AFC Cup 2008 – Group E | Singapore Armed Forces FC Vs Perak (review)

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 14 Mei 2008
Stadium Jalan Besar
8:45PM

Perlawanan terakhir kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan Singapore Armed Forces FC di Stadium Jalan Besar, Singapura. Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 6000 orang penonton ini dilengkapi dengan rumput tiruan dan bukannya rumput biasa seperti kebanyakkan stadium lain.

Satu masalah utama yang dihadapi oleh pasukan yang bermain di padang rumput tiruan ini ialah pergerakan bola yang cukup laju dan pantas. Hanya pasukan yang mempunyai kecergasan yang tinggi sahaja mampu mengusai padang seumpama ini.

Rekod Perak sebelum ini ketika menentang pasukan Singapore Armed Forces FC ialah tewas di halaman sendiri dengan jaringan yang cukup memalukan iaitu 6 gol berbalas 1. Gol tunggal pasukan Perak ketika itu dijaringkan oleh Mario Berrios hasil sepakan penalti.

Secara logiknya jika berada di halaman sendiri pun mampu dibenam sebegitu rupa apatah lagi jika bertandang ke tempat lawan? Adakah pasukan SAFFC ini terlalu bagus atau taktikal Steve Darby yang tidak berkesan?

Perlawanan tempohari dapat memperlihatkan kelemahan utama pasukan Perak iaitu di barisan pertahanan yang kelam kabut serta tidak tersusun setiap kali diasak lawan. Amatlah menyedihkan untuk menerima kekalahan yang sebegini besar pada perlawanan bolasepak dan bukannya bola baling.

Perak perlu untuk mencatatkan setidak-tidaknya keputusan seri untuk mencerahkan peluang keperingkat seterusnya. Dengan 10 mata yang di pungut ketika ini, tidak memadai untuk pasukan Perak layak secara 3 pasukan terbaik naib johan kumpulan kerana ada beberapa lagi pasukan yang mampu memintas bilangan mata tersebut.

Namun jika tewas sekalipun peluang untuk layak itu masih ada dengan berharap pasukan lain seperti Al-Ansar (Lebanon), East Bengal (India) dan Al-Najma (Bahrain) mencatatkan keputusan seri atau tewas pada perlawanan mereka.

Terus-terang penulis katakan yang penulis sudah bosan untuk terus berharap dengan nasib serta tuah pasukan lain yang tewas untuk memberikan peluang kepada pasukan Perak melayakkan diri keperingkat seterusnya.

Diharap perlawanan di Singapura ini tidak dicemari dengan insiden menjual perlawanan oleh kaki-kaki bookie yang cukup terkenal di Singapura memandangkan terlalu banyak keputusan-keputusan pelik setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan di sana.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “AFC Cup 2008 – Group E | Singapore Armed Forces FC Vs Perak (review)

  1. yong85

    selamat pgi admin.
    pertama sekali yong nak ckp apepun keputusan dln game dgn s'pore ni yong terima seadanya....sebab yong pun tak leh nak komen bebanyak pasal ni.tapi sekurang-kurangnya mungkin team perak dpt beri tumpuan dengan secukupnya,yelah sebab dah beberapa hari dpt relaxkan diri lepas tamat liga.dgn rekod s'pore dlm gejala rasuah yong setuju kata penulis harap tak da bookie yg gatal2x.guna kan kesempatan jgn ulang sejarah kena masa kat ipoh.oh ye admin leh tak tlg senaraikan barisan yg akan bertemu dgn s'pore sebab yong cuma tau sorang je player yg injured teruk...kpd hamsani kalo main nanti jaga gol anda k....good luck & do the best & juga sume pemain.yong gak nak ucapkan selamat hari ibu kepada sume ibu & istimewa utk ibu yong...ibu adalah ratu di hati yong...

