Intercontinental Cup 2008 | Malaysia Vs Iraq

Intercontinental Cup 2008 | Malaysia

Sabtu 17 Mei 2008
Malaysia Vs Iraq

Stadium MBPJ, Kelana Jaya
9:00PM

Perlawanan kedua skuad Malaysia untuk kejohanan Piala Antara Benua ialah menentang pasukan Iraq pada pukul 9 malam ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Malaysia yang tumpas 3 gol berbalas 1 dengan Ireland tempohari mungkin mampu membuat kejutan kerana bakal berhadapan dengan barisan muda Iraq yang dipersiapkan untuk menghadapai kejohanan Asian Youth Championship tidak lama lagi.

Terdahulu perlawanan antara pasukan Nigeria menentang pasukan Ireland akan dilangsungkan pada pukul 6:30 petang di stadium yang sama. Tiket berharga RM 10 untuk tempat duduk biasa dan RM 15 untuk grandstand boleh dibeli untuk menonton kedua-dua perlawanan ini secara terus menerus.

Dalam pada itu semalam telah berlangsung 2 perlawanan untuk kumpulan B yang dilangsungkan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Pertemuan pertama pada pukul 6:30 petang menyaksikan skuad Chile berpesta gol menewaskan skuad Togo dengan jaringan 5 gol berbalas 1.

Pada perlawanan kedua yang dilangsungkan pada pukul 9 malam, skuad Olimpik Australia membenam cabaran pasukan Croatia dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Khabarnya pasukan Croatia hanya mempunyai 13 orang pemain sewaktu menentang skuad Australia kerana kelewatan beberapa pemainnya untuk tiba rentetan dari perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Dinamo Zagreb dan Hajduk Split.

Pihak kami berharap semoga penyokong pasukan Malaysia hadir untuk menyaksikan perlawanan ini beramai-ramai sambil memberikan sokongan padu kepada pasukan negara. Andai kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan sendiri, siapa lagi yang kita harapkan?

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Intercontinental Cup 2008 | Malaysia Vs Iraq

  1. webmaster Post author

    Berita terkini yang kami terima pasukan Malaysia sedang mendahului pasukan Iraq dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Gol pasukan Malaysia telah dijaringkan oleh Safee Sali melalui satu sepakan gunting yang cantik pada minit ke 29. Permainan telah masuk minit ke 70 ketika ini.

    #Terkini: Perlawanan telah pun tamat dengan keputusan muktamad pasukan kebangsaan menewaskan Iraq dengan jaringan tunggal Safee Sali.

    Barisan Malaysia:

    22. Nasril Nourdin (GK)
    04. Mohd Nasriq Baharom
    05. Norhafiz Zamani Misbah
    15. Mohd Daudso
    11. Asraruddin Putra
    12. Shukor Adan (Kapten)
    14. Khyril Muhymeen
    21. Amirulhadi Zainal
    25. Azi Shahril
    08. Zaquan Adha
    10. Safee Sali

    Sementara itu pada perlawanan sebelah petang tadi pasukan Nigeria telah menumpaskan pasukan Ireland dengan keputusan 3 gol berbalas 1.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Pakcu

    Saya tertarik dengan kata2 admin..

    "... Andai kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan sendiri, siapa lagi yang kita harapkan?.."

    Oleh kerana saya sempat menghadirkan diri utk menonton perlawanan ini maka dapatlah saya memberi sedikit info atau komen.

    Perlawanan ini agak seimbang pada dimana ke-dua2 pasukan banyak serang menyerang. Referee kelihatanya tegas tapi agak "kedekut" utk menghulurkan kad. Nasib lebih memihak kepada Malaysia dengan jaringan tunggal Safree Sali yang kekal hingga tamat perlawanan. 'Nasib" yang saya maksudkan dimana ada beberapa percubaan bahaya oleh Iraq gagal menghasilkan gol sehingga ada suatu ketika penjaga gol Malaysia sudah tertewas.

    Penonton yang datang juga agak 'seimbang' dimana peyokong ke-dua2 pasukan hampir sama ramai (hanya memenuhi separuh ruang tempat duduk bertentangan dengan grandstand). Tahniah kepada penyokong2 Malaysia yang hadir yang terdiri dari berbagai bangsa.

    Yang menariknya saya lihat penyokong lawan terdiri dari semua golongan dari budak kecil sampai ke usia datuk2. Saya salut dengan semangat menyokong yang mereka tunjukkan. Dari jauh mereka datang dengan meninggalkan negara mereka yang masih tidak stabil.

    Terimakasih banyak kepada kumpulan gendang dari Selangor FC kerana dengan paluan2 gendang anda semua lah stadium sentiasa bergema disamping dapat melenyapkan sorakan penyokong lawan.

    .. yang menjadi tanda tanya.. kemana perginya penyokong Malaysia yang lain?? Mereka2 yang berada di Lembah Kelang sahaja 'kalau datang' masih boleh memenuhi Stadium MBPJ - pada pendapat saya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.