TM Liga Super – DPMM FC Vs Perak (review)

TM Liga Super
Ahad 4 Mei 2008
Stadium Hasanal Bolkiah
8:15PM

Perlawanan terakhir TM Liga Super musim 2007/2008 ini boleh diungkapkan sebagai “Aiman Tak Kisah” kerana kemenangan yang bakal dicapai nanti tidak mampu membawa banyak perubahan di dalam struktur liga super di waktu ini. Tewas pada perlawanan ini sekalipun pasukan Perak masih tetap di tangga ke-5 dengan 41 mata walaupun pasukan Terengganu yang berada satu tangga di bawah dengan 37 mata mencatatkan kemenangan bertemu Johor FC.

Kali terakhir pasukan Perak bertemu DPMM FC ialah pada 18 November 2007 di Stadium Perak dengan Khalid Jamlus menyumbangkan 2 gol untuk kemenangan pertama saingan liga super pada malam itu.

Namun perlawanan kali ini tidak akan dapat disaksikan oleh Khalid Jamlus apatah lagi untuk turun bermain gara-gara menjalani pembedahan lutut untuk mengurangkan bengkak akibat kecederaan lampau. Cukup menghairankan bagi penulis mengapa pemain yang tidak cukup cergas masih ingin diturunkan semata-mata untuk meraih kemenangan? Tapi apa boleh buat kalau jurulatih dan fisioterapi Perak FA mungkin lebih arif dari penulis yang baru sahaja mengikuti perkembangan pasukan Perak sejak 1981.

Impian penulis untuk melihat tragedi final Piala Malaysia musim 2006/2007 “berulang lagi” tidak kesampaian kerana Khalid Jamlus sudah “terkeluar” awal sebelum sempat undian kumpulan dilakukan oleh pihak FAM. Mungkin beliau mampu untuk pulih sebelum perlawanan Piala Malaysia dijalankan pada sekitar bulan Jun ini atau “dikerah” sahaja untuk bermain apabila tiba masanya kelak.

Hamsani Ahmad, Mohd Nor Ismail, Danial Fadzly dan Ahmad Shahrul dijangka tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu nanti. Berkemungkinan kesebelasan yang sama sewaktu menentang New Radiant tempohari digunakan dengan Nor Hazrul dimasukkan di bahagian sayap dan Chan Wing Hoong dipertahanan kiri di tempat S. Subramaniam.

Ada desas desus yang berkata bahawa rayuan Selangor untuk membatalkan pemotongan markah dalam liga super akan diterima. Ini menjadikan pertembungan mereka menentang Negeri Sembilan di Shah Alam lebih penting demi merebut tempat kedua liga super.

Johor FC juga pasti akan bermain habis-habisan untuk meraih mata semaksimum mungkin ketika bertemu Terengganu di tempat lawan untuk mengintai peluang andaikata perlawanan kedua-dua pasukan tersebut berakhir dengan seri. Peluang Johor FC untuk menduduki tangga ketiga agak cerah kerana kemenangan Terengganu tidak membawa apa-apa perubahan kepada mereka.

Peluang Perak untuk tempat ketiga liga super sebenarnya masih ada cuma “cahaya kejayaan” itu sama seperti menunggu “Komet Halley” menjelma. Mujurlah penulis sempat melihat sendiri komet ini di ruang angkasa pada tahun 1986. Ianya dijangka akan hadir semula pada tahun 2061 dengan purata 75/76 tahun sepusingan. Logiknya mata penulis ketika itu mungkin sudah rabun untuk menyaksikan sekali lagi komet tersebut kerana umur yang menjangkau 90 tahun, kalau dipanjangkan umur.

Penulis berkata begini kerana kita terpaksa mengharapkan Selangor tewas atau seri pada perlawanan menentang Negeri Sembilan serta FAM mengenakan potongan 3 mata tersebut. Pada masa yang sama kita juga terpaksa mengharap ehsan Terengganu untuk bermain bermati-matian menewaskan Johor FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah walaupun mereka tahu kemenangan itu tidak membawa apa-apa erti lagi.

Samada berjaya atau tidak peluang Perak untuk menduduki tangga ketiga liga super musim ini terpulanglah kepada anda untuk menilaikannya. Secara jujurnya penulis sudah tidak kisah dengan apa pun keputusan yang berlaku pada perlawanan itu nanti kerana tempat kelima pun bukan teruk sangat ujar jurulatih bolasepak “Perak Darul Alasan”, Steve Darby.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “TM Liga Super – DPMM FC Vs Perak (review)

  1. yong85

    ape yg ada kita kena terima je....tg tersurat dah tersirat,dan yg tersirat dah pun ditunjuk secara terangan..yong sedih gak bila kata khalid tak dpt perform mlm ni.yelah,hr tu masa jumpa DPMM khalid score 2 biji tp yong harap dia dapat pulih semula sebelum malaysia cup start.ada tempoh sebulan utk pulih.pd SD jgn cuba kaco dia smpi baik.dah sedap perambat org tu pastu tgk yg tanggung si khalid jugak.ape pun yong doakan...mungkin catat sejarah perak berada di kelas 5 tapi masih top 5 walaupun dulu kita selalu top 3.ape pun tahniah untuk team sebab menang AFC Cup.cuba dr hari tu berikan kepercayaan pd razali mesti ada player tak injured.ape pun tahniah juga sebab bebas rasuah....yong cuma doakan serta pandang dr jauh sj.brAVO PERAK....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keanu147

    selepas game bertemu ngn brunei nih,perak jumpe lak saffc utk game afc kan??
    rehat slps game bertemu saffc lpas ni prlu la dimanfaat kn oleh pengurusan serta pemain2 perak utk memotivasikan diri mereka utk meningkatkan kembali tahap permainan bola sepak perak...kami sebagai penyokong ingin lihat perak dpt meningkatkan kembali tahap permainan sebenar walaupun dilanda pelbagai masalah dalaman dan masalah kecederaan..

