International Friendly Match | 7 Jun 2008

Pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia pada 7 Jun 2008 ini. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk memperbaiki ranking Malaysia yang kini semakin nazak di tangga ke 169.

Perlawanan yang akan diadakan di Jakarta ini, turut memperlihatkan seramai 26 pelatih skuad senior dipanggil menjalani latihan pusat termasuk 7 pelatih skuad bawah 23 tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat ialah 33 orang.

Mampukah pasukan Malaysia menewaskan pasukan Indonesia yang menduduki tangga ke 131 dunia sewaktu artikel ini ditulis?. Sama-samalah kita nantikan kemampuan sebenar skuad kendalian B. Sathianathan nanti.

Senarai pelatih skuad senior:

Penjaga gol:

Helmi Eliza Elias (Kedah)
Badrul Zaman Abdul Halim (PKNS)
Farizal Marlias (Shahzan Muda)

Pertahanan:

Norhafiz Zamani Misbah (Pahang)
Rosdi Talib (Pahang)
Chun Keng Hong (Pulau Pinang)
Fauzi Nan (Perlis)
Chan Wing Hong (Perak)
S Subramaniam (Perak)
Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)
V Thirumurugan (Kedah)
Shafizan Hashim (Kedah)
Irwan Fadzli Idrus (My Team FC)
P Gunalan (Selangor)

Tengah:

K Nanthakumar (Perak)
Hardi Jaafar (Perak)
Ahmad Fauzi Shaari (Kedah)
Kyril Muhymeen Zambri (Kedah)
Shukor Adan (Selangor)
Indra Putra Mahayuddin (Selangor)
Amirulhadi Zainal (Selangor)
Idris Karim (Negeri Sembilan)
Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan)
Eddy Helmi Abdul Manan (Johor FC)
Juzaili Samion (My Team FC)
K Soley (Perlis)

Serangan:

Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Selangor)
Zaquan Adha Abdul Razak (Negeri Sembilan)
Safee Sali (Selangor)
Liew Kit Kong (Kuala Muda)
Samransak Kram (Kedah)
Hasmawi Hassan (Kedah)
Nizaruddin Yusof (PDRM)

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “International Friendly Match | 7 Jun 2008

  1. meor19

    Para pemain yang saya senaraikan di bawah adalah pemain-pemain yang saya tidak tahu apa kriteria dan kharisma mahupun sumbangan yang menyebabkan pengendali pasukan kebangsaan, B. Sathianathan memilih mereka untuk menyertai skuad kebangsaan... secara peribadi di bawah adalah senarai pemain yang tidak akan saya pilih... saya harapkan lebih ramai pemain muda yang lebih berbakat yang ditampil... mungkin B. Sathianathan ada jawapannya... apa-apaan tunggu aja lanjutan dari friendly match itu nanti... mungkin itu jawapannya... apa yang saya harapkan tiada putus asa untuk berlawan...

    Badrul Zaman Abdul Halim (PKNS)
    Farizal Marlias (Shahzan Muda)
    Rosdi Talib (Pahang)
    Chun Keng Hong (Pulau Pinang)
    Fauzi Nan (Perlis)
    Chan Wing Hong (Perak)
    Irwan Fadzli Idrus (My Team FC)
    P Gunalan (Selangor)
    Amirulhadi Zainal (Selangor)
    Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan)
    Eddy Helmi Abdul Manan (Johor FC)
    Juzaili Samion (My Team FC)
    Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Selangor)
    Hasmawi Hassan (Kedah)
    Nizaruddin Yusof (PDRM)

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    adunan dr pemilihan bahan yg baik & seimbang.yong harap adunan tu diletakkan dlm acuan yg betul supaya hasilnya baik.inilah kali pertama yong tengok pemilihan pemain yg betul-betul seimbang & adil bg yong selama skuad negara dibwh kendalian b.sathia.cuma sedikit kurang masin bila penyerang & penjaring terbanyak negara dikecualikan.w/ever pun good luck hrp dpt perbaiki ranking kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    teman harap malaysia akan menang demi maruah negara. x kisahlah menang tipis ker yng penting 3 mata harus dikecapi
    pendapat teman pemain kesebelasan utama ketika menentang indonesia nanti ialah

