Player’s Agent | Jawapan Untuk Menangani Rasuah?

Salam semua kepada para pembaca.

Selepas berakhirnya musim MSL 07/08 pelbagai persoalan, perbincangan dan pendapat dilontarkan daripada pembaca seladang.net. Agak tersentak juga hati ini apabila terbaca daripada laporan akhbar tentang isu rasuah pemain-pemain MSL.

Namun apa yang agak mengecewakan adalah reaksi badan induk bolasepak negara yang hanya mengambil inisiatif mudah melalui cadangan kemungkinan penggantungan sementara Piala Malaysia dan beberapa kejohanan lain.

Jesteru, di petang yang mendung dan hujan di pantai timur penulis cuba mencari maklumat mengenai ‘Player’s Agent’ yang mewakili pemain dalam perniagaan bolasepak dan impaknya dalam menangani rasuah.

Player’s Agent ini pada dasarnya adalah mereka dengan jumlah pembayaran yang dipersetujui mempertemukan pemain dengan kelab bolasepak bagi tujuan membincangkan kontrak atau memperbaharui kontrak atau 2 kelab berlainan untuk proses akhir persetujuan permindahan pemain.

Mengikut peraturan FIFA mereka ini haruslah mempunyai lesen yang diiktiraf badan induk dunia tersebut. Untuk memperoleh lesen tersebut, individu terbabit perlulah mendapatkan kebenaran dari badan induk bolasepak negara FAM dengan menulis surat permohonan menjadi Player’s Agent.

Selepas dibenarkan oleh FAM, badan induk itu akan menghantar nama mereka yang memohon ke FIFA untuk menduduki peperiksaan yang dikelolakan melalui FAM. Peperiksaan diadakan setiap 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September di mana FIFA sendiri akan menentukan tarikhnya yang akan dimaklumkan pada Januari atau Jun setiap tahun.

Peperiksaan adalah dalam bentuk MCQ 20 soalan di mana 15 soalan isu peraturan antarabangsa dan 5 peraturan bolasepak tempatan. Kos adalah tertakluk pada FAM tetapi mestilah hanya untuk menampung pembayaran pengelolaan peperiksaan.

Keputusan akan diberikan pada hari yang sama dan mereka yang gagal boleh memohon untuk peperiksaan pada tarikh yang berikutnya. Mereka yang lulus hendaklah menunjukkan polisi insurans dari syarikat insurans tempatan yang sedia menampung risiko Player’s Agent terbabit. Sekiranya semua itu berjaya dipenuhi, barulah FIFA akan mengeluarkan lesen sebagai Player’s Agent yang sah sehingga 5 tahun.

Di Malaysia, hanya 3 individu yang diiktiraf FIFA sebagai Player’s Agent.

Mereka ialah seperti pada jadual di bawah:

Malaysia Player's Football Agent

Syarikat B.S.C.S.R.L. DTO Futbol Sdn Bhd adalah ‘associate company’ dari Argentina yang mana rata-rata membawa pemain dari Amerika Selatan dan Eropah ke negara-negara Asia terutamanya di Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Mengikut senarai Player’s Agent dari FIFA hanya Malaysia mempunyai Player’s Agent di rantau Asean. Antara klien di Malaysia bagi syarikat ini dalam senarai 2006 sahaja hampir keseluruhan Persatuan Bola Sepak Negeri termasuklah Perak.

Antara bidang tugas Player’s Agent ini adalah memastikan sebarang keinginan pemain atau kelab dipenuhi seandainya diminta sedemikian. Kebanyakan pemain di Eropah amnya menggunakan Player’s Agent sebagai pengurus peribadi mereka.

Malah ada di antara syarikat-syarikat yang mewakili agen ini menawarkan kemudahan tambahan yang menarik untuk menyaingi antara satu sama lain. Antaranya pengurusan kewangan pemain, promosi pemain di media, pelaburan, nasihat peribadi untuk perkembangan karier terutamanya bagi pemain yang sudah berumur ataupun masih baru dalam perniagaan bolasepak dan menjaga kebajikan keluarga.

