Liga Bolasepak Malaysia | Gred D?

Salam sejahtera semua,

Berita dalam laman web rasmi Asian Football Confideration bertarikh 20 Mei 2008 benar-benar mengecewakan penulis. Malaysia mendapat penarafan gred D dalam evaluasi liga bolasepak tempatan oleh AFC.

Evaluasi ini adalah bertujuan untuk menilai semula syarat kemasukan pasukan dari liga tempatan ke AFC Champions League yang akan membuat pembaharuan pada musim depan. Apa yang lebih mengecewakan apabila Vietnam dan Singapura diberi gred C dimana beberapa aspek teknikal mampu dibaikpulih untuk ditingkatkan ke gred B.

Manakala Indonesia diberi gred B setanding dengan liga bolasepak Australia. Nampak kita semakin jauh ke belakang dan FAM serta Persatuan Bolasepak Negeri harus bekerjasama dalam mengembalikan maruah Malaysia di pentas dunia.

Mungkin berita dalam laman rasmi AFC ini tidak dihebahkan demi menutup aib yang sudah perit bagi peminat tempatan membacanya. Apa sudah jadi dengan FAM? Malahan kriteria yang di evaluasi rata-rata apa yang di ketengahkan oleh pembaca dalam seladang.net dan beberapa laman web yang berkaitan.

Apa butakah mereka yang berada di FAM dan di Persatuan Bolasepak Negeri? Atau kita harus menunggu isu tuding-menuding di antara badan induk bolasepak negara dan negeri selesai baru memikirkan bolasepak negara?

Adakah bolasepak negara menjadi mangsa akibat dipolitikkan? Sampai bila alasan demi alasan akan diberikan? Mengapa hanya pendekatan jangka masa pendek yang sering diguna pakai? Apakah mereka mendapat gaji buta?

Situasi ini bagi penulis diibaratkan sebagai guru yang memberikan Gred D dalam keputusan peperiksaan. AFC ibarat pihak sekolah, FAM ibarat bapa dan Persatuan Bolasepak Negeri ibarat anak.

Kalau FAM tidak berbuat apa-apa, jelas bagai bapa yang tak bertanggungjawab. Kalau FAM berbuat sesuatu dan Persatuan Bolasepak Negeri tiada tindakan jelas ibarat anak yang degil. Adakah kami sebagai peminat menjadi ‘ibu’ yang mendiamkan sahaja atau ‘isteri’ yang takut menderhaka pada ‘suami’ ??!!

Tepuk dada tanya selera..

Artikel ini telah dihantar oleh pengguna yang bernama sylvershop, beberapa perubahan telah dilakukan pada struktur ayat dan ejaan tanpa menjejaskan tujuan asal artikel ini dihantar.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Liga Bolasepak Malaysia | Gred D?

  1. yong85

    mengucap panjang yong baca,awatnya jd lagu tu ye.mcm teruk bebenor dorg buat kita ye.tapi andai yong ditakdirkan kahwin dan punya anak & anak dpt gred mcm tu,nak marah pun tak guna baik yong didik balik anak yong,begitula juga dgn pihak FAM.kita sbg peminat,penyokong & pemerhati tak boleh la nak trus buat kesimpulan sendiri sebab FAM masih wujud.so mereka sepatutnya merubah segalanya utk menjadikan artikel kat atas ni sbg iktibar.bg yong kalo la pihak atas tu boleh buat sesuatu lakukanlah sbb takut makin terlajak.ingatlah malaysia adalah sebuah negara yg cukup maju,semua kemudahan ada sepatutnya begitu juga prestasi team negara.tak mcm sesetengah negara,dorang sibuk perang tp team bola dia cukup bagus bila perform.bukan kita tak de player local yg bagus cuma .......dah malas nak ckp isu ni.jd fikir & lakukan perubahan agar jd lebih baik.tq

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. meor19

    Dari dulu saya sudah menyalahkan FAM... badan induk itu ternyata telah gagal dan semakin gagal...

