Sukma 2008 | Terengganu Vs Perak

Sukma 12 | Terengganu

Rabu 28 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45ptg | Kumpulan A

Petang ini perlawanan pertama skuad bolasepak Sukma Perak akan turun menentang pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan Sukma 2006 yang lalu iaitu Terengganu. Secara matematik mudah, pasukan Perak perlu menang satu perlawanan dan sekurang-kurangnya satu seri untuk melayakkan diri kepusingan seterusnya kerana di dalam kumpulan A hanya terdapat 3 pasukan sahaja.

Jadual perlawanan bolasepak hari ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Negeri Sembilan vs Melaka
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan C

Perlis vs W. Persekutuan
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan C

Brunei vs Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 mlm | Kumpulan D

Sarawak vs P. Pinang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:00 pagi | Kumpulan D

Kedah vs Sabah
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan B

Selangor vs Kelantan
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan B

Senarai 18 pemain Perak | SUKMA 2008

Ketua Jurulatih
Chong Yee Fat

Penolong Jurulatih
Abu Bakar Fadzim

GK | Kamarul Effandy Bin Abdul Rahim
GK | Khairul Amri Bin Salehuddin

DF | Mohd Asrul Bin Shafei
DF | Mohd Hafizzul Bin Mohd Said
DF | Mohd Arif Fazlie Bin Saidin
DF | Mohd Fauzi Bin Ariffin
DF | Amran Bin Ahmad
DF | Loggeswaran a/l Francis

MF | Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin
MF | Mohd Safwan Bin Mahayudin
MF | Mohd Termizi Bin Abdul Rahman
MF | Mohd Nazri Bin Mohd Kamal
MF | Mohd Noor Hazrul Bin Mohd Mustafa
MF | Isma Alif Bin Mohd Salim

FW | Mohd Razali Bin Umar Kandasamy
FW | Shahrizal Bin Mohd Saad
FW | Abdullah Bin Mat Kassim
FW | Thinagaran a/l Kumaran

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Sukma 2008 | Terengganu Vs Perak

  1. yong85

    hari ni sukma buka gelanggang pertama bola sepak,buat skuad pemain muda perak yong harap buat elok-elok,ni maruah negeri...ape pun kita harus menang.terutama juga buat RUK,yong harap gunakan pengalaman kamu sebagai penyerang pskn negeri.kalau dlm liga super,dia jarang diturunkan sebab perlu bersaing dgn abg senior so dia perlu ambil peluang ni utk beraksi & tunjukkan skill yg dia ada sbb dia tak perlu bersaing dgn org lain sbb bg yong dia dah tentu jd pilihan coach sbg 1st eleven.ni titik permulaan buat semua pemain muda yg terlibat utk tunjuk kesungguhan mudah-mudahan anda dpt jd pelapis skuad negeri utk musim depan.good luck...

    komen admin: Suka kami ingatkan di sini bahawa penggunaan ringkasan pada nama pemain dilarang sama sekali. Siapakah dia RUK? Shah Rukh Khan? Taiplah nama beliau dengan jelas dan tepat kerana saudara Mohd Razali Umar Kandasamy pun tidak suka namanya dipanggil RUK dan lain-lain. Diharap perkara ini dapat diambil perhatian dengan sebaiknya dari semua pengguna . Tindakan memadamkan terus sebarang posting yang meringkaskan nama pemain akan diambil selepas ini tanpa notis.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    admin yong minta maaf ye.next time yong tulis penuh nama deme semua.betul gak jd buruk bahasa melayu.sekali maaf ye admin.tq

    komen admin: Terima kasih kerana memberikan kerjasama kepada pihak kami. Sama-samalah kita berdoa semoga pasukan Sukma Perak berjaya untuk menewaskan pasukan Terengganu petang ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yeop_tempoyak

    x de ape2 brite ke skrg ni...

    jawapan admin: Permainan masih berlangsung dan pihak kami akan cuba dapatkan berita penuh tentang perlawanan ini sebentar lagi. Diharap saudara tidak menggunakan simbol X untuk singkatan 'tidak' atau 'tak' pada posting-posting selepas ini. Ingat, bukan semua orang mampu memahami apa maksudnya simbol X tersebut. Adakah ia bermaksud tanda pangkah di rumah kecik seperti yang terdapat dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok ataupun ia bermaksud anda mahu mengundi di kertas undi? Untuk semua pengguna juga diingatkan untuk tidak menggunakan tanda X pada sebarang posting mereka selepas ini. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan mengakibatkan sebarang komen dipadamkan tanpa sebarang notis.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.