Malahan ada yang menawarkan insurans untuk melindungi masa hadapan pemain jika ditimpa kecederaan serius yang boleh menjejaskan karier. Jesteru pemain akan lebih fokus terhadap kariernya sendiri.

Di Malaysia, penulis tidak menerima banyak maklumat tentang agensi-agensi yang mewakili pemain tempatan dan skop tawaran perkhidmatan yang diberikan. Namun begitu, pada pendapat penulis kehadiran lebih ramai Player’s Agent yang mewakili pemain tempatan mampu untuk meningkatkan lagi mutu bolasepak negara

Mereka pasti akan mewakili pemain yang berkualiti sahaja kerana ini semua adalah perniagaan di mana yang terbaik pasti akan cuba diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi samada di Asia mahupun Eropah.

Mungkin seandainya Player’s Agent ini menawarkan perkhidmatan seperti yang tersenarai di atas, tidak ada isu kelewatan gaji kerana pemain telah diwakili oleh sesebuah syarikat yang lengkap dari segi perundangan.

Tambahan, pemain pasti akan meningkatkan prestasi dan disiplin untuk memastikan ia sentiasa diwakili. Maka isu rasuah akan mudah ditangani kerana pemain lebih fokus pada objektif kariernya.Akhirnya kita akan mendapat satu situasi menang-menang untuk semua pihak. Isu pembayaran perpindahan pemain akan lebih mudah di pantau oleh pihak tertentu.

Reference:
1. Regulations Player’s Agent 2008, FIFA
2. B.S.C.S.R.L DTO Futbol SDN BHD website
3. FIFA website: List Player’s Agent

Artikel ini telah dihantar oleh pengguna yang bernama sylvershop, beberapa perubahan telah dilakukan pada struktur ayat dan ejaan tanpa menjejaskan tujuan asal artikel ini dihantar.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Player’s Agent | Jawapan Untuk Menangani Rasuah?

  1. razlan

    artikel yang menarik, tak tau pulak teman pasal agen pemain di malaysia ni. agen tanah tau laaa... TQ for the artikel

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    memang betul ape yg dikabor oleh penulis kat atas ni.yong setuju bebenor le.ngape kita nak tunding situ sana ....sedangkan pihak berwajib tau tengok,mengarah & mengatakan (oh...@ ye ke!).pihak FAM perlu lebih peka tapi bukan buat pekak.(maaf kalo terlalu kasar bunyinya.)kejohanan yg ada spt TM P.Malaysia tak perlu digantung tetapi perlu diteruskan sebab itu memang ada dlm jadual tahunan setiap thn.yg terlibat cuma segelintir bukan semua...tak perlu sekat rezeki pemain dgn tunda @ gantung game sebab rugi utk persatuan sebab kena bayar gaji pemain tanpa terlibat dlm permainan.yong rasa ape yg ditulis oleh penulis ni pihak badan induk perlu meneliti terlebih dulu baru buat tindakan.yong sendiri punya teman yg terlibat dlm liga M ni (beliau sendiri pernah mengalami masalah gaji sedangkan persatuan @ pasukan yg beliau wakil ketika itu cukup gah dengan rekod kemenangan & tersenarai dalam 5 pasukan terbaik negara dlm liga M).kalo ini terjadi jgn salahkan pemain tapi bdn yg berwajib perlu memikirkan sesuatu.fikirkanlah...............

