5 Penjaring Terbanyak Liga Super & Liga Premier 07/2008

Top Scorer Liga Super 07/2008

Berikut adalah senarai 5 penjaring gol terbanyak untuk kempen TM Liga Super dan TM Liga Premier 2007/2008 yang baru berakhir tempohari. Pemenang kasut emas untuk Liga Super ialah Marlon Alex James dari Kedah dengan 23 gol manakala pemenang bagi Liga Premier pula adalah Mouhamadou Moustapha dari Kelantan yang meledakkan 27 gol.

Marlon Alex James | Kedah

TM Liga Super

  1. Marlon Alex James | Kedah – 23 Gol
  2. Carlos Caceres | Perak – 17 Gol
  3. Frank Seator | Selangor – 15 Gol
  4. Walter Ariel Silva | Johor FC – 14 Gol
  5. Mohd Khalid Jamlus | Perak – 13 Gol

TM Liga Premier

  1. Mouhamadou Moustapha | Kelantan | – 27 Gol
  2. Otelo Ocampos Espinola | Johor – 23 Gol
  3. Alex Agbo | Plus FC – 19 Gol
  4. Liew Kit Kong | Kuala Muda – 16 Gol
  5. Andre Scotti Ossemer | Sabah – 12 Gol
Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “5 Penjaring Terbanyak Liga Super & Liga Premier 07/2008

  1. keanu147

    alamak....npak sgt lak penyerang tempatan tak setaraf penyerang2 import...tp nsb bek gak ade c khalid dlm top 5 tu..itupn 10 gol beza ngn marlon..huhu

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    tAHNIAHLAH KEPADA KHALID JAMLUS. MASIH SAMA SEERTI TAHUN LEPAS MENDAHULUI PENJARING TEMPATAN TERBANYAK DALAM LIGA SUPER WALAUPUN PADA MASA MULA2 BERMULANYA LIGA SUPER BELIAU MERUPAKAN PENJARING TERBANYAK. TETAPI SELEPAS ITU KEDUDUKANNYA DIRAMPAS OLEH SEORANG DEMI SEORANG SEHINGGALAH KE NO-5. PUSINGAN KEDUA NI TAK ADE GOL TEMAN RASA OLEH KHALID. MAKSUD TEMAN SEWAKTU LIGA SUPER LA. APA2 PUN TAHNIAHLAH BUAT KHALID. TAK LUPA JUGA UNTUK LIEW KIT KONG DARI KUALA MUDA NAZA KERANA MENJADI PENJARING TEMPATAN TERBANYAK DALAM LIGA PREMIER. KENAPALAH JURANG TERLAU JAUH DENGAN PEMAIN IMPORT SAMA2LAH KITA FIKIRKAN. ADAKAH PEMAIN KITA MASIH DI TAKUK YANG LAMA ATAU MASIH MERUDUM. ADMIN BOLEH BERITAHU SAYA KALI TERAKHIR KHALID JARINGKAN GOL DALAM LIGA SUPER?

    jawapan admin:
    TM Liga Super - Perak Vs Perlis (result). Seperkara lagi kami ingin mengingatkan kepada anda untuk tidak menggunakan huruf besar pada komen yang dibuat.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    seperti thn sebelumnyaawang import masih mendominasi senarai penjaring terbanyak liga.kalau thn lepas kita ada Keita Mandjou..dari perak.tapi thn ni masih import gak cuma berlainan org je sebab Marlon Alex James dr kedah take over.
    tapi kalo nengok pada senarai,kita boleh jugak la nak rasa bangga sebab terselit gak satu nama anak tempatan lebih-lebih lagi dari team kesayangan yong dan kita semua iaitu si khalid jamlus cuma tak sebanyak mcm thn lepas la jumlahnya.mgkn kalo dia tak dihenyak @ dilenjan mcm pisang yg nak dibuat cekodok mgkn jumlah jaringan Khalid boleh jadi besar silap-silap duk sebelah si Marlon tu.tapi sekurang-kurangnya,dia ada gak dlm senarai berbanding yg lain.(tupun kalo tak dia banyak mengalah dengan si CC mesti banyak dah sumbat).W/pun mcm-mcm cerita yg tak mcm nak enak psl si Khalid dia tetap yg terbaik dr terbaik pd yong.hope thn depan ada lagi p/jaring tmptn dlm senarai sebab tgk pd senarai mcm bukan negara malaysia plak.Usaha msti lebih..utk Razali buat sehabis baik dan cuba le cipta rekod mcm senior dgn syarat dia kena rajin turun perform le.utk khalid tahniah dan yong harap cepat sihat (tu pun kalo dia bukak website ni)..apepun perak tetap no1.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sylvershop

    hmm...gedebak gedebuk carlos ceseras 17 gol di sumbatnye. tapi yang menariknya list ni, nama-nama pemain tempatan khalid dengan liew kit kong sahaja tersenarai..mana nama-nama striker utama pasukan malaysia i.e zakuan dan safee ali. macam mana anda kata anda striker utama negara kalau 5 terbaik pun tak tersenarai..anyway tepuk dada tanya selera.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. blackbendi

    Liga Super 07/08 dah abis...
    agak kecewa jugak sebab tak dapt menyaingi kedudukan musim lepas..
    tapi awak tetap jugak bangga , sebabnye daripada 5 penjaring terbanyak ada 2 dari team perak. tambah membanggakan lagi KJ mewakili local player dalam senarai 5 penjaring terbanyak...
    mana pi local striker yang lain? pikir2 kan le..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. seansan00

    ekekeke.. klaka lak teman tgk pie.. die tanye bile last kalid skor.. last last kena sound balik.. eheheh sabar yob...

    komen admin: Apa yang melucukan?, kami tidak memerlukan tukang sorak di sini. Tiada lagi amaran terakhir kepada anda selepas ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. pie

    tq admin sebenarnya teman ni pun dah lama xbuka web ni. sibuk ngan exam. alhamdulillah dah selesai sekarang. Pasni teman balik la Malaysia minggu depan. dapatlah tgk piala malaysia berlangsung. dapat turun Stadium. sorry admin pasal penggunaan huruf besar tu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. seansan00

    ops.. maaf admin, sy x berniat mcm tuh. paper pun sean tabik diatas kerja keras, dan tegas dlm melakukan sesuatu kerja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. miez3

    Pasal senarai penjaring yg kebanyakkannya dipelopori oleh pemain import teman rasa disebabkan oleh player2 kita sendiri yg menyokong deme ni di atas padang...kalau dah tak dijolokkan bola pada deme ni maka tak dpt le jgk deme bertindak...kekadang teman tgk player2 kita ni terlalu menghormati player2 import ni dan meletakkan harapan yg tinggi pada deme...dan kebetulan kebanyakkannya diletakkan di posisi yg paling hampir utk menjaringkan gol iaitu striker...

    Pada pihak coach pulak kalau le byk player2 muda seperti Razali "Adebayor" Umar Kandasamy di beri lebih pendedahan maka lambat laun deme ni boleh menyinar lebih lