Muhammad Khalid Bin Jamlus | The Unsung Hero

Beliau dilahirkan pada 23 Februari 1977 dan bermain untuk pasukan Perak sebagai penyerang. Pernah berhijrah ke Selangor pada tahun 2005 namun kembali semula menabur bakti kepada Perak pada musim 2006/2007 setelah aksinya di sana tidak menyengat.

Pernah merangkul kasut emas pada tahun 2002 dengan 17 gol setelah kelibat import dimansuhkan buat sementara waktu dan beliau mencatatkan nama sebagai penyerang tempatan terbaik Liga Malaysia untuk 2 musim berturut-turut.

15 gol musim 2006/07 dan 13 gol untuk musim 2007/08 cukup untuk meletakkan beliau sebagai penyerang terulung dalam kancah Liga Malaysia. Adalah sesuatu yang pelik kerana penyerang terbaik tempatan untuk 2 musim berturut-turut tidak di panggil langsung untuk menyertai kem pasukan kebangsaan.

Muhammad Khalid Bin Jamlus
Muhammad Khalid Bin Jamlus sewaktu perlawanan menentang Pulau Pinang di Ipoh.

Penulis cuma mampu berkata bahawa beliau tidak mendapat tempat di hati jurulatih kebangsaan iaitu B. Sathianathan mungkin kerana kelibat lariannya yang agak perlahan berbanding pemain kebangsaan lain seperti Zamri Chin, Safee Sali dan Zaquan Adha.

Persoalannya di sini adakah dengan larian pantas mampu untuk menjamin seseorang penyerang itu menjaringkan gol sebaik mungkin? Dari segi logiknya mungkin ada kebenaran namun Khalid Jamlus telah membuktikan kepada kita semua bahawa kepantasan bukan faktor utama untuk menjaringkan gol.

Sudah 2 musim berturut-turut beliau menewaskan semua penjaring tempatan yang jauh lebih pantas dari beliau dalam saingan liga super sebagai penjaring terbanyak. Ini termasuk semua penyerang kebangsaan bawah 23 tahun di bawah kendalian B. Sathianathan.

Adakah menjadi satu kesalahan untuk meletakkan Khalid Jamlus dalam senarai penyerang kebangsaan?Adakah kerana statusnya yang kerap mencetus kontroversi di luar padang mengundang rasa kurang senang jurulatih kebangsaan? Semua persoalan ini hanya mampu dijawab oleh B. Sathianathan.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “Muhammad Khalid Bin Jamlus | The Unsung Hero

  1. yong85

    sejak era cikgu jan (norizan bakar),yong dah terfikir ape yg penulis ckp.kalo j/latih asing yg mengendalikan skuad ngr sudah pasti nama beliau tdk akan tercicir tp kalo j/latih tmptn sendiri mau ingat(kali terakhir era bertalan biskei dia dpt wakil....),ada betul kata penulis mgkn kerna kontroversi ciptaannya.secara peribadi yong sendiri mengenali dia tapi percayalah dia bukannya insan yg mcm org fikir,beliau dah buktikan dia adalah penjaring tmptn paling byk dlm liga utk 2 thn,(tapi penyerang kesayangan b.sathia?...).kita boleh tgk sej piala tiger 2004,siapa penjaring terbyk selain ilham jaya kesuma dari indonesia?...jgn melihat kesilapan dia saja,ada juga penyerang pilihan skuad yg ada cetus kesilapan gak cuma belum kantoi je. kpd jurulatih tempatan jgn segan silu utk ambil dia & paling penting jgn suka dengar cerita mulut ke mulut mengenai dia sebab ape yg berlaku kita tak tahu.rekod dah terbukti yg dia masih mampu mengegar jaring terutama di peringkat luar.lihat epl,biar byk mana pun kisah tapi prestasi tetap menjadi no 1 berbanding kisah peribadi.buat b.sathia,anda lebih fhm,dlm keadaan skuad negara sekarang,tak salah anda mencuba beliau,percayalah kata yong jika diundang seribu kesyukuran dia akan ucapkan....apepun yong nak ckp bak kata nabil rj lawak,lu pikir la sendiri...

    Likes(1)Dislikes(0)
  2. padiltaiping_81

    Teman setuju dengan penulis,bahawa penyerang yg baik tidak semestinya bersandarkan kepada kepantasan atau kelajuan berlari..tetapi bagi teman,penyerang yg tulen adalah penyerang yg bijak menghidu peluang menjaringkan gol..khalid jamlus memiliki ciri2 tersebut.

    walaupun tidak sepantas zaquan,safee sali,dll..namun beliau bijak mencari ruang untuk menjaringkan gol dan sentiasa berada pada masa dan kedudukan yg betul untuk menjaringkan gol..tidak guna kalau memiliki penyerang yg pantas,laju dan hebat mengelicik tetapi gagal menjaringkan gol kerana seperti yg kita tahu,tugas dan peranan utama penyerang adalah menjaringkan gol,dan jaringan gol lah yg akan menjadi penentu utama sesebuah pasukan untuk menang dan mendapat 3 mata penuh (dalam liga).

