Sukma 2008 | Perak Vs Pahang (result)

Sukma 12 | Terengganu

Jumaat 30 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45 ptg | Kumpulan A

Perak 1 – 0 Pahang

Peluang pasukan Sukma Perak untuk layak ke peringkat seterusnya kembali cerah apabila berjaya memenangi perlawanan terakhirnya pada petang tadi menentang pasukan Pahang dengan keputusan 1 gol tanpa balas.

Wira pasukan Perak pada petang itu ialah pemain tengah skuad senior Perak, Mohd Noor Hazrul yang menjaringkan gol melalui satu sepakan percuma yang cantik dari jarak 25 meter pada minit ke 13 separuh masa pertama permainan.

Permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan berbalas-balas serangan namun tiada sebarang jaringan berjaya dilakukan oleh kedua-dua pihak selepas gol tersebut. Penolong jurulatih skuad Sukma Perak, Abu Bakar Fadzim nyata gembira dengan kemenangan tersebut walaupun perlawanan cukup sengit.

“Kemenangan ini meletakkan kita 90% dalam kedudukan selesa untuk layak ke peringkat seterusnya, Jika Pahang berjaya menewaskan pasukan Terengganu dengan keputusan 2 gol tanpa balas nanti, maka pasukan Pahang dan Perak akan layak ke pusingan seterusnya berdasarkan perbezaan jaringan gol” menurut Abu Bakar Fadzim.

Kumpulan A

Team P W D L G A Pt
Terengganu 1 1 0 0 3 2 3
Perak 2 1 0 1 3 3 3
Pahang 1 0 0 1 0 1 0

Keputusan perlawanan bolasepak hari ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Melaka 1 – 2 Perlis
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan C

W. Persekutuan 1 – 0 N. Sembilan
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan C

Johor 2 – 1 Sarawak
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan D

Pulau Pinang vs Brunei
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 mlm | Kumpulan D

Kelantan 1 – 2 Kedah
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan B

Sabah 0 – 2 Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:00 pagi | Kumpulan B

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Sukma 2008 | Perak Vs Pahang (result)

  1. ghostwriter

    Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! Abu Bakar Fadzim, anda telah tunaikan janji anda kepada kami. Pasukan Sukma Perak memang berjuang habisan-habisan menewaskan Pahang. Kami berbangga dengan kemenangan ini. Teruskan ! Teruskan perjuangan anda semua hingga ke titisan keringat terakhir ! Hidup Perak ! Alhamdullilah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. meor19

    Peluang Perak ada.... tapi agak susah kerna Pahang pastinya akan "all out" untuk perlawanan terakhir liga... Hanya tinggal harapan.... Plus fate....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    senario perlawanan akhir kumpulan antara tganu-pahang.

    jika tganu menang atau seri - tganu dan perak layak

    jika pahang menang 1-0 - tganu dan perak layak

    jika pahang menang 2-0 - perak dan pahang layak

    adakah ini bermakna kita dah 100% layak?

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Tahniah kpd anda semua....berkat kelebihan jaringan gol dan menang satu perlawanan utk 3 mata penuh anda semua wajib layak ke pusingan seterusnya!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amirfsl

    alhamdulillah..jgn berhenti separuh jalan yop!teman yakin kite mara ke pusingan seterusnye dan menang pingat emas!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Salam semua...berita terkini psl bolasepak Sukma..pasukan Perak layak ke peringkat seterusnya bersama Terengganu setelah Terengganu menewaskan Pahang 2 gol tanpa balas...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.