Sukma XII Terengganu 2008 | Bolasepak

Sukma 12 | Terengganu

Sukma yang ke 12 kali ini menampilkan Terengganu sebagai tuan rumah bermula dari 29 Mei hingga 9 Jun 2008. Walaupun begitu untuk sukan bolasepak, perlawanan awal untuk saingan kumpulan akan bermula pada 28 Mei 2008.

Sebanyak 15 pasukan terbahagi di dalam 4 kumpulan yang akan menyaksikan hanya pasukan yang menjadi johan dan naib johan setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir pada hari Selasa, 3 Jun 2008.

Untuk peringkat separuh akhir pula dijadualkan pada hari Khamis, 5 Jun 2008 dan penentuan pingat gangsa diadakan pada hari Sabtu, 7 Jun 2008. Untuk pemenang pingat emas dan perak pula perlawanan akhir akan diadakan pada hari Ahad, 8 Jun 2008.

Pasukan Perak menghadapi tugas yang agak berat apabila terpaksa bersama dengan juara Sukma 2006 yang lalu iaitu Terengganu dalam kumpulan A. Namun pasukan Perak pasti mampu membuat kejutan apabila bakal menurunkan gandingan pengempur terbaik skuad Piala Presiden 2007 iaitu Mohd Razali Umar dan Shahrizal Mohd Saad.

Menurut rekod kami, kedua-dua mereka telah meledakkan sejumlah 45 gol untuk skuad Presiden 2007 dengan Mohd Razali Umar merangkul kasut emas dengan 33 gol dan Shahrizal Mohd Saad dengan 12 gol.

Kali terakhir pasukan Perak memenangi pingat emas dalam acara bolasepak ialah ketika Sukma ke-9 di Sabah. Perak pada perlawanan itu telah menumpaskan pasukan Pulau Pinang di perlawanan akhir dengan jaringan 3 gol berbalas 1. Gol pasukan Perak telah dijaringkan oleh S. Tanabalan pada minit ke 64 dan 66 serta R. Surendren pada minit ke 83.

Senarai Kumpulan:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Kumpulan A

Terengganu
Perak
Pahang

Kumpulan B

Kedah
Sabah
Selangor
Kelantan

Kumpulan C

Negeri Sembilan
Melaka
Perlis
Wilayah Persekutuan

Kumpulan D

Brunei
Johor
Sarawak
Pulau Pinang

Pihak kami akan menyiarkan senarai 18 pelatih yang telah disahkan bermain untuk pasukan Perak dalam kempen Sukma 2008 ini esok.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Sukma XII Terengganu 2008 | Bolasepak

  1. yeop_tempoyak

    susah skit nak ckp samada perak boleh layak atau tak...sbab kite x tau prestasi lain2 negeri dlm group yg same spt pahang...tganu mmng bnyk plyr liga super...apapun good luck kpd team bola dan sluruh kontjen perak di sukma 08...lombong lah sberape bnyk emas yg boleh...KEJOR YOB KEJOR...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    teman harap perak dapt jd johan kump. supaya di suku akhir perak bertemu pasukan no 2 dari mana mana kumpulan ianya akan membuat perak dapat la jugak trus ker pringkat separuh akhir kalo perak tempat kedua dalam kumpulan takut lah plak nanti perak bertemu yg kuat susah plak nak ke peringkat seterusnya, setahu teman lah perak last menang sukma dalam bola sepak di pulau pinang. masa raja azlan jd coach.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.