    Helmi Eliza Elias

    Fauzi Nan Norhafiz Zamani Misbah s.subramaniam

    k.nanthakumar

    Amirulhadi Zainal Shukor Adan Kyril Muhymeen Zambri

    Hardi Jaafar

    Zaquan Adha Abdul Razak Safee Sali

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    diharap kita bagi peluang pada pemain baru yg masuk. Maybe kita tak nampak sumbangan mereka sebab kita hanya melihat Perak, maybe ada beberapa nama lagi yg wajar disenaraikan, dan maybe jugak Coach kita nak buat percaturan baru.

    Apepun, kita bagi peluang buat muka baru. Masih kita ingat sentuhan coach kita time Pestabola & Piala Antara Benua..ada sikit peningkatan. Harap bole pergi jauh lagi heheh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amirfsl

    agak2nye kalau kj tak injured sudah pasti beliau telah dipanggil utk menyertai kem skuad kebangsaan..namun rate2 pemain yg dipanggil adelah pemain yg sudah biase menyarung jersi skuad kebangsaan walau pun ade gak beberape 'kejutan' dlm pemilihan pemain,,ape2 pun buat yg terbaik kepade semue pemain khususnye pemain2 dari pasukan perak dan pulang dari jakarta nt dgn nota yg gembire..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ripo

    selagi perangai fam tak berubah hentikan la...teman tekejut apabila membaca surat kabar arini kbs munking kna byar 56juta??wajarkah??..bknkah drpd sejumlah wang tesebut boleh digunakan utk pembangunan bolasepak negeri2...mengapa tidak dikaji dlu ape permasalahannye..betindak melulu..tidak matangkah mereka??adakah kerana sikap ego fam..?sdey btol teman..mcmne bolasepak negara nak maju jikalau beginilah keadaannye..teman ade dgr2 jugak skuad under 19 akan dibw ke vietnam utk pelawanan friendly..jadik mereka2 tidak akan dilepaskan..taktaw la samada btol ke idak..minta maaf jikalau tesilap..minta maaf jikalau lari tajuk drpd article ini..teman cume 'tekejut'

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. ghostwriter

    Assalamualaikum.

    Perlawanan persahabatan di antara negara serantau memang dialu-alukan supaya dapat meningkatkan mutu pasukan Malaysia. Soalnya mengapa keseimbangan pemilihan pemain tidak seimbang di antara pemain senior dan junior (muda)? Adakah Malaysia kepupusan pemain-pemain muda yang berbakat tinggi? Jika jawapannya tidak pupus, mengapa tidak berikan peluang kepada pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka kali ini?

    Bagi pendapat saya secara peribadi, perlu adanya keseimbangan dalam pemilihan pemain senior dan junior. Pemilihan pemain seharusnya lebih menumpukan kepada pemain junior (muda) agar mereka mendapat pengalaman luas dan meningkatkan gaya permainan. Mereka iaitu pemain muda adalah pelapis dan menjadi harapan baru untuk meningkatkan mutu bolasepak Malaysia.

    Untuk jurulatih B.Sathianathan, mengapa anda masih menjadi jurulatih pasukan Malaysia? Adakah Malaysia kekurangan jurulatih tempatan yang lebih berkualiti? Kita telah lihat kemampuan B.Sathianathan sebelum ini, adakah mutu pasukan Malaysia semakin meningkat?

    Kita semua sedia maklum, ada banyak faktor yang membawa kemerosotan bolasepak Malaysia, tetapi di sini, saya ingin tekankan persoalan yang disebut di atas.

    Saya berharap, pasukan Malaysia tidak kecundang dalam perlawanan persahabatan itu nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. matahari_terbit

    untuk pengetauan meor19. Farizal Marlias (Shahzan Muda), seorang pemain yang berkualiti. cuma masalah nya sekarang beliau berada di pasukan yang tidak mempunyai potensi untuk berjaya. saya sendiri lihat dia mempunyai satu pemikiran yang bagus dan mempunyai ketangkasan yang setaraf dengan helmi elisa.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.