saingan peringkat kumpulan nanti elok diturunkan pemain2 muda ni drpd meminjam pemain2 luar umpama sessi mereka memanaskan badan sekaligus membuktikan mereka juga lebih hebat dari nama2 player yg di suarakan oleh tuan2 dlm komen2 di atas..

    Akhir sekali pendapat peribadi teman jika semuanya diatur dan disusun berserta dgn semangat baru selepas berehat panjang, teman yakin pasukan Perak kali ini mampu melangkah jauh dlm saingan Piala M'sia kali ini seterusnya memadamkan kekecewaan musim lalu...
    Teman yakin Perak boleh!!Skor Yob Skor!!
    Adios Amigos...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yong85

    yong tak nak ckp bebanyak sbb teman yong kat ateh ni dah komen.cuma yong setuju 100% dgn cik miez3.buat matahari terbit,jgn merendahkan keupayaan Khalid jamlus,mungkin dia tak sepantas liew kit kong tp dia juga ada keupayaan sendiri masakan dia salah sorang penjaring terbaik & terbanyak negara (itupun kalo tak injured lebih byk gol).so dia & kit kong balance.setiap org ada kelebihan.cuma bak kata cik miez3 kita sbg pemerhati & penyokong just doakan & beri semangat.sebab ape nak ckp kita dah ckp cuma mereka je mampu mengubah.tq.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.