    kejor yob kejor

    keanu147
    -kuantan pahang-

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. satorare

    apa pn en. admin..
    hope mng la game ni...
    jgn pandang belakang dh perak...
    kome mng je la...
    maleh nk kabo dh...
    Kejor Yeop Kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amirfsl

    kalo finish no3 memang beso ertinye..tapi bak kate admin,memg bak menanti komet halley..kene mengharapkan keputusan di tempat lain..kalo 'kene' dpt no 3,kalo tak,no 5 le kite..bukan nak kate teruk tapi nampok sangat team perak pincang skit tahun ni berbanding tahun2 yg lain..lepas lwn saffc harap2 ade perubahan dlm pengurusn skuad yop..gud luck lwn dpmm brunei!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. nemophat86

    perak akn terus berjaya.....hidupku adalah anak jati perak..skor yop skor...
    perak mampu melakar sejarah di AFC..
    perak akn mengunakan keita mandjou..
    admin leh x sure status keita mandjou?
    adakah dia akn bermain dengan perak masa piala malaysia..
    muaaahhhh untuk semua fan seladang.net..
    moh kita penuhkan blog ni segala komen bernas...
    bukan tu je xlupa moh kita penuhkan stadium..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. meor19

    nak tanye admin... ngape tak kita tukar saje pihak pentadbiran PAFA selain daripada pengurus dan coach??? cari orang yang betol2 boleh uruskan PAFA.

    komen admin: Segalanya mengambil masa, menukar sesuatu pentadbiran bukan semudah menukar pakaian. Banyak protokol dan perkara-perkara lain yang perlu diselesaikan, bersabarlah dan masanya akan tiba nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. active11

    Saya penyokong setia Perak hanya dapat bertahan sehingga akhir musim ini saje. Tamatkan perkhidmatan SD (Super Dungu). Pengurusan harus mula mencari calon sesuai untuk membawa Perak kembali dilandasan sebenar.

    Kalau dapat, pakai coach tempatan yang mengutamakan bakat tempatan. Kembalikan gaya permainan cantik yg menjadi identiti Perak sejak sekian lama.

    ps : Ini pandangan peribadi active11.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yong85

    betul tu harap-harap dapat le gamaknye menggunakan semula khidmat bakti keita....pulangkan kembar 'K' lagi satu.dulu kita cukup gah dgn "2k".fikir;;;;;;kanlah,walaupun yong dah b'hjrah dr ngr.perak ke johor....yong tetap ingat tmpt tumpah darah yong.secara kebetulan mggu perak perform kat s'pore nanti yong ada kat sana,yong akan pastikan yong pi stad.jln besar nanti....

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. kotoploks

    BIG BIG FAILURE...itulah yang teman dapat ungkapkan untuk Pasukan PERAK yang dicintai....seperti yang umum semua ketahui Perak adalah team ELITE liga Malaysia...ELITE means TOP THREE not NUMBER 5..u listening/reading this SD (Super Dungu) pinjam ayat active11...teman berharap sangat mulai pada sekarang carilah dan tetapkan kakitangan yang BOLEH berkerja dan meletakan PERAK di landasan yang SEBENORNYA ...seperti coretan sdra active11 & MEOR19...

    "PERAK-KINGS OF MALAYSIAN FOOTBALL"....

    "KEJOR YOB KEJOR"

    MUAHSSS TO YONG85 FOR BEING A TRUE PERAKIAN....

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Teman pun tak kisah....nak buat mcmana pun dah tak tau dah...dulu elok kt no 2 sekarang dah no.5...teman sekadar bersyukur le Perak tak drop ke bottom rank...kalau tidak dh lama dah sank ke Liga Perdana....memang Perak pasukan elite itu teman setuju...sebab tu la musim depan teman juga berharap agar pengurusan PAFA juga bertukar tangan...betul juga ckp admin...nak tukar sesuatu kena ambil masa sikit...tapi sebagai pasukan elite rasanya tak perlu lagi nak ambil coach yg dilabelkan elite oleh sesetengah pihak cukuplah sekadar orang kita sendiri yg tau hal luar dalam pasukan....seeloknya local coach la....to Steve...this is your final game in Malaysian league....i'm sure about that!!It's a bonus if u can give us M'sia Cup...but it's too late for u to convince us...may be u can keep that as your resume...not for us!!We only remember that how Perak team was ruin by your ego...pity of those who are injured but not to u!!

    Semua sahabat2...suarakan pendapat anda!!Musim depan kita pastikan tiada lagi bangsa penjajah dlm team kita!!!
    Adios Amigos....wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. amirfsl

    wlaupun tak sepantas menuk0r pakaian,tapi harap2nye semue berlaku lebih pantas ibarat menuko tayar kerete yg sudah pancit!kalo lepas match dpmm nt tbe2 sd letak jawatan,itu paling bagus!bukan nak dgki,tapi memg patut pun die buat cmt..elok skit bunyi berbanding kne 'sack'!..haha..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.