Piala Presiden | Perak Vs PDRM | 5 Mei 2008

Piala Presiden 07/2008
Isnin 5 Mei 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Presiden antara pasukan Perak menentang pasukan PDRM. Perak yang tewas pada perlawanan menentang Selangor tempohari sudah tentu akan cuba memenangi perlawanan ini untuk meraih sebanyak mata yang mungkin untuk terus kekal bersaing.

Dengan hanya tinggal berbaki 2 lagi perlawanan untuk dilalui oleh skuad presiden Perak selepas ini, kita mengharapkan supaya mereka mampu untuk mengulangi kejayaan tahun 2007 walaupun persembahan tahun ini tidaklah sebaik tahun lalu di bawah kendalian jurulatih Raja Azlan Shah Raja So’ib.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 5 Mei 2008

Johor vs Selangor
Stadium Mini Mersing, Johor

Pahang vs Plus FC
Padang MPK 1B Kuantan

Kuala Muda vs Perlis
Kompleks Sukan NAZA Gurun

Pulau Pinang vs Sabah
Stadium Bandaraya, P.Pinang

ATM vs Melaka
Stadium Mindef, Kuala Lumpur

PKNS vs Kuala Lumpur
Padang Kompleks Sukan PKNS

SSBJ vs Proton FC
Padang D MSN Bukit Jalil

Sarawak vs Felda United FC
Stadium Sarawak, Kuching

Terengganu vs Shahzan Muda
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kelantan vs Johor FC
Std. Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru

Kedah vs My Team FC
Stadium Mini Jitra

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang kecuali di Stadium Sarawak pada 4:15 petang.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Piala Presiden | Perak Vs PDRM | 5 Mei 2008

  1. pie

    Yelah. Teman pun berharap agar pasukan piala presiden tahun ni kekalkan momentum dan cubalah supaya dapat kekalkan kedudukan sekarang ni. Janganlah plak jadi macam skuad senior. Sedih semua fan tapi perjuangan mereka belum selesai kerana pasni mereka akan menghadapi AFC dan piala Malaysia. Harap2 masih ada sinar di sana. Insyaallah.

    Skor yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yashurr Yazurry

    Yah!!
    Harap skuad presiden hari ini brmain dgn brsunguh2...

    Manthap Yob Manthap !!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    mungkin kekalahan kpd selngor tempoh hari sdkit sbnyk menjejaskn pluang perak utk menjadi juare liga tetapi masih ade 2 lagi baki prlawanan dan harap2 setiap pemain x bputus ase dan bersungguh2 utk mnghambt selangor hingge ke garsan penamat!!skuad senior dah lesu tahun ni dan semoge skuad piala presiden perak tdk mghampekan!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ADIKA

    SKOR YOP SKOP..... jaga jgn tersungkurrrr........ Jadilah JUNIOR berjiwa SENIOR......... Banggakan Negeri PERAK...........

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. pie

    Tahniahlah Perak walaupun seri. teruskan mungkin tinggal lagi satu atau dua game untuk diselesaikan

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Salam admin...terima kasih buat mike kerana sudi siarkan liputan psl skuad Piala Presiden ni...dpt le jugak mengubat hati yg luka dek penangan kondisi skuad senior yg tak tentu arah musim ni....buat pasukan junior ni teman harap deme boleh pegi jauh...teman dpt rasakan tentunya ada segelintir pemain yg dah bersedia di serapkan ke skuad senior musim depan cuma harapnya jgn le deme ni dibiorkan sekadar pemanas bangku simpanan je...bg le pendedahan yg secukupnya...teman tetap bangga walaupun tanpa jurulatih musim lepas deme tetap berdaya saing hingga berada di tangga kedua liga...maknanya dlm diri deme pun dah ada semangat juang yg tinggi...elok le jgn disia2kan..kepada pengurusan PAFA,bukak mata kome besor2!!!
    Adios Amigos...Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sylvershop

    salam admin, terima kasih yang tak terhingga kerana membuat liputan mengenai pasukan piala presiden. even dalam website FAM pun tak dikemaskini. walaupun seri tidak mengapa yang penting berdaya saing. anyway good luck for our boys..kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.