    komen admin: Pihak kami akan umumkan sebelum perlawanan berlangsung senarai pemain yang akan diturunkan nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Seperti kata penulis...teman pun tak mengharapkan apa2 daripada game ni...bagi teman game ni cuma pelengkap bg team Perak utk habiskan game dlm kumpulan AFC ni...dgn pengurusan yg sediada di bwh coach "tersohor" SD yg tau apa nak buat ke atas team ni semestinya beliau lebih arif tentang taktikal & perancangan yg perlu diaplikasikan ke atas team...menang satu bonus...kalah pun takpe cuma kalau boleh jgn le sampai memalukan mcm game terdahulu...dan kalau boleh juga diharap game ni dpt memberi pendedahan pd player2 muda kita itupun kalau coach sudi le benarkan deme ni main!
    Teruskan sisa perjuangan yg ada...Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. m_anip2

    yeahhh...stlh lama bercuti akhirnya dpt jgk tau tentang pasukan kesayangan ni...so dah last game dlm group ni...mcm kata admin atas tu mmg teman pun xharap apa2 cuma bermainlah dgn penuh maruah...maruah negeri perak tercinta dan maruah negara...lakukanlah yg terbaik...lyk ke pusingan seterusnya atau pun tidak cuma tunjukkanlah sesuatu yg anda semua para pemain berada di dlm pasukan apa nilainya...all the best...good luck yop!!!kejor yop kejor...:-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. satorare

    main elok2 yop...
    kalo nk kalah pn jgn truk sgt..
    xde sapa yg harap kome bleh menang...
    kalo kalah bior melawan..
    kalah bermaruah...
    bkn kalah truk cam aritu..
    kt tmpt sendiri plak 2...
    wat malu je kalah dpan penyokong sendiri..
    jgn duk harap tuah dr team lain la..
    kome usaha sendiri la...
    xpayah dengo la ck SD tu..
    wat jahanam kn team perak..
    guna la la 3-5-2 tu..
    formasi terhebat dlm sejarah perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. meor19

    Tak tahu lah... makin hari makin turun kualiti game Perak... Tak ada bezanya dengan team Malaysia... tak ada apa yang boleh dibangga... Ingatkan dari semi pro ke pro, kualiti akan naik tapi lain...

    Mungkin faktor sudah 'hidup' senang, tak perlu lagi nak bersusah payah... bayangkan lah dulu masa semi pro, player kena kerja jugak macam orang lain untuk hidup... bukan harap duit main bola aje... main bola pun bukannye beribu orang bayar... fasiliti sukan pun kurang... tapi kualiti player ok... skill tinggi...

    Tapi bile difikir-fikirkan balik, player2 kat eropah tu lagi berjuta gajinya setahun, boleh juga ya main cantik... gaya hidup diaorang lagi bebas dari player Malaysia... tapi kualiti atas padang diaorang jaga... Mana silapnya??

    Saya nak ambik satu contoh ya.. tapi di luar sukan ini (harap admin tak marah)... mengenai sorang karyawan seni ini... sekarang orang dah panggil sifu dah... ape yang sifu nya pun entah lah... dulu zaman dia ambik anugerah pakai seluar jeans, kasut foong keong, lagu2 karya dia cukup estetik... ada yang evergreen... tapi bila dia dah boleh dikatakan senang, dah masuk dunia glamour, karya nya macam hampeh... manusia bila dah ada experience sepatutnya dia mesti lebih tingkatkan kualiti... lebih selektif... ini idak... makin turun... nak kate dia ada usaha nak kembangkan bakat dia, cari pelapis untuk ganti tempat dia pun takde...

    Ape-apepun ini hanya pandangan... tak lebih dari kritikan... harap teman2 lain respon...

    Untuk game ini, saya dah BERHENTI BERHARAP (pinjam tagline lagu)... di atas kertas secara total game ini Perak kalah... Tak tahu la berapa pulak kali ini... tapi kalau kecundang itu mengundang matang ianya terbaik...

    Wama karu wama karALLAh... Kita merancang... Tuhan merancang... tapi peracangan Tuhan itu Maha Hebat... Mane kan tahu pula ada kejutan... Wallahualam la...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.