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. pie

    Teman tak berapa ......... sebenarnya mungkin ini dapat dilakukan tetapi teman nak bertanya sahaja kepada admin dan sesiapa yang expert lah dalam kategori ini. Adakah kita layak mempunyai sistem seperti ini kerana bagi teman kos nya mungkin tinggi dan banyak masalah akan timbul. tetapi jika malaysia mula mengkorporatkan bolasepak mungkin isu ini dapat dilaksanakan. Maaf jika salah faham atau teman tak arif. Cuma teman harapa agar ada orang dapat jelaskan lebih terperinci. Bukan mudah untuk kita mengadakan sesuatu yang baru bagi teman.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Salam semua...yap...teman setuju benor cadangan dr artikel sedara Sylvershop ni...seperti juga kaedah pengkorporatan bolasepak yg diwar-warkan tempohari pendekatan menggunakan Player's Agent juga dpt mengemaskini dan menguruskan sesuatu produk iaitu player/individu itu sendiri...seperti kebykkan kes sesuatu produk yg bermutu & berkualiti tinggi dpt dihasilkan dgn adanya pengurusan yg lebih teliti...setakat ini player hanya diuruskan oleh pihak persatuan sahaja...apa yg berlaku hanya diantara player & persatuan sahaja tak kira baik atau buruk...di M'sia ni teman tgk byk berlaku buruk dr baiknya apabila diuruskan oleh persatuan...usahkan bab gaji dan kes rasuah yg menjadi2..bab kebajikan saja dah byk kita tgk di dada2 akhbar...cuba tgk pd kes2 seperti bekas pemain Pahang yg lumpuh selepas kemalangan ke tempat latihan (teman lupa le nama sape)..apa jadi pada beliau?Terlantar dirumah...insurans tak plak cover..duit bantuan takde...kesian...
    Dgn adanya Player's Agent pd player2 tempatan kita teman rasa elok jgk pd deme ni supaya lebih terurus..takat ni yg pakai konsep2 mcm ni cuma artis2 kt M'sia je...kt luar negara memang dah ada lama dah bukan hanya pd sukan bolasepak je bahkan lumba lari pun ada agen diaorg sendiri...
    Teman pernah dgr tapi tak terfikir le pulak psl ni...anyway terima kasih sekali lagi pada sedara sylvershop & admin kerana mengenengahkan isu ni...
    Harap agar pihak2 berkenaan ambil perhatian serius...jgnlah sekadar bila terjadinya isu rasuah terus nak tangguh & batalkan tournament itu & ini...perancangan dah dibuat..solution2 seperti inilah yg sepatutnya dicari & difikirkan...work smart kata omputih..
    Adios Amigos..Wassalam...

    p/s:Kome tgk le filem "Jerry Macguire" dlm tu dia tunjuk mcmana dia bleh jdkan diri dia dan player tu berjaya dlm hidup!!:-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. meor19

    Pergghh.. Teman rase FAM pun tak pernah nak bangkitkan isu ni... Tahniah Silverians (khusus buat saudara sylvershop dan saudara admin)... Kalau teman la yang teraju PAFA, teman dah angkat mike berdua jadi Think Tank teman...

    Buat saudara miez3... teman pun dah tengok dah filem tu... tapi tak pernah pun terfikir yang pemain tempatan tak pernah ade agent sendiri macam filem tu... Koman benor...

    So.. what do we do here?? We do what we HAVE TO DO, so we can do what we WANT TO DO....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    terime kasih admin dan yop sylvershop atas sebuah lagi artikel yg amat bergune untk tatapan kami semue..teman amat setuju kalo sistem player agent digune pakai secare menyeluruh dalam liga malaysia kite ni..akan tetapi pemain2 bola sepak tmpatan mstilah menunjukkan kemampuan dan kredibiliti mereke terlebih dulu supaye perlaksanaan sistem ni tak akan dianggap sebagai suatu pembaziran dan lebih ramai player agents akan datg membanjiri liga malaysia seterusnye mewakili mereke ke 'pentas' yg lebih besar!antare tugas lain player agent juge adelah 'menawarkan' pemain2 yg diwakili mereke kepade mane2 kelab yg dianggap sesuai dgn tahap pemain tersebut..dan kalau perkare ni terlaksane,tak mustahil kualiti bola sepak malaysia dapat dimartabatkan semule!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Pakcu

    Suatu info atau lebih tepat kita sebut 'Review' yang bagus kerna memenuhi syarat2 beratikel iaitu mempunyai 'Data & Reference'

    Terimakasih kpd Seladang Dotnet yang telah mempamerkan pembaharuan dalam beratikel.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.