    Teman juga setuju ngan yong85, bahawa jurulatih tempatan yg menjadi jurulatih skaud kebangsaan akan meminggirkan khalid dalam senarai pemain kebangsaan berbanding semasa jurulatih asing menjadi jurulatih kebangsaan...nampak sangat yg jurulatih tempatan kita yg menjadi jurulatih skaud kebangsaan begitu 'buta' dalam memilih penyerang yg bagus..tahun ini khalid telah membuktikan kemampuan beliau selaku penyerang tempatan yg paling banyak jaringan gol..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. pie

    Setuju dengan penulis dan fan semua. ini semua adalah kerana keegoan jurulatih dan mungkin juga disebabkan oleh jurulatih tempatan yang tidak mahu orang seperti khalid berjaya dalam sukan bolasepak ini. Mungkin juga kerana masalah dalaman yang kita tidak tahu. Prestasi Khalid juga kadang2 seperti YOYO. teman memang respect gila dgn khalid ni kerana bagi teman semenjak dia join dgn Perak pada 1998 la kalau lagi awal teman tak tahu kerana teman minat bola bermula pada tahun 1998, banyak jasa yang dicurahkan oleh Khalid dan Kapt Pasukan perak AA bagi membantu pasukan perak dengan semua piala dlm genggaman kecuali Liga Super. Masalah ketidakcergasan Khalid juga kadangkali mempengaruhi jurulatih kerana Khalid kerap juga cedera. Entahlah ini semua hanya dari pandangan mata teman, jawapan yang ada cuma dari Jurulatih sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Right man at the right place...right man for the right job...itu je yg boleh teman katakan pada insan yg bernama Khalid Jamlus...teman menyokong penuh juga kata2 sahabat yg lain..kenapa beliau terpinggir sedangkan sudah terbukti tahap pencapaian yg diidamkan dlm kategori penyerang utama iaitu mempunyai sentuhan pemusnah??
    Sebenarnya bukan ketangkasan dari fizikal yg menjadi faktor utama tetapi ketangkasan dlm menghidu peluang utk diterjemahkan menjadi gol itulah yg utama dan faktor2 ini memang terdpt pada Khalid...sayang sekali beliau tidak menjadi pilihan...tepuk dada tanyalah selera coach!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yobscoryob

    msg2 ada pendapat tersendri..begitu juga sathia.biarpun begitu seperti kata2 penulis dan penyokong perak yg lain, khalid bukanlah seorg penyerang yg mampu utk blari pntas bbanding zaquan mahupun safi salie.namun dia bijak dlm menyempurnakan setiap peluang yg terhidang.begitu juga jaringan yg dilakukan oleh caceras kebanyakannya adalah berpunca dr bantuan khalid..semoga pd ms akan dtg lebih byk lg penyerang yg bijak mencari gol bak khalid.utk terus mengangkat bola sepak kita landasan yg betul.

    perak ttp dihati
    khalid jamlus best!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. meor19

    memang ade benarnya kata2 teman2 seladang.net... dia memang tidak mendapat tempat di hati jurulatih negara... ape yang dilihat, jurulatih2 negara lebih cenderung memilih striker2 yang berupaya berlari pantas...

    kalau dilihat kepada team2 luar negara, mereka tidak hanya tertumpu kepada striker2 yang berlari pantas sahaja kerna setiap striker akan dipilih berdasarkan formasi atau taktikal game yang akan dihadapi ketika itu... ini bermakna jika game tersebut memerlukan striker yang berkeupayaan berlari pantas, makanya dia adalah calonnya... begitu juga untuk game yang memerlukan penterjemah gol yang bijak atau game yang lebih taktikal, makanya striker berlari pantas bukannya keutamaan...

    tak tahulah saya ape taktikal jurulatih negara ni... nak katekan semua penyerang yang dipilih berlari pantas pun, golnya idak juga ade... offside nya yang banyak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    teman cuma nak cakap kepada coach malaysia.... "power without control is nothing". maknanya kalau penyerang tu pantas macam mana pun tak guna jika dia tak dapat control bola dan menjaringkan gol.. fikir fikir kan lah

