Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 3 Mei 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti akan menyaksikan pendahulu liga premier Kuala Muda bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menentang Plus FC. Perlawanan ini cukup penting untuk kedua-dua pasukan kerana inilah penentu kepada kejuaraan liga premier musim ini.

Untuk makluman umum, kedua-dua pasukan juga telah layak menyertai liga super musim depan apabila kedudukan mata mereka tidak mampu lagi dipintas oleh pasukan lain. Yang pasti kedua-dua pasukan dipimpin oleh jurulatih tempatan iaitu K. Devan (Kuala Muda) dan Mat Zan Mat Aris (Plus FC).

Jadual Perlawanan TM Liga Premier 3 Mei 2008:

Plus FC vs Kuala Muda
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

PKNS FC vs Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Felda United FC vs Johor
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Melaka vs Kuala Lumpur
Stadium Hang Tuah

Shahzan Muda vs Proton FC
Stadium Darul Makmur

Sabah vs ATM
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45mlm.

Kedudukan semasa TM Liga Premier 2007/2008

Pasukan P M
Kuala Muda
23 58
Plus FC
23 57
Kelantan 23 53
Johor 23 42
Sabah 23 41
Felda United
23 26
Harimau Muda 24 26
Shahzan Muda
23 25
Proton FC 23 24
Melaka
23 23
PKNS FC
23 19
Kuala Lumpur 23 16
ATM 23 14

5 penjaring terbanyak TM Liga Premier 2007/2008

  1. M. Moustapha | Kelantan | 27 gol
  2. Otelo Espinola | Johor | 23 gol
  3. Alex Agbo | Plus FC | 20 gol
  4. Liew Kit Kong | Kuala Muda | 15 gol
  5. Bobby Gonzales | Sabah | 10 gol
Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 3 Mei 2008

  1. razlan

    musim ini, jurulatih tempatan lebih menyerlah... utk liga super, kedah (azrai), selangor (dollah), n9 (wan jamak). utk liga premier, kuala muda (devan), plus (mat zan).

    sepatutnya perak juga menggunakan coach tempatan. get out steve darby, we dont need you!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    I agree with u Razlan...let's go for local!Raise up your vocal...together we remove the "jackal"!!!Hahahaha....
    Hidup coach tempatan!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. amirfsl

    setuju semue!sudah terang dan bersuluh yang jurulatih tempatan lebih baik tahun ni!dan teman yakin bukan tahun ni jek,malah tahun2 yang mendatg gak!dah le baguih,tak cetuskan mcm2 kontroversi plak tu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    lupa pulak, coach johor fc yg selalu mengecewakan perak tu pun jurulatih tempatan... empat pasukan teratas liga super dikendalikan oleh jurulatih tempatan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.