Intercontinental Cup 2008 | Malaysia Vs Ireland

Intercontinental Cup 2008 | Malaysia

Khamis 15 Mei 2008
Malaysia Vs Ireland
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
9:00PM

Perlawanan pertama skuad Malaysia bawah 23 tahun untuk kejohanan Piala Antara Benua ialah menentang pasukan Ireland pada pukul 9 malam ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama dengan Ireland, Nigeria dan Iraq sememangnya tidak diletakkan harapan untuk menjuarai kejohanan ini.

Menurut jurulatih kebangsaan B. Sathianathan, kejohanan ini adalah untuk menguji sejauh mana tahap kemampuan pemain-pemain kebangsaan sebelum menyertai kejohanan Piala Asean dan Pestabola Merdeka penghujung tahun ini.

Seperkara yang melegakan B. Sathianathan ialah kembalinya kelibat Safee Sali dalam skuad Malaysia malam ini setelah tidak diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Maldives tempohari kerana masalah kecederaan.

Sementara itu perlawanan pertama Piala Antara Benua antara pasukan Nigeria menentang Iraq yang dijadualkan pada hari ini pada pukul 6:30 petang terpaksa di tunda pada 21 Mei ini kerana masalah ketibaan lewat pasukan Nigeria.

Harga tiket bagi menyaksikan perlawanan ini berharga RM 10 untuk semua tempat duduk. Di jemput semua peminat bolasepak Malaysia dapat memberikan sokongan kepada pasukan negara malam ini.

Senarai barisan Malaysia

25 | Azi Shahril Azmi
26 | Baddrol Baktiar
14 | Mohd Khyril Muhymeen
19 | Ahmad Azlan Zainal
02 | S. Subramaniam
22 | Mohd Nasril Nourdin
04 | Mohd Nasriq Baharom
12 | Muhammad Shukor Adan
10 | Mohd Safee Mohd Sali
13 | Safiq Rahim
21 | Mohd Amirulhadi Zainal
11 | Mohd Asraruddin Putra Omar
08 | Mohd Zaquan Adha Abd Razak
05 | Norhafiz Zamani Misbah
01 | Syed Adney Syed Hussein
20 | Norsharul Idlan
17 | Mohd Bunyamin Umar
07 | Mohd Ashari Samsuddin
15 | Mohd Daudso Jamaluddin
18 | Farderin Kadir

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Intercontinental Cup 2008 | Malaysia Vs Ireland

  1. pie

    Harap2 dapat membuat kejutan juga lepas ni at least boleh beat team2 heavy, bolehlah memperbaiki kedudukan dalam dunia. All the best Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    walaupun di atas kertas malaysia adalah pasukan yg paling kerdil,,tapi harapnye dapat gak memberi saingan dan memeperagekan aksi yg menarik dalam perlawanan ni,,teman gak tak mengharapkan ape2 kejutan memandangkn mutu pasukan ireland amat jauh lebih bgus dari malaysia,tp all the best..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. meor19

    tidak kira sesiapa pun yang akan diturunkan mlm ini, muga2 roh melawan itu tidak pernah lenyap...

    last but not least... just play as if you have nothing to loose... forget the money... forget the press... forget the cameras... forget everything... ENJOY!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. webmaster Post author

    Keputusan penuh Malaysia tewas dengan jaringan 3 gol berbalas 1. Gol tunggal pasukan Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali melalui satu tandukan terbang yang cantik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. dato

