Sukma 2008 | Terengganu Vs Perak (result)

Sukma 12 | Terengganu

Rabu 28 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45ptg | Kumpulan A

Terengganu 3 – 2 Perak

Pemainan bermula dengan berhati-hati apabila pemain Perak seakan terlalu menghormati pihak lawan yang juga juara bertahan edisi yang lalu. Gawang Perak yang dijaga oleh Kamarul Effandy bolos sebanyak 2 kali pada separuh masa pertama dengan gol-gol mudah melalui Mohd Ashari Samsudin pada minit ke 11 dan Ismail Faruqi pada minit ke 31.

 Sukma 12 - Terengganu vs Perak

Masuk separuh masa kedua, para pemain seakan telah mendapat semula rentak permainan yang biasa ditonjolkan sebelum ini dan hasilnya pada minit ke 76, Mohd Noor Hazrul berjaya menjaringkan gol yang pertama melalui sepakan sudut yang terkena pemain Terengganu, Mohd Ashari Samsudin. Namun pengadil mengira gol tersebut sebagai gol sendiri dari pemain Terengganu.

Gol kedua pasukan Perak muncul pada minit ke 81 melalui Shahrizal Mohd Saad yang bergandingan bersama Mohd Razali di bahagian serangan. Ketika permainan seakan berakhir dengan keputusan seri, pasukan Terengganu berjaya juga menjaringkan gol kemenangan melalui Mohd Aliff Hafifi pada minit ke 92 hasil tambahan masa 3 minit yang diberikan oleh pengadil sebelum itu.

Walaupun kecewa dengan keputusan ini, penolong jurulatih skuad Sukma Perak, Abu Bakar Fadzim percaya anak buahnya mampu untuk bangkit menewaskan pasukan Pahang pada perlawanan terakhir nanti.

“Kekalahan ini sewajarnya mampu menjadi pengajaran berguna kepada semua pemain untuk tidak terleka setiap saat selagi wisel penamat belum ditiup, Kita akan berjuang berhabis-habisan pada perlawanan menentang Pahang selepas ini untuk memastikan skuad Perak layak ke peringkat seterusnya” ujar beliau dengan nada penuh yakin.

Keputusan perlawanan bolasepak hari ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Negeri Sembilan 1 – 0 Melaka
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan C

Perlis 0 – 1 W. Persekutuan
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan C

Brunei 0 – 1 Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 mlm | Kumpulan D

Sarawak 1 – 2 P. Pinang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:00 pagi | Kumpulan D

Kedah 3 – 2 Sabah
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan B

Selangor 3 – 0 Kelantan
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan B

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Sukma 2008 | Terengganu Vs Perak (result)

  1. yeop_tempoyak

    harap2 skuad yob bangkit lawan pahang nanti...paling tidak,kita hampir mengikat sang penyu...hilang fokus last minit adalah sebab perak tewas...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam...hmm tewas ye...takpe la at least Perak ada bagi saingan yg getir pada pasukan lawan...gandingan yg baik antara Razali & Sharizal mungkin dapat dimantapkan lagi...diharap juga pengalaman mereka bermain dlm Piala Presiden & Liga Super dpt digunakan sepenuhnya utk saingan seterusnya dlm Sukma ni....Namun bagi coach teman harap lepas ni melalui post mortem dpt le kiranya kelemahan2 diperbaiki..teman yakin Perak dpt pergi jauh...
    teruskan usaha...Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    dimana kewibawaan pemain pemain perak yang menyebabkan mampu dikalahkan sebegitu rupa. mungkinkah sudah menjadi tradisi pasukan lambat panas? atau mungkin kerana kesilapan jurulatih meletakkan pemain diposisi yang salah? mungkinkah kerana terlalu yakin akan menang? semua ini hanya mampu dijawab oleh jurulatih dan pemain pemain sendiri. teman amat kecewa bila membaca laporan ini, terlalu mudah untuk dikalahkan. gol gol yang dijaringkan juga mudah. mungkinkah penjaga gol belum cukup menerima ilmu. apa sudah jadi.........

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ghostwriter

    Sabar...kita lihat sejauh mana pasukan Perak kita boleh capai. Seperti ulasan jurulatih Abu Bakar Fadzim bahawa mereka telah mengambil pengajaran dari kekalahan ini dan pasti berusaha habis-habisan menewaskan Pahang nanti. Kita hanya boleh berharap dan mereka yang akan memenuhi harapan. Semoga pasukan bolasepak Sukma Perak mencapai kemenangan bukan terkapai-kapai kelemasan. Abu Bakar Fadzim, anda telah berikan janji untuk menentang Pahang habis-habisan, buktikan kepada kami !

