Malaysia Vs Maldives | Friendly Match

Malaysia U23 Vs Maldives
Sabtu, 10 Mei 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
6.00pm

Petang ini skuad bawah 23 tahun Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Maldives di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perlawanan ini bertujuan untuk menguji tahap permainan dan kecergasan para pemain kebangsaan sebelum menyertai kejohanan Piala Antara Benua yang dijadualkan pada 15-25 Mei 2008.

Datanglah beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan pada perlawanan ini nanti kerana masuk adalah percuma. Keputusan semasa akan dikemaskini pada artikel ini untuk tontonan pengunjung seladang.net.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Malaysia Vs Maldives | Friendly Match

  1. yobscoryob

    admin...siapakah barisan pemain yg akan turun pada petang nih mewakili malaysia?

    jawapan admin: Kita akan umumkan sewaktu perlawanan berlangsung nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    Oklah tu. Mungkin lepas ni banyk lagi perlawanan persahabatan diadakan. Mungkin ini langkah yang diambil untuk meningkatkan tahap persembahan mutu bolasepak Malaysia. Sebelum ini ramai yang berkata tiada pendedahan diperingkat luar kerana salah satu faktor kenaikan mutu bolasepak adalah dengan mengadakan perlawanan seperti ini. Lepas ni jangan pulak kata tiada pendedahan di peringkat antarabangsa. Alasan, alasan je yang dapat didengar tapi mutu semakin menurun. Nasiblah Malaysiaku.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. meor19

    Salaam... Mintak admin lanjutkan infos tentang kejohanan Piala Antara Benua ni? contohnya venue, team yang bertanding... Peluang team negara??? cerah atau sekadar team bagi pelengkap kejohanan???

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. webmaster Post author

    Keputusan semasa kedua-dua pasukan terikat dengan satu gol sama. Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Khyril Muhyymeen pada minit ke 28 dan Ali Ashfaq berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 46 permainan separuh masa pertama.

    Permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan Malaysia lebih banyak menyerang sambil Maldives sekali sekala menyerang balas pantas. Malaysia bermain 10 orang pada minit 75 setelah ketua pasukan Shukur Adan menerima kad merah setelah mengutip kad kuning kedua perlawanan.

    Permainan berakhir dengan keputusan terikat 1 sama sehingga wisel penamat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Teman dh pegi tgk semlm game ni....ishhh boring gak tgk deme main...dua2 team mcm sama je cuma kelebihan Maldives pd satu atau dua individu yg mempunyai skill yg tinggi contohnya Ali Ashfaq yg pernah main dgn Brunei dulu...Team M'sia terkapai2 jgk dibwh kapten Shukur Adan...tapi yg peliknya bila dia kena buang padang sbb kad merah permainan M'sia jadi cantik le plak...tapi dh lambat le...dah nak abih game dah pun...Kesimpulannya team M'sia masih belum ada peningkatan kalau masih dikekalkan muka2 lama...kena buat mcm team Kedah jgk..senaraikan pemain2 muda yg lincah...semlm teman nengok si Subra & Azlan pun bkn main lincahnya tak mcm main dgn Perak...lepas geram kut!

    Antara pemain2 semlm:-

    Syed Adney-Azlan-Norhafiz Zamani-Daudso-Amirul Hadi-Shukur Adan-Bunyamin Omar-Baddrol Baktiar-Zaquan Adha & Khyril Muhyymeen

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. satorare

    mana yop...
    wat la cane pn malaysia..
    sama rupa itu jugak...
    sedih tgk team malaysia...
    x tau nk kabo cane dh..
    player smua cam lembik je..
    pastu takut or hormat gn player lain..
    apa ke halnye yop...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.