    Assalamualaikum admin dan teman-teman dalam Seladang.net..Maaf kiranya lama saya tidak memberi komen kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan..Pendapat saya perlawanan malam tadi diantara pasukan Malaysia dengan pasukan Ireland ternyata terlalu teruk..Saya memberi pandangan peribadi ini bukan menghina pasukan Malaysia tetapi untuk peminat setia memikirkan sendiri apa maksud disebalik pandangan saya..Mutu permainan lemah sehingga pemain Ireland menjaringkan gol dengan mudah..Ternyata rata-rata pemain Malaysia pentingkan diri sendiri..Tidak ada rasa malu jika maruah tergadai..Bergurulah walau dimana sekalipun..Jika menteliti pemain tidak berubah pasukan Malaysia takkan kemana..Jurulatih pula sepatutnya memikirkan tektikal bagaimana yang harus digunakan jika pemain lawan mempunyai kelebihan dari segi tubuh badan serta kemahiran..Sebagai contoh tektikal yang berkesan adalah hantaran 1-2..Baru-baru ini saya menonton di astro channel Eurosport satu perlawanan diantara pasukan Turki menentang Perancis dalam kejohanan piala eropah bawah 17 tahun..Jika dilihat pemain-pemain kedua-dua pasukan cukup hebat dari segi kemahiran, hantaran, Kawalan serta mentaliti..Sekiranya pasukan B23 Malaysia bertemu salah satu pasukan B17 saya menjangkakan keputusan yang mungkin tidak boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat malaysia..Saya bukanlah hendak mengatakan orang asing lebih kuat atau orang asing lebih hebat..Tetapi kita perlu mempunyai pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta semangat ingin berjaya bukan sekadar melepas batuk ditangga..Jika kita ingin menghampiri atau mengejar pasukan-pasukan hebat kita perlu berubah..Berubah dari semua sudut..Fikir-fikirkanlah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. pie

    Oklah tu atleast ada juga jaringan yang dapat dilakukan. Lagipun kita sekarang dalam proses menaikkan nama Malaysia. Cuba lagi dimasa hadapan. harap2 masih ada sinar harapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yong85

    akhirnya..."inilah skuad kebanggaan b.sathia cukup cemerlang di pentas antarabangsa.dgn kepantasan penyerang spt yg diperkatakan.soalan yong mana gol kemenangan yg kita harapkan?"bukan ke ni skuad terbaik yg dia pernah ada itu katanya....gawang terbuka luas tp penyudah tiada.main tmpt sendiri,,,jgn salahkan saiz badan @ kurang sefahaman tapi selidik cara & corak yg perlu diterapkan.tak perlu bermain cantik dgn penuh skill tapi yg paling pntg
    menggunakan setiap peluang yg terhidang sebab peluang tu tak selalu dpt.buat semua pemain negara buktikan sesuatu sebab byk lg team yg akan kita jumpa terutama iraq.kuarkan le semangat harimau malaya tu.yong tetap doakan yg terbaik buat pasukan negara.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Salam...teman rasa ada dua faktor penyebab player2 kita ni jadi ghope itu...taktikal tak jadi masalah rasanya..mungkin boleh digilap atau dipertajamkan...pertama,diri player2 kita sendiri yg terlalu menghormati pihak lawan khasnya pasukan2 dari Eropah ataupun yg berfizikal besar mcm Eurasian/Omputih...deme rasa org2 mcm ni hebat & merasa rendah diri yg teramat sgt..itu yg teman heran tu..mana dia semangat M'sia boleh tu...sepatutnya deme juga berasa hebat kerana terdiri drpd professional player di MSL!Bukannya di select dari liga kampung...
    Kedua,masing2 teman tgk deme ni sayangkan kaki deme...takut injured...jadi main pun sambil lewa..nak salahkan deme ni 100% pun payah jugak...takat player2 negara yg dulu pernah wakil negara & menderita akibat injury ni pun belum dpt pembelaan sewajarnya dr FAM membuatkan deme ni rasa tertekan & agak risau...yg ni FAM kena buat sesuatu...player2 pulak kalau dah terpilih tu walaupun sayangkan kaki anda tetapi bermain dgn lebih bersungguh2..bukan nak suruh tahan kaki atau mencari nahas/bala tapi maksud yg lain mainlah dgn bijak..."play hard-work smart"..itu je konsepnya...kalau ini dilakukan hebat mana team tu pun silap2 payah jgk utk deme mengalahkan kita..teman setuju benor mcm Dato' ckp...B17 silap2 boleh hentam B23 sesuatu pasukan..ntah le...teman dah pikior mcm2 psl deme ni...bior le deme pulak pikior!
    Apapun tahniah le jgk sebab ada semangat melawan semlm..dapat le satu gol..
    Buat Razlan..terima kasih dpt berkongsi gambor...
    Adios Amigos...teman nak Ipoh mlm ni...nak pakai jersi baru (AFC)...hehehehe..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.