Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 2007

Semalam telah berlangsung Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 2007 di dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada majlis itu juga, penyerahan bendera kontigen SUKMA Negeri Perak yang akan menyertai SUKMA 2008 di Terengganu dari 31 Mei hingga 9 Jun ini turut dijalankan. Selain pengumuman senarai penerima imbuhan dan gelaran Olahragawan dan Olahragawati negeri Perak, skuad Bolasepak Presiden Perak 2007 turut dianugerahkan sebagai pasukan terbaik untuk tahun 2007.

Kemenangan tersebut telah membolehkan skuad Presiden Perak 2007 menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 5000 termasuk trofi dan sijil penghargaan. Hampir keseluruhan pemain skuad Presiden 2007 turut hadir menerima hadiah tersebut termasuk bekas ketua jurulatih Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib (PPT, PJK) dan pengurus pasukan Presiden Perak 2007, Tuan Haji Che Harun Bin Hussin (AMP, PJK).

Skuad Presiden Perak 2007
Skuad Bolasepak Piala Presiden Perak 2007

Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib turut melahirkan rasa terharu selepas menerima anugerah tersebut yang disifatkan olehnya sebagai penghargaan di atas kerja keras yang dilakukan selama tempoh memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Presiden Perak 2007.

Pandangannya turut dikongsi oleh Pengurus Pasukan, Tuan Haji Che Harun Bin Hussin yang menyatakan bahawa kejayaan skuad Presiden Perak 2007 adalah berkat hasil usaha bersama antara semua pemain yang terlibat dan pihak pengurusan.

Tuan Haji Che Harun Bin Hussin | Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib
Tuan Haji Che Harun Bin Hussin & Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib

Ditanya tentang resepi kejayaannya, Tuan Haji Che Harun Bin Hussin berkata beliau menganggap pemain skuad Presiden Perak sebagai satu keluarga yang perlu dijaga dan diberi perhatian sebaik mungkin sama seperti menjaga keluarga kita sendiri.

Selain itu kemampuan jurulatih Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib mengendalikan skuad tersebut turut menyumbang kepada faktor kejayaan ini. “Tiada gunanya memiliki barisan pemain yang hebat jika kita tidak mempunyai jurulatih yang berkaliber seperti beliau (Raja Azlan), ianya umpama sebuah kapal yang dipenuhi kelasi tanpa nakhoda” ujarnya lagi.

razali_umar_kandasamy.jpg
Razali Umar Kandasamy

Penjaring terbanyak Piala Presiden 2007 dengan 33 gol, Razali Umar Kandasamy ketika ditemui turut gembira dengan anugerah ini. Ditanya bagaimana beliau mampu untuk menjaringkan sebegitu banyak gol pada musim tersebut, ulasnya “Tanpa kerjasama & persefahaman yang baik dari rakan sepasukan serta bimbingan yang diberi oleh jurulatih, saya tidak mungkin dapat menjaringkan gol sebanyak itu” kata anak kelahiran Ipoh ini.

Pihak pengurusan seladang.net mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad Bolasepak Piala Presiden Perak 2007 di atas anugerah yang diterima.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 2007

  1. miez3

    Buat Uncle Harun (panggilan manja teman pd beliau ketika kecil) & Abg Raja Azlan serta keseluruhan team Piala Presiden 2007,tahniah teman ucapkan...betul kata Uncle Harun,“Tiada gunanya memiliki barisan pemain yang hebat jika kita tidak mempunyai jurulatih yang berkaliber seperti beliau (Raja Azlan), ianya umpama sebuah kapal yang dipenuhi kelasi tanpa nakhoda”...mungkin itulah yg berlaku pada skuad senior kita musim ni...sepatutnya deme yg naik pentas bukannya skuad junior tapi kalau dah tak terbukti deme semua tidak memberikan impak yg memberangsangkan rasanya memang patut pun terkeluar dari senarai...buat coach Steve..."u should be ashame to yourself..how come local coach could grab those title??"
    Adios Amigos...chow..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    betul kata teman yang kat ateh ni ha.buat semua yang dapat award tahniah ye.terutama pada Razali Umar,mudah-mudahan dengan award tu dapat le kome tingkatkan lagi prestasi..jangan menang sekali tu je biar tiap tahun untung-untung dapat ganti abang senior awak Khalid Jamlus sebagai penjaring terbanyak dalam liga super pulak.buat yang agak dekat dengan si Steve Darby tu nasihatkanlah dia pepandai la bawak diri tahun depan.dan tak salah kalo pihak yang berwajib naikkan pangkat Encik Raja Azlan Raja Soib untuk teraju team perak dalam liga super sebagai coach baru,rekod dah terbukti...itu pendapat yong je..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. dato