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sylvershop

    khalid jamlus dipinggirkan kalau tak silap kerana pernah melanggar curfew keluar waktu malam sewaktu persediaan skuad bolasepak negara. ada 5 pemain lain terlibat sama. sejak tu di macam dah digam oleh FAM. style permainan khalid jamlus macam robbie fowler atau ruud van nielsteroy..tak laju, tapi boleh buat situation daripada biasa kepada goal opportunity. satu kelemahan khalid teknik tandukan tapi positioning dia sentiasa tepat. situasi one on one dengan goalkeeper dia adalah yang terbaik. contoh masa lawan indonesia dalam Piala Asean Football Confideration separuh akhir kedua di Malaysia. sejak 2004 prestasi agak merundum, mungkin kecewa masa 2003 missed opportunity untuk main dengan entracth frankfurt, kelab german, bila sehari sebelum pemeriksaan perubatan dapat kecederaan lutut yang menghantui dia sampai sekarang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. satorare

    teman setuju gn penulis..
    mmg pelik la, diorg xnk ambik khalid ni..
    mungkin juga khalid ni ada masalah disiplin..
    2 yang susah ckit..
    sblm ni pn dia ada kes gn FAM..
    tapi smpi bila diorg nk gam khalid ni..
    dh 2 thn dia jd penyerang tempatan terbaik..
    kn khalid dh buktikn kt smua..
    mmg khalid ni main slow ckit..
    tp dia punya penyudah mmg bagus..
    mmg x menghampakn..
    x guna gak lari laju, tp peyudah tiada..
    kita perlukn gol...
    bkn kelajuan yg x bleh wat gol..
    satu lagi, sblm ni team malaysia bnyk diwakili player selangor gn pahang..
    ada satu artikel dlm paper dulu..
    majoriti team england diwakili top 4 liga epl..
    sedangkn team malaysia ambik player yg ada nama je..
    apa pn, all da best khalid..
    bior la malaysia xnk ambik..
    perak tetap dihati..
    Kejor Yop Kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. amirfsl

    memg betul yg kj mempunyai sedikit masalah disiplin dan mempunyai hubungan yg agak keroh dengan FAM..tapi beliau nampaknye tak kisah ttg semue tu dan menyempurnekan tugas beliau dengan amat cemerlang sebagai penyerang utk pasukan perak!bukan utk season ni jek,malahan utk season2 yg lalu..biar pun dihantui dgn beberape mslh kecederaan berulang,tapi kalo die diberi peluang bermain,beliau pasti tidak mengecewekan..memg pelik kalo FAM masih tidak mengubah persepsi mereke dgn kj,sebaliknye masih mempercayai 'kemampuan' penyerang2 tempatan lain yg masih mencarik rentak dan sudah 'tenggelam' dek aksi penyerang2 import..ape2 pun,all the best to khalid jamlus!our ruthless local's goal machine!when there's khalid,there's a goal n more..keep up the good work!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. yatty_sg

    FAM seakan-akan mirip dgn FAS. kalau skali pemain da kene 'label', alamatnye akan terpinggir la pemain tu. tambahan lagi kalau coach national team tu memburukkan keadaan.
    mungkin ade yg berpendapat Sathia knows his team de best tapi, knowing de best doesnt mean/guarantee u to have de best players.
    rugi sgt KJ tak dpt call-up, pemain yg ade sharpness/accuracy di depan gawang tak dipandang. KJ dah mencecah ke usian 30-an jadi masa utk dia beraksi di peringkat international dah tak panjang, jadi if it is not now thn it'l b never. sayang 1000 kali sayang.
    memang tak nafikan yg players mcm Zaquan ade speed, boleh mengkucar kacirkan defence tapi kalau setakat berlari pantas tapi sentuhan penyudah tak menjadi, pon takde faedah nye pon kan?
    KJ is always there 2 finish it at de right time & place..

    apepon, saya slalu mengharap yg terbaik buat KJ & pemain2 perak yg lain...

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. putra8878

    lebih elok striker2 kite xdipanggil utk wakili negara memandangkan masalah kekurangan striker utk team negeri kite,Kalu main dgn msia pun pastu terdedah dgn injured,yg rugi team negeri kite gak..cukup la keeper&defend kite je yg dipanggil utk wakili negara.Nk diikutkan dlm team msia dh ramey dah ank watan perak dlm team msia tu..cuma deme main dgn team negeri lain je..

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. matahari_terbit

    mmg tidak dinafikan khalid jamlus sorang penyerang yg bijak menghidu peluang didepan gol, malah beliau antara penyerang yg amat digeruni oleh jurulatih2 di negara kita. wlupun beliau x laghi dgn laju just lghi mcm org berlaghi laghi anak, tp beliau masih mampu jaringkan gol. masalahnya kali ini beliau tidak disenaraikan lagi buat tahun kedua berturut turut kedalam skuad negara bukanlah kerana beliau tidak bagus tp disebabkan kecederaan yang menimpa dirinya. tp kita kena tahu kenapa dia kerap cedera, mungkinkah dia asyik cedera disebabkan asyik melepak x tentu arah. hanya orang yg tahu mampu menjawap. setiap pemain mestilah mempunyai disiplin ketika bermain ataupun ketika berehat. mestilah mempunyai sikap bertanggungjawap,mestilah mempunyai cita cita untuk menjadi lebih maju. kalau khalid lakukan semua itu maka, tiap kali skuad malaysia berkumpul maka nama khalid terus juga disenaraikan

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.