    Sejak isu rasuah (1994) dan pembersihan pemain secara total ketika itu sehingga menyebabkan pemain-pemain pelapis ketika itu tidak dapat mewarisi kemahiran daripada pemain-pemain senior... sebagai contoh batch Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, R. Arumugam mewarisi kemahiran daripada batch Datuk Ghani Minhat... batch Lim Teong Kim, Radhi Mat Din, Azizol mewarisi kemahiran daripada batch Alllahyarham Mokhtar dan rakan-rakan... Tetapi sejak peristiwa itu, pemain pelapis terkapai-kapai mencari rentak sehinggalah generasi sekarang yang semakin merudum ini terbentuk...

    Isu liga tempatan yang dibuka kepada kelab-kelab tempatan sehingga kelab-kelab seperti MK Land, Public Bank Selangor, MPPJ, Telekom Melaka tidak lagi menyertai liga Malaysia.... Apa yang keuntungan dan pulangan kepada syarikat seperti MK Land, Public Bank, Telekom untuk meletakkan pasukan mereka dalam liga tempatan… berapa ramai penonton yang membanjiri stadium ketika pasukan-pasukan tersebut bertanding? Adakah lebih molek kalau syarikat-syarikat ini yang menaja pasukan-pasukan negeri dan para bos mereka diberi jawatan tertinggi dan diberi kuasa untuk merubah jalan pengurusan pasukan mereka… Umum sudah tahu semangat kenegerian orang Malaysia yang hanya akan menyokong pasukan negeri sahaja… Kalau tidak mengapa wujudnya laman Seladang.net ini?

    Penyediaan skuad U19 negara yang berbeza dengan negara lain iaitu terlalu lama sebelum tarikh pertandingan... apakah penyediaan yang lama ini membuatkan para pemain U19 akan semakin mantap??? bagaimana peluang pemain-pemain yang tidak dipilih pada awalnya tetapi menunjukkan prestasi cemerlang dalam liga tempatan untuk diserapkan ke dalam skuad itu??? Sedangkan skuad telah dibentuk dan dibenarkan bertanding sebagai 1 pasukan dalam liga Malaysia... adilkah bagi pemain-pemain yang tidak dipilih pada awalnya itu? sepatutnya para pemain yang akan mewakili negara dilihat berdasarkan point yang dikumpul berdasarkan prestasi para pemain dan pasukan yang diwakili ketika itu....

    Dan yang terkini tentang status kejohanan CYC yang menjadi tanda tanya… Adakah satu sikap professional bagi FAM yang hanya mendiamkan diri sahaja? Dan adakah dikira professional bagi sesuatu badan itu sehingga tidak boleh menerima sebarang kritikan?

    Bagi saya sebelum persatuan-persatuan bolasepak negeri membuat reformasi sepatutnya FAM sendiri memulakannya dulu… walau apapun bersyukur terhadap penarafan gred yang dibuat oleh pihak AFC kerana ia dapat memberi kesedaran bagi semua pihak… dan terpulanglah kepada pihak yang bertanggungjawab itu untuk mengambil langkah-langkah drastik ataupun hanya mendiamkan diri sahaja… Ini hanya pandangan cetek saya sahaja… Alhamdulillah “ pagi yang gelap kini sudah terang “…

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    mana tidaknya liga kita udah jadi gred d, kalo stakat padang mcm sawah padi, pemain bermain macam budak kecik, pentadbiran fam mahupun persatuan negeri ditadbir oleh orang orang yang tidak tahu mengenai bola sepak, yang hanya mengetahui wang sahaja, ditadbir oleh dato dato ditadbir oleh orang yang hanya tahu membantu sanak saudara sendiri. memilih jurulatih yang tidak mempunyai gred a. mencari pembantu jurulatih gred e. memilih pemain hanya kerana kenalan bukan dari segi bakat. cuba kita lihat di korea, pemain mereka didik menggunakan rotan sekiranya pemain berlatih dalam keadaan sambil lewa. apabila jurulatih memainkan peranan sebegitu maka pemain secara automatik akan menjadi lebih berdisiplin ketika perlawan dalam masa yang sama permainan akan menjadi lebih menarik dan berkualaiti. bukan itu sahaja malah mereka diajar skill yang baru, mereka juga menjalani latihan yang cukup sempurna, bukan menggunakan teknologi tetapi menggunakan kederat dan akal fikiran. cuba kita lihat pemain remaja korea pasukan mereka mempunyai lebih dari 7 orang jurulatih untuk satu pasukan. mereka disatukan sejak tahun 2002 sehingga sekarang tidak pernah dipisahkan maka pasukan yang mereka bina semangkin mantap. disini kita dapat lihat bagaimana pengurusan yang mereka lakukan, jauh berbeza dengan pengurusan dinegara kita. dalam masa yang sama juga faktor padang memainkan tunjang utama bagi sesebuah pasukan untuk beraksi dengan penuh keyakinan.......
    fikir-fikirkanlah

