Piala Presiden | Perak Vs Sabah | 15 Mei 2008

Piala Presiden 07/2008
Khamis 15 Mei 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Presiden antara pasukan Perak menentang pasukan Sabah. Perak yang menang 3 gol berbalas 2 pada perlawanan menentang Perlis tempohari sudah tentu akan cuba memenangi perlawanan ini untuk memastikan tempat sebagai 2 pasukan terbaik dalam kumpulan A.

Ini adalah perlawanan terakhir buat semua pasukan dalam liga Piala Presiden musim 2007/2008. 2 pasukan terbaik dari kumpulan A dan B akan berentap pula dalam saingan peringkat separuh akhir sebelum perlawanan akhir yang akan menentukan juara keseluruhan Piala Presiden nanti.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 15 Mei 2008

Plus FC vs Selangor
Stadium Petronas, Bangi

Pahang vs PDRM
Padang MPK 1B Kuantan

Johor vs Perlis
Stadium Mini Mersing, Johor

Kuala Muda vs Melaka
Kompleks Sukan NAZA Gurun

Pulau Pinang vs Negeri Sembilan
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Proton FC vs PKNS
Stadium UITM Shah Alam

Kuala Lumpur vs Sarawak
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Felda United FC vs Terengganu
Stadium Petronas, Bangi

Shahzan Muda vs Kelantan
Stadium Mini Temerloh

Johor FC vs Kedah
Stadium Jcorp Pasir Gudang

My Team FC vs SSBJ
Stadium Mini Jendarata, Teluk Intan

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Piala Presiden | Perak Vs Sabah | 15 Mei 2008

  1. blackbendi

    admin boleh tak kalau senaraikan list player untuk team piala presiden..

    jawapan admin: Pihak kami akan sediakan tidak lama lagi pada ruangan artikel di atas.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    Oic. terima kasih admin, teman nak tanya sikitlah bukan apa teman juga rajin buka web FAM tapi result selalu tak update, jadi boring jugalah. Ada peluang ke untuk pasukan ditangga ketiga ke keempat ke untuk memotong pasukan perak jika nasib tidak memihak kepada kita. Terima kasih admin

    jawapan admin: Pihak kami masih cuba mendapatkan maklumat selanjutnya dari pihak berkenaan tentang carta terkini pasukan Perak, harap bersabar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    mekasih admin atas senarai name2 pemain di atas..tp ape kate kalau admin perbaharui skit care penyampaian artikel dgn menyediakn link yg berasingan utk skuad senior,piala presiden dan skuad belia..nampak lebih teratur dan sistematik skit..

    komen admin: Apakah yang dimaksudkan dengan "menyediakan link yang berasingan" ? Ada sesiapa pengguna di sini yang mampu memahami cadangan ini? Sila jelaskan dengan lebih mendalam dan terperinci.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. pie

    teman rasa teman paham tapi mungkin amirfsl lbh faham
    Rasanyadia mahukan seperti apa yang FAM buat seperti Liga FAM lain, Liga Super Lain, Dan Sub2 yang berada dalam laman web FAM itu sndiri. Saudara Admin boleh rujuk laman web FAM

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. webmaster Post author

    Keputusan penuh Perak menewaskan pasukan Sabah dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Perak menduduki tangga kedua liga Piala Presiden di belakang Selangor. Perak layak keperingkat suku akhir bersama-sama dengan pasukan Selangor, Kuala Muda dan PDRM.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. pie

    Tahniahlah kepada Skuad Piala Presiden. Terima kasih juga kepada admin kerana memberikan keputusan semasa. Harap2 boleh jadi Juara lagi tahun ini.

    Kejor yob Kejor
    Skor yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.