Intercontinental Cup 2008 | Malaysia Vs Nigeria

Intercontinental Cup 2008 | Malaysia

Isnin 19 Mei 2008
Malaysia Vs Nigeria

Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM

Perlawanan terakhir skuad Malaysia untuk kejohanan Piala Antara Benua kumpulan A ialah menentang pasukan Nigeria pada pukul 8:45 malam ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Malaysia yang meraih kemenangan sulung bertemu dengan skuad bawah 19 Iraq tempohari pasti akan berdepan tugas perit untuk menewaskan Nigeria.

Nigeria pada perlawanan pertama mereka telah membaham pasukan Ireland dengan keputusan 3 gol berbalas 1. Manakala pasukan Ireland pula pada perlawanan pertama dahulu telah menewaskan Malaysia dengan keputusan yang sama juga.

Secara logiknya peluang pasukan Malaysia untuk menang menentang pasukan Nigeria memang sukar namun tiada yang mustahil dalam sukan bolasepak. Jika pemain berjuang bersungguh-sungguh pasti kita mampu untuk mencatatkan satu keputusan di luar dugaan.

Terdahulu pasukan Ireland dan pasukan Iraq akan bertemu pada pukul 8:45 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Tiket berharga RM 10 untuk tempat duduk biasa dan RM 15 untuk grandstand boleh dibeli untuk menonton perlawanan ini secara langsung.

Kepada penyokong Malaysia, marilah bersama-sama kita memberikan sokongan padu kepada pasukan negara pada perlawanan ini. Dengan sokongan padu anda semua mungkin pasukan negara akan mencipta satu lagi kejutan pada perlawanan itu.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Intercontinental Cup 2008 | Malaysia Vs Nigeria

  1. miez3

    Tahniah..walaupun gagal ke peringkat seterusnya tapi jika beginilah keadaannya..insyaALLAH jika digilap lg mungkin kita boleh pergi jauh..terus gandakan usaha anda

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    bagi teman. wlpun pasukan negara bawah 23 belum cukup mantap walaupun deme seri dengan nigeria. satu persembahan yang cukup membosankan. kerana perlawanan seperti yang dipamerkan mampu membuat ranking negara merudum lebih jauh kebawah. teman tetap x puaih hati dengan gol keeper, nasril nordin dia sepatut nya dapat tangkap bola tue. kalau skuad negara kita x ubah sikap maka pasukan negara akan terus dipandang rendah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yeop_tempoyak

    cantik giler gol msia...dadaan drp shahrul idlan pastu kuisan safee sali...hai bile le safee ni nak masok perak...TAHNIAH MALAYSIA...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.