Piala Belia | Perak vs Pulau Pinang | 25 Mei 2008

Piala Belia 07/2008
Ahad 25 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Skuad belia Perak yang tidak bermain tempohari menentang ATM kerana perlawanan yang ditunda akan beraksi lagi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan Pulau Pinang di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh.

Kepada mereka yang berkesempatan mungkin boleh menonton perlawanan ini di tempat yang dinyatakan di atas untuk melihat sendiri aksi pemain-pemain skuad belia Perak yang khabarnya sudah menemui sentuhan kemenangan sejak akhir-akhir ini.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 25 Mei 2008

Plus FC vs Melaka
Stadium UPM, Serdang

Kelantan vs Negeri Sembilan
Stadium Mini Pasir Mas

Kedah vs ATM
Stadium Mini, Jitra

PDRM vs Perlis
Padang Utama Pulapol

PKNS vs Pahang
Padang Kompleks Sukan PKNS

Proton FC vs Johor
Padang Proton Seksyen 26, Shah Alam

Kuala Lumpur vs My Team FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Johor FC vs Felda United FC
Stadium Jcorp Pasir Gudang

SSBJ vs Shahzan Muda
Padang D MSN Bukit Jalil

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Piala Belia | Perak vs Pulau Pinang | 25 Mei 2008

  1. matahari_terbit

    teman harap skuad belia akan menjadi pasukan yg digeruni. demi menjaga nama negeri yg hampir dipandang rendah oleh negeri lain

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Keputusan penuh perlawanan:

    Perak 2 - 1 Pulau Pinang

    Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh pemain berjersi nombor 20 iaitu Hakim Roslee pada minit ke 55. Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan pada minit 85 melalui tendangan penalti.

    Gol kemenangan pasukan Perak pula disumbangkan oleh pemain berjersi nombor 9, Izham pada saat-saat akhir perlawanan iaitu minit ke 89 permainan.

    Tahniah skuad belia Perak atas kemenangan anda. Terima kasih kepada 'informer' yang telah memaklumkan keputusan perlawanan kepada pihak kami.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    teman punya cadangan tahun akan datang team belia dihantar untuk terlibat juga dalam sukma. bagi mereka tekanan sedikit, dan cuba asuh mereka terlibat dengan macam2 game. ini bertujuan supaya apabila dema sudah dapat diserapkan kemana mana pasukan yang harus menempuhi dengan pelbagai game maka mentaliti dema akan kuat dan mampu menepis segala tekanan. ini bermakna dema akan menjadi pemain yang berkualiti siapa sokong tolong balas cadangan teman. i still love perak and team malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amirfsl

    menang lagi!tahniah team belia..bile main kat tempat sendiri,hanye kemenangan yg seharusnye dimiliki!!teman rase elok kalau team belia dan team presiden digabungkan bagi menghadapi kejohanan sukma..buktikan bahawa perak mempunyai pemain2 pelapis yg berwibawa dan mampu menyinar di suatu masa nanti..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. meor19

    Sepatutnya mana-mana pasukan yang menjulang Piala Belia atau Piala Presiden yang diletakkan sebagai pilihan untuk bertanding dalam kejohanan seperti CYC... bukannya skuad belia Malaysia... barulah setanding kelab bertemu kelab... manakan tahu pasukan belia negeri lebih hebat dari pasukan belia negara???

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    teman harap admin dapat paparkan kedudukan pasukan belia perak sekarang. adakah ditangga atas ataupundi tangga bawah

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Tahniah pasukan belia...keep it up your good work...anda semua tetap berada di hati kami penyokong2 Seladang..Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.