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. meor19

    Mungkin sudah lama tidak diturunkan dalam saingan Liga Malaysia musim ini mengakibatkan prestasi Kamarul Effandy agak merosot.... Seingat-ingat saya. pada musim lalu ketika penjaga gol-penjaga gol utama Perak (Hamsani & Nasril) dilanda kecederaan, beliau berperan dengan baik sehinggakan ketika penjaga gol utama sudah sembuh, beliau masih mendapat kesebelasan utama...

    Justeru, pihak pengurusan seharusnya mengambil iktibar untuk masa yang mendatang dengan memberi peluang kepada para pemain simpanan untuk turut kerap beraksi dalam perlawanan supaya skill, ketahanan tekanan dan momentum para pemain tidak merosot... Setidak-tidaknya para pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan ini diberi peluang untuk beraksi dengan pasukan yang tidak memberikan cabaran yang hebat... Mungkin faktor lama tidak diturunkan ini juga, memberi sumbangan kepada sindrom lambat panas pemain...Sepertinya pasukan Kedah, setelah dinobatkan selaku Juara Liga, mereka memberi peluang kepada pemain simpanan untuk beraksi 90 minit...

    Sekurang-kurangnya pasukan juga dapat merehatkan para pemain utama untuk menghadapi saingan yang lebih getir... Masalah kecederaan dan kelelahan para pemain yang bermain dengan jadual yang padat juga turut dapat dikurangkan... Demikian, para pemain simpanan juga dapat menyesuaikan diri mereka dengan kesebelasan utama dan tidak gugup untuk diturunkan jika terdapat pemain utama yang cedera dalam jangka waktu yang panjang...

    Teman-teman Seladang.net juga tentu masih ingat ketika menjelang Perlawanan Akhir Piala FA edisi sulung pada tahun 1990 di mana pemain utama Perak, Kyi Lwin dilanda kecederaan sehingga tidak dapat beraksi sehingga akhir musim (patah tangan - penulis ingat lagi sebab ada snap gambar di rumah MB masa rai kejayaan)... Kecederaan yang berlaku semasa pertembungan Perak - Selangor di Stadium Ipoh untuk saingan liga atau Piala Malaysia (penulis tidak ingat - harap admin atau teman-teman dapat perbetulkan)...

    Selang 2 minggu atau 1 minggu daripada kejadian itu, Perak bakal beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA tahun tersebut yang juga akan bertemu pasukan Selangor (teman-teman sudah tahu keputusannya)... Tetapi pemain gantian beliau ketika itu (penulis tidak ingat siapa) dapat menjalankan tanggungjawab yang baik terhadap pasukan meskipun pasukan ketika itu ketinggalan dengan 0-2 di separuh masa pertama... Dan keserasian pemain gantian dengan pemain utama itu tidak mungkin atau sukar jika dilakukan dalam beberapa minggu dan umum tahu tekanan pada perlawanan akhir berbeda daripada perlawanan biasa....

    Setahu saya, para pemain EPL khasnya mereka dikehendaki bermain dalam liga simpanan dahulu sebelum layak diserapkan ke dalam skuad utama... Perkara ini dapat teman-teman Seladang.net nonton dalam filem Goal 1 : The Dream Begins yang difokuskan kepada skuad Newcastle... Realitinya pemain kesebelasan utama Manchester United, Gary Neville ketika dilandakan kecederaan yang lama, beliau telah diarahkan bermain di dalam liga simpanan sebelum dapat diserapkan ke dalam skuad utama Red Devil supaya kecergasan dan momentum beliau berada dalam keadaan yang sepatutnya bagi menghadapi perlawanan yang mencabar...

    Untuk Kamarul Effandy, harap tumpukan perhatian anda untuk saingan akan datang... Gantikan lolosan bola ke gawang anda dengan dakapan Emas Sukma.... Buktikan pilihan jurulatih terhadap anda adalah tepat...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    kepada meor 19, jgn harap lepas nie kamarul efendi nak dapat beraksi kalau coach steve tidak pernah mempecayai pemain muda. pasal steve bukan kah insan yang paling @#$%^ dalam dunia

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Teman setuju benor dgn kata2 Meor19...memang diakui jugaklah yg faktor Steve Darby tidak pernah mempercayai pemain2 muda menjadi punca mereka ini tidak begitu fit dan lambat panas tetapi percayalah pada medan Sukma inilah mereka akan dpt membuktikan sesuatu...ini mungkin pandangan semua pada game yg pertama ini..kajian perlu lebih dihalusi pada perlawanan2 yg mendatang..harap kita semua dpt bersabar dulu & tengok apa yg bakal berlaku...diharap juga pemain2 tidak perlulah takut2 menunjukkan skil yg ada & bermainlah bersungguh2...ini kerana walaupun Steve Darby tidak mempercayai atau memilih anda sekarang tidak bermakna anda tidak dipilih mewakili skuad senior Perak sekiranya ada coach lain yg meyakini anda.... tambahan pulak tetiba musim baru nanti bukan beliau lagi coachnya...mcmana?Pikiorlah komeee....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.