TM Piala Malaysia 07/2008 | Keputusan Undian Rasmi

TM Piala Malaysia

Sabtu 17 Mei 2008
Ballroom Hotel Millennium
12:30 petang

Sebentar tadi telah berlangsung satu majlis rasmi undian kumpulan untuk kempen TM Piala Malaysia musim 07/2008. Sebanyak 18 pasukan akan mengambil bahagian dengan 6 pasukan dibahagi kepada 3 kumpulan dalam perlawanan liga.

2 pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan dipilih termasuk 2 pasukan terbaik di tangga ketiga. Ini untuk mencukupkan senarai 8 pasukan yang akan bertanding di peringkat suku akhir nanti.

Sebelum ini pihak kami telah dimaklumkan tentang hanya 16 pasukan yang akan bertanding namun ada perubahan pula di saat akhir dengan memasukkan 2 pasukan kelab iaitu MY Team FC dan Johor FC untuk jumlah keseluruhan menjadi 18 pasukan.

Berikut adalah senarai undian rasmi kumpulan: 

Kumpulan A

  1. Terengganu
  2. Negeri Sembilan
  3. Selangor
  4. Sarawak
  5. Melaka
  6. Kelantan

Kumpulan B

  1. Kedah
  2. Johor FC
  3. Pulau Pinang
  4. PDRM
  5. Sabah
  6. Kuala Lumpur

Kumpulan C

  1. Perak
  2. Perlis
  3. Pahang
  4. My Team FC
  5. Johor
  6. ATM

Berdasarkan undian di atas dapat dilihat bahawa kumpulan A adalah kumpulan “maut” memandangkan terdapat 3 pasukan iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu termasuk Kelantan yang menduduki tangga ketiga liga Premier.

Laluan untuk juara bertahan nampak sedikit mudah dengan hanya Johor FC dan pasukan Sabah sebagai “dark horse” dalam kumpulan tersebut. Bagi pasukan Perak pula, laluan mereka agak baik berdasarkan kepada rekod di atas kertas menentang pasukan lain dalam kumpulan C.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Piala Malaysia 07/2008 | Keputusan Undian Rasmi

  1. Pakcu

    Berdasarkan keputusan yang lalu:

    Perak vs Perlis (15.01.08 Kalah 2-0)(01.03.08 Menang 2-0)

    Perak vs Pahang (19.01.08 Menang 2-1)(26.02.08 Menang 1-0)

    Perak vs My Team FC (21.11.07 Menang 1-0)(26.04.08 Menang 2-1)

    Perak vs Johor (tiada)

    Perak vs ATM (tiada)

    "Di atas kertas" nampaknya laluan bagi pasukan Perak agak mudah akan tetapi BELUM TAU YOB.... MACAM2 BOLEH TERJADI...

    Walau apa pun kita sebagai penyokong Perak tetap mendokan agar pasukan kesayangan kita ini beroleh kemenangan di hujung nya. Amin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yatty_sg

    betol tu pakcu, tgk keputusan lalu mcm ringan ckit 'beban' perak tapi biaselah, in football, anythg can happen..

    apepon, hanya yg terbaik saya harpkan utk perak; team kesayanganku

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. arif_neo86

    admin...bile start piala malaysia nie...?

    jawapan admin: Dijangka pertengahan bulan Jun ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    yong pun harap paling tidak kira bersyukur gak sebab perak diundi dlm kump selamat.tapi dlm selamat pun kene hati-hati & terus kerja keras supaya kejadian tak berulang spt dlm liga super dan piala fa.papepun good luck utk semua pemain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Alhamdulillah syukur...dpt berada di group yg agak selamat (dgn syarat usaha kena lebih sikit la)...utk pasukan Perak tak perlu la "terkejut" bilamana "setting" baru dibuat utk Piala M'sia ni...dgn ketiadaan penyerang prolifik Khalid Jamlus perencanaan yg baru mungkin dpt diterjemahankan bg saingan terbaru Perak di penghujung musim 2008 ni...harapan semoga Perak berjaya...tinggal ini saja lah harapan yg tinggal utk menang satu piala setidak2nya & berupaya utk memasuki Piala AFC musim dpn jika jadi juara..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. pie

    Tahniahlah dapat laluan mudah. Tapi jangan pula pemain dan pengurus ambil mudah. Takut terjadi apa yang berlaku dalam liga Super. Apa2 pun try the best.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. amirfsl

    selamat berjuang kepade team seladang!memg laluan nampak mudah tapi jgn plak main over confident..kalau bergelar pasukan pilihan memg byk pressure tp harapnye perak dapat mengulangi pencapaian musim lalu dan lebih dari tu!perak maju!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. putra8878

    moga2 perak dapt la pegang piala msia ni..ape crite dgn team kite,dgr kabonye nk buat pembaruan dlm lineup baru @tambahan player utk msia cup ni..samapi la ni sengap je..sape player baru yg dibawa masuk utk memperkasakan pasukan?

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. matahari_terbit

    teman skarang x yakin dgn skuad seladang, sbb mcm2 masalah yang dicipta oleh steve. tp kalo dia keluo dari skuad seladang maka nescaya dari jauh pasukan kite akan kecapi zaman kegemilangan seperti bersama m.karathu, karl heirz weigang dan tonni netto. wlu apa apa pun teman harap semua peminat dan penyokon setia skuad skor yob skor datang ghamei ghamei ke stadium nanti. tp lo kalah kita ghamei ghamei jugak serbu kat pintu utama kita halo steve darby yng kughong ajor tue k

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. yeop_tempoyak

    awok stuju dgn matahari_terbit ...bnyk team di msia yg udah masak dgn gaya pmainan steve...3-5-2 mmg x ssuai dgn org msia...apapun slmt maju jya kpd skuad seladang nanti...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.