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anakperak86

    aduhhh terkejut giler teman bc. mmg memalukan sungguh. teman x tau ler nk ckp ghoper mana lg. tp yg mmg konpem teman ttp salahkan FAM sbb benda ni. udoh ler pengurusan liga lemah. tp yg plng mengecewakan promosi utk liga sendiri mmg hancus. yg lbh utamakan liga omputih.teman x kata kita x ptt tgk liga deme, tp yg sbtlnyer FAM kena la seimbangkan. aduhh nk komen pnjng pon x guna. tp jgn dh sampai liga kita kena stop sbb xder saper nk tgk udohh lerr.arghhhhhhh

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ghostwriter

    Assalamualaikum.

    Kemerosotan sukan bolasepak kita memang semakin ketara. Baru-baru ini seperti yang dilaporkan AFC menilai mutu sukan bolasepak kita pada gred 'D' adalah sesuatu yang amat memalukan. Isu kemerosotan bolasepak Malaysia bukan perkara baru dan umumnya telah 'lali' malah ada yang bosan mengenai perkara ini. Persoalannya ialah sampai bila bolasepak kita dibiarkan 'sakit'? Atau hendak dibiarkan sakit terus melarat hingga mati tanpa merawatnya hingga sembuh?

    Di sini, saya mengumpul beberapa isi cadangan termasuk beberapa cadangan dikemukakan oleh pihak admin dan rakan2 komentar di atas.

    1) Pengurusan FAM dan Negeri perlu dikajisemula dengan teliti dari akar umbi hingga ke pihak atasan.
    2) Politik dan Bolasepak TIDAK DICAMPUR ADUKKAN.
    3) Tubuhkan satu badan berkecuali yg bertanggungjawab sepenuhnya dalam penyelidikan bolasepak Malaysia ( penyelidikan pengurusan, perlawanan, pemilihan pemain, promosi dll).
    4) Pasukan-pasukan Negara & negeri perlu adakan lebih banyak perlawanan persahabatan tempatan dan antarabangsa ( khususnya bahagian Asia Tenggara terlebih dulu seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura). Jika antarabangsa tumpukan pada negara Timur Tengah seperti Iraq dan Saudi.
    5) Terapkan disiplin yang tinggi pada setiap pemain, jurulatih dan pengurus pasukan. Jika perlu, pasukan Negara
    atau negeri diterapkan dengan disiplin ketenteraan.
    6) Adakan ruangan khusus seperti blog khas untuk para pemain, jurulatih dan pengurus pasukan meluahkan rasa hati, berkongsi pendapat bersama penyokong dan lain2.
    7) Hangatkan liga Malaysia dengan promosi-promosi yang lebih menyeluruh dan efisen. Jika perlu, adakan saluran TV khas ( Malaysia Football Channel) untuk bolasepak Malaysia samada secara berbayar atau percuma.
    8) Lahirkan pemain-pemain muda yang berbakat (bukan hanya memilih daripada pasukan negeri).
    9) Lahirkan lebih banyak jurulatih-jurulatih tempatan serta pertengahkan jurulatih tempatan yang berjaya seperti jurulatih pasukan Kedah sebagai jurulatih pasukan Negara.
    10) Pasukan-pasukan Negara, negeri dan kelab harus memastikan kebajikan pemain di samping kepakaran skil dan kecergasan mereka serta memastikan mentaliti dan kebijaksanaan 'bermain bola' pada tahap tertinggi.

