Piala Belia | ATM Vs Perak | 21 Mei 2008

Piala Belia 07/2008
Rabu 21 Mei 2008
Stadium Mindef, Kuala Lumpur
4:45PM

Perak akan berkunjung ke Stadium Mindef Kuala Lumpur petang ini untuk menghadapi perlawanan Piala Belia menentang pasukan ATM. Pasukan seladang yang telah berjaya menumbangkan Negeri Sembilan tempohari dengan keputusan dramatik 3 gol berbalas 2, pasti akan cuba meneruskan tempo kemenangan ini.

Walaupun bermula dengan agak kurang baik di awal musim ini, pasukan Perak nampaknya telah berjaya memperolehi beberapa keputusan yang positif sejak akhir-akhir ini. Diharapkan pemain belia Perak mampu untuk menghasilkan keputusan yang baik musim ini.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 21 Mei 2008

Perlis vs Selangor
Stadium Utama Negeri

Sarawak vs Plus FC
Stadium Sarawak, Kuching

Melaka vs Kelantan
Stadium Tun Fatimah, Melaka

Negeri Sembilan vs Kedah
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pulau Pinang vs Kuala Muda
Stadium Kompleks Sukan, Bertam

Terengganu vs PKNS
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pahang vs Proton FC
Padang MPK 1B Kuantan

Johor vs Kuala Lumpur
Stadium MP Kluang

Felda United FC vs My Team FC
Stadium Pusat Latihan BSN Bangi

Johor FC vs Shahzan Muda
Stadium Jcorp Pasir Gudang

Sabah vs SSBJ
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang kecuali di Stadium Sarawak dan Stadium Likas iaitu 4:15 petang.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Piala Belia | ATM Vs Perak | 21 Mei 2008

  1. webmaster Post author

    Pihak kami telah dimaklumkan bahawa perlawanan ini telah di tunda kepada satu tarikh yang lain kerana ribut petir dan hujan lebat.

    Harap Maklum
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Thanks admin...sama2 le kita tunggu pada tarikh yg lain tersebut..harapan semoga semangat anak2 muda ini terus membara utk menang dan pertahankan kedudukan..contohi skuad Piala Presiden musim lalu (2007)

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.