    Assalamualaikum admin dan teman-teman seladang.net..Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah buat skuad Piala Presiden 2007..Bekas ketua jurulatih Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib (PPT, PJK) dan bekas pengurus pasukan Presiden Perak 2007, Tuan Haji Che Harun Bin Hussin (AMP, PJK) diatas anugerah masing-masing.

    Kejor Yob Kejor..
    Skor Yob Skor..

    Komen admin: Komen anda telah diubah kerana tidak bersesuaian dengan artikel yang tersiar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    Tahniah buat semua yang terlibat.
    Tak lupa juga buat pemain senior. Harap tahun ni lebih baik la.
    Buat empat pemain Perak yang dipanggil ke skuad kebangsaan, ayuh buktikan kalian best!!!
    Semoga ada lagi pemain2 lain yang menyusul.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amirfsl

    tidak mengejutkan jika skuad piala presiden 2007 memenangi anugerah pasukan terbaik memandang pencapaian yg cemerlang musim lalu..setinggi-tinggi tahniah kepade keseluruhan pemain dan juge kpde masterminds Raja Azlan dan Tuan Haji Che Harun atas anugerah tersebut!memang tidak relevan kalau ade sesetgh pihak mengatekan bahawe skuad perak tiade pemain2 pelapis berwibawa dan diharapkan lebih ramai pemain2 ini akan diserap ke dalam skuad senior perak..perak maju!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yeop_tempoyak

    admin,adakah razali akan bermain dlm sukma d tganu nanti??boleh admin senaraikan plyr2 yg akan ke sukma nanti dan berapa plyr super league yg akan bmain di game tu...?sila jawab.........

    jawapan admin: Hanya Razali Umar yang akan beraksi di SUKMA nanti manakala Nasril Nourdin, S. Subramaniam dan Azlan Zainal tidak bermain kerana menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Senarai penuh pemain akan kami keluarkan tidak lama lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    inilah malaysia pemain yg sudah berstatus tinggi masih lagi dihantar untuk bermain dalam skuad sukma. bayangkan seorang pelajar berkelulusan diploma tapi terpaksa menyambung pelajaran di sekolah rendah. tolong jawab admin macam maner skuad negara dan negeri nak maju. cuba kita tgk di luar negara jauh beza dgn struktur di negara kita........admin tolong jawab dgn jujur

    komen admin: Kami nasihatkan anda supaya membaca setiap artikel yang pernah kami siarkan sebelum ini sebaiknya. Banyak persoalan yang anda tanya sebenarnya telah pun terjawab. Kami harap anda lebih bertenang dan bersabar serta jangan terlalu banyak bertanya itu dan ini secara terburu-buru. Cari dahulu sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam halaman ini sebelum anda bertanya lagi selepas ini.

    Untuk pengetahuan anda, setiap artikel yang tersiar ada faedah dan sebab mengapa ianya disiarkan. Samada anda tahu mengapa ianya disiarkan atau tidak itu terpulang kepada anda untuk menilaikannya. Setiap soalan yang ditanya pasti akan dijawab oleh pihak kami sebaiknya namun jika tidak berjawab atau disiarkan itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan soalan yang ditanya. Oleh itu jangan ulangi soalan/posting yang sama berulang-ulang kali di pelbagai artikel lain.

    Walaupun baru berdaftar anda telah melakukan banyak kesalahan yang terdapat di dalam ruangan FAQ. Mengulangi kesalahan yang serupa selepas ini akan mengakibatkan seluruh posting termasuk username anda dipadamkan.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.