    Ini hanyalah sebahagian cadangan. Dalam merawat sakit bolasepak Malaysia, memerlukan banyak pengorbanan, kebijaksanaan dan kesabaran. Masa, tenaga dan material sudah pasti diperlukan. Saya yakin, ada banyak lagi cadangan-cadangan yang lebih baik dan sesuai dari disebut yang di atas demi meningkatkan sukan bolasepak kita. Saya berharap, 10 cadangan di atas dapat difikirkan bersama dan apabila dirasakan perlu dilaksanakan, laksanakanlah. Saya, rakan2 di blog ini dan seluruh rakyat Malaysia inginkan kemajuan dan kejayaan bolasepak Malaysia. Semoga satu hari nanti, kita lihat Malaysia kembali menjadi 'Gergasi Asia' dan digeruni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    teman cadangkan untuk menaik taraf semula liga bola sepak malaysia mestilah menukar semula struktur jadual perlawanan liga. mestilah mendapatkan jurulatih, penolong jurulatih dan jurulatih keeper yang bertaraf antarabangsa. memilih pemain yang benar benar berkualiti bukan main redah ajer. keadaan padang di semua stadium mestilah diselenggara dan dapat iktiraf oleh afc dan fifa. harga tiket harus diturunkan supaya penyokong setia bola sepak negeri atau kelab yang mempunyai pendapatan rendah mampu hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan seperti di liga eropah. mestilah membuat satu tarikan promosi untuk peminat peminat bola sepak. apabila stadium sentiasa penuh, permainan akan menjadi meriah. apabila keadaan padang dan stadium sempurna maka corak permainan akan menjadi hangat, apabila dipilih jurulatih dan pemain berkualiti maka secara automatik liga tempatan mendapat perhatian di seluruh negara. oleh itu tanggungjawap sebegini harus dipikul oleh persatuan negeri dan fam. apabila ada pihak yang tampil kehadapan untuk menaja pasukan yang ingin mereka taja tak kiralah lebih banyak dari apa yang fam miliki, jangan lah dihalang. diharapkan pihak yang mampu untuk menaja pasukan dalam liga tempatan tampillah, kesian kami peminat bola sepak liga malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yeop_tempoyak

    prestasi team malaysia sebenornye adlh antara satu sebab liga domestik kite gred D...slain tu,mungkin x hebat nye wakil2 msia di pringkat antrabngsa...tapi,perak akan menaikkan smule gred liga msia dlm afc cup...KEJOR YOB KEJOR...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Salam semua...entah le...bila teman baca komen2 mike semua rasanya ada yg betul jugak psl team M'sia ni....cumanya nak kata 100% pasukan dlm liga domestik M'sia ni dibwh gred yg terbawah susah jugak...mana taknya ada juga perkhabaran dari sumber yg menyatakan Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord (dr statitik IFFHS)...betui ke??Semua ni tak dpt le dipastikan kesahihannya jika berita dari AFC sendiri yg menunjukkan M'sia dlm gred D...nak kata pasukan kelab atau negeri dr M'sia tak hebat payah juga...kalau dah sampai team2 dr M'sia ni boleh masuk dlm kejohanan bertaraf dunia seperti AFC Cup tu kira bukan la teruk sgt ditambah pulak baru2 ni Perak & Kedah boleh sampai ke peringkat suku akhir piala tersebut...
    Hakikatnya kesimpulan teman pasukan atau team2 dari M'sia bukan le penyebab gred M'sia jatuh cumanya FAM itu sendiri yg banyak sgt politiking di dlmnya...zaman arwah Mokhtar Dahari dulu "org2 ni" tak terfikir lagi psl nak kejar glamour & perjawatan....dulu semuanya ke arah satu objektif utk menempatkan M'sia dlm salah satu peta bolasepak dunia..maklum le negara pun baru beberapa tahun merdeka ketika itu...bila dah wujudnya liga M'sia & mcm2 sponsor masuk mula le ada yg lupa diri & objektif sebenar...inilah yg berlaku...
    Pada teman segala masalah takkan selesai selagi wujudnya perkara2 seperti yg teman & sahabat2 nyatakan di atas...
    Pada org2 FAM..tahniah!Anda semua telah berjaya dlm agenda masing2 dgn mengorbankan nilai2 & mutu bolasepak M'sia...tahniah juga kerana menjahanamkannya....biar la nanti nama2 anda terpahat dlm ingatan generasi akan datang bahawa anda lah puncanya!!
    Adios Amigos...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.