Piala Belia | Perak Vs Negeri Sembilan | 18 Mei 2008

Piala Belia 07/2008
Ahad 18 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Belia membabitkan pasukan Perak menentang pasukan Negeri Sembilan di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh. Selepas mencatatkan kemenangan memberangsangkan ketika membenam Melaka tempohari, Perak seharusnya mampu untuk menewaskan pasukan Negeri Sembilan di tempat sendiri pada perlawanan ini.

Menurut ketua jurulatih skuad Belia Perak saudara Abu Bakar Fadzim, prestasi terumbang-ambing skuad belia Perak pada awal musim adalah disebabkan oleh persiapan singkat yang terpaksa dilalui oleh beliau untuk merangka dan menyusun senarai pemain Perak dalam tempoh kurang dari 2 minggu.

Kini pasukan belia Perak di bawah bimbingan beliau sudah semakin mantap dan mempunyai keserasian setelah melalui beberapa perlawanan bersama. Ujar beliau lagi, skuad bimbingannya tidak meletakkan sebarang sasaran namun mereka akan terus memberikan saingan sengit kepada setiap perlawanan yang dihadapi.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 18 Mei 2008

Selangor vs PDRM
Stadium Shah Alam
 
Plus FC vs Perlis
Stadium UPM, Serdang  

Kelantan vs Sarawak
Stadium Mini Pasir Mas  

Kedah vs Melaka
Stadium Mini, Jitra 

Kuala Muda vs ATM
Kompleks Sukan NAZA Gurun  

Proton FC vs Terengganu
Padang Proton Seksyen 26, Shah Alam  

Kuala Lumpur vs Pahang 
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur  

Johor vs Felda United FC
Stadium MP Kluang  

Shahzan Muda vs My Team FC
Stadium Mini Temerloh  

SSBJ vs Johor FC
Padang D MSN Bukit Jalil

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Piala Belia | Perak Vs Negeri Sembilan | 18 Mei 2008

  1. webmaster Post author

    Pasukan Belia Perak berjaya menumpaskan pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 3 gol berbalas 2. Perak yang ketinggalan 2-1 pada suatu ketika berjaya menghasilkan 2 gol lagi untuk memenangi perlawanan ini.

    Tahniah dari pihak pengurusan seladang.net.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Semangat juang yg tinggi...syabas...ini yg kita mahukan..harap dpt dikekalkan semangat sebegini jika deme ni diserapkan ke pasukan senior kelak...teman ada di Ipoh time tu cuma tak dpt nak menjengah ke kem tersebut berikutan sibuk dgn urusan keluarga...apapun tahniah..mungkin lain kali kalau kena pada masanya bolehlah turun & bg sokongan..teringin jugak nak tengok budak2 ni main..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. pie

    Tahniah pasukan Belia Perak. Teruskan Usaha supaya ada pengganti yang dapat diserapkan didalam pasukan Presiden mahupun pasukan senior.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amirfsl

    bagus!satu keputsan yang memberansangkan walaupun seketika ketinggalan,tp perjalanan masih jauh dan keep up the good work!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.