Piala Belia | Perak Vs Melaka | 7 Mei 2008

Piala Belia 07/2008
Rabu 7 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Belia yang ke-12 pasukan Perak menentang pasukan Melaka di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh. Prestasi skuad belia seawal pusingan pertama ini dilaporkan kurang memberangsangkan. Skuad ini dipimpin oleh jurulatih Abu Bakar Fadzim yang juga merangkap penolong jurulatih skuad Piala Presiden Perak.

Keputusan dan carta liga yang diperolehi dari FAM tidak dikemaskini termasuk halaman PAFA sendiri. Oleh itu pihak kami akan cuba mengambil satu usaha tersendiri untuk mendapatkan maklum balas secara peribadi dari saudara Abu Bakar Fadzim pada masa terdekat ini tentang prestasi semasa skuad belia Perak.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 7 Mei 2008

Plus FC vs PDRM
Stadium UPM, Serdang

Kelantan vs Perlis
Stadium Mini Pasir Mas

Kuala Muda vs Negeri Sembilan
Kompleks sukan NAZA Gurun

Pulau Pinang vs ATM
Stadium Kompleks Sukan, Bertam

Kuala Lumpur vs Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Pahang vs Felda United FC
Stadium MPK 1B Kuantan

Shahzan Muda vs Johor
Stadium Mini Temerloh

Johor FC vs MyTeam FC
Stadium Jcorp Pasir Gudang

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Piala Belia | Perak Vs Melaka | 7 Mei 2008

  1. yong85

    utk team perak dlm piala belia ni yong harap buat the best ye..tunjukkan
    prestasi yg all out.mudah-mudahan prestasi & pencapaian anda dpt membuka mata pihak pengurusan & coach senior utk diserapkan ke skuad utama negeri.
    selamat maju jaya..............

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam admin...terima kasih ke atas info di atas...tak tau le pulak teman ada Piala Belia...nak tanya je...apa beza Piala Belia dgn Piala Presiden?Dari segi umur ke?Format dia sama dgn Piala Malaysia,Piala FA atau Liga?Itu aje..terima kasih

    jawapan admin: format yang sama seperti Piala Presiden cuma diwakili oleh pemain dibawah umur 19 tahun sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. meor19

    Salam admin... kalau tidak menyusahkan... mohon dipaparkan foto2 player Piala Presiden dan player Piala Belia... Mana tau ya mungkin2 tetangga...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yobscoryob

    btul 2...sy setuju dgn meor19..elok juga nk mengenali skuad piala presiden nih...
    mybe ada kwn dr anderson school dulu...

    perak ttp dihati

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. webmaster Post author

    Pihak kami belum berkesempatan untuk mendapatkan keputusan perlawanan ini. Harap kepada mereka yang mengetahui keputusan perlawanan ini dapat berkongsi maklumat tersebut.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. webmaster Post author

    Keputusan perlawanan Piala Belia antara pasukan Perak menentang Melaka berakhir dengan keputusan Perak berjaya menewaskan Melaka dengan keputusan 2 gol berbalas 1.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Terima kasih admin atas info keputusan Piala Belia....diharap agar pasukan ini akan dpt meneruskan perjuangan mereka ke arah lebih jauh...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. amirfsl

    owh..perak under 19 rupenye..kire semue pemain setaraf skuad harimau muda le ni??tak sedo pun yg malaysia pun ade anjurkan kejohanan spt ni,sebelum ni igt ade liga super/premier;FAM; ngan piala presiden jek..bukan perak jek,tapi setiap pasukan negeri dah ade pemain pelapis(mase depan)dan teman2 amat berharap agr bakat2 dorg ni dapat diketengaahkn lebih awal spt ape yg dibuat oleh pasukan2 eropah..dgn care ni dorg dapat cepat matang dan memperoleh taraf pro walaupun usie baru stahun jagung!mgkin facilities tak sehebat di eropah tapi dgn usahe yg keras dan berterusan,nescaye yg mustahil dapt direalisasikan!!kejor yop!teringin beno nak tgk the new ahmad syahrul n nanthakumar..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.