
Ahad 25 Mei 2008
Nigeria Vs Australia
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM
Perlawanan akhir untuk kejohanan Piala Antara Benua ialah antara Nigeria menentang pasukan Australia pada pukul 8:45 malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Perlawanan malam ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan menampilkan skuad yang akan beraksi pada sukan Olimpik di Beijing nanti.
Tiket berharga RM 10 untuk tempat duduk biasa dan RM 20 untuk grandstand boleh dibeli untuk menonton perlawanan ini…
Piala Belia 07/2008
Ahad 25 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Skuad belia Perak yang tidak bermain tempohari menentang ATM kerana perlawanan yang ditunda akan beraksi lagi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan Pulau Pinang di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh.
Kepada mereka yang berkesempatan mungkin boleh menonton perlawanan ini di tempat yang dinyatakan di atas untuk melihat sendiri aksi pemain-pemain skuad belia Perak yang khabarnya sudah menemui sentuhan kemenangan sejak akhir-akhir ini.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 25 Mei 2008
Plus FC vs Melaka
Stadium UPM, Serdang
Kelantan vs Negeri Sembilan
Stadium Mini Pasir Mas
Kedah vs ATM
Stadium Mini, Jitra
PDRM vs Perlis
Padang Utama Pulapol
PKNS vs Pahang
Padang Kompleks Sukan PKNS
Proton FC vs Johor
Padang Proton Seksyen 26, Shah Alam
Kuala Lumpur vs My Team FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Johor FC vs Felda United FC
Stadium Jcorp Pasir Gudang
SSBJ vs Shahzan…
Posted in AFC Cup 2008 on May 24th, 2008 8 Comments »

Sabtu 24 Mei 2008
AFC House
1:00 petang
Undian peringkat suku akhir timbal balik kalah mati Piala AFC 2008 akan diadakan pada hari ini, 24 Mei 2008 bertempat di Rumah AFC pada pukul 1 petang. Perlawanan suku akhir akan diadakan pada 16 dan 23 September manakala peringkat separuh akhir pada 7 dan 21 Oktober.
Perlawanan akhir akan diadakan pada 31 Oktober dan 7 November 2008. Menariknya pasukan yang menjadi juara dan naib juara Piala AFC 2008 ini berpeluang untuk bertanding secara “playoff” untuk menyertai AFC Champions League 2009.
8 pasukan yang layak:
Dempo (India)
Muharraq (Bahrain)
Safa (Lebanon)
Al Nahda (Oman)
Kedah (Malaysia)
Perak (Malaysia)
Home United (Singapore)
SAFFC (Singapore)
Keputusan undian akan diumumkan sejurus selepas undian tamat pada ruangan artikel di bawah.
Suku Akhir 1
Perak (Malaysia) Vs Safa (Lebanon)
Suku Akhir 2
SAFFC…

Hari ini akan berlangsung 2 perlawanan peringkat separuh akhir untuk Piala Antara Benua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Nigeria Vs Chile
6:30PM
Australia Vs Ireland
9:00PM…
Salam sejahtera semua,
Berita dalam laman web rasmi Asian Football Confideration bertarikh 20 Mei 2008 benar-benar mengecewakan penulis. Malaysia mendapat penarafan gred D dalam evaluasi liga bolasepak tempatan oleh AFC.
Evaluasi ini adalah bertujuan untuk menilai semula syarat kemasukan pasukan dari liga tempatan ke AFC Champions League yang akan membuat pembaharuan pada musim depan. Apa yang lebih mengecewakan apabila Vietnam dan Singapura diberi gred C dimana beberapa aspek teknikal mampu dibaikpulih untuk ditingkatkan ke gred B.
Manakala Indonesia diberi gred B setanding dengan liga bolasepak Australia. Nampak kita semakin jauh ke belakang dan FAM serta Persatuan Bolasepak Negeri harus bekerjasama dalam mengembalikan maruah Malaysia di pentas dunia.
Mungkin berita dalam laman rasmi AFC ini tidak dihebahkan demi menutup aib yang sudah perit bagi peminat tempatan membacanya. Apa sudah jadi dengan FAM? Malahan kriteria yang…
Posted in Umum on May 22nd, 2008 7 Comments »
Semalam telah berlangsung Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 2007 di dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pada majlis itu juga, penyerahan bendera kontigen SUKMA Negeri Perak yang akan menyertai SUKMA 2008 di Terengganu dari 31 Mei hingga 9 Jun ini turut dijalankan. Selain pengumuman senarai penerima imbuhan dan gelaran Olahragawan dan Olahragawati negeri Perak, skuad Bolasepak Presiden Perak 2007 turut dianugerahkan sebagai pasukan terbaik untuk tahun 2007.
Kemenangan tersebut telah membolehkan skuad Presiden Perak 2007 menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 5000 termasuk trofi dan sijil penghargaan. Hampir keseluruhan pemain skuad Presiden 2007 turut hadir menerima hadiah tersebut termasuk bekas ketua jurulatih Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib (PPT, PJK) dan bekas pengurus pasukan Presiden Perak 2007…
Piala Belia 07/2008
Rabu 21 Mei 2008
Stadium Mindef, Kuala Lumpur
4:45PM
Perak akan berkunjung ke Stadium Mindef Kuala Lumpur petang ini untuk menghadapi perlawanan Piala Belia menentang pasukan ATM. Pasukan seladang yang telah berjaya menumbangkan Negeri Sembilan tempohari dengan keputusan dramatik 3 gol berbalas 2, pasti akan cuba meneruskan tempo kemenangan ini.
Walaupun bermula dengan agak kurang baik di awal musim ini, pasukan Perak nampaknya telah berjaya memperolehi beberapa keputusan yang positif sejak akhir-akhir ini. Diharapkan pemain belia Perak mampu untuk menghasilkan keputusan yang baik musim ini.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 21 Mei 2008
Perlis vs Selangor
Stadium Utama Negeri
Sarawak vs Plus FC
Stadium Sarawak, Kuching
Melaka vs Kelantan
Stadium Tun Fatimah, Melaka
Negeri Sembilan vs Kedah
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Pulau Pinang vs Kuala Muda
Stadium Kompleks Sukan, Bertam
Terengganu vs PKNS
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pahang vs Proton FC
Padang MPK…

Malam ini akan berlangsung 2 lagi perlawanan Piala Antara Benua untuk kumpulan B. Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pasukan Olimpik Australia akan menentang pasukan Togo manakala di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, pasukan Croatia akan berhadapan dengan pasukan Chile.
Selasa 20 Mei 2008
Australia Vs Togo
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM
Croatia Vs Chile
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM
Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam.
Kedudukan ranking semasa:
Kumpulan A
Pasukan
P
M
S
K
J
B
Mt
Nigeria
2
1
1
0
4
2
4
Ireland
3
1
1
1
4
4
4
Malaysia
3
1
1
1
3
4
4
Iraq
2
0
1
1
0
1
1
Kumpulan B
Pasukan
P
M
S
K
J
B
Mt
Australia
2
2
0
0
5
1
6
Chile
2
1
0
1
6
3
3
Croatia
2
1
0
1
1
3
3
Togo
2
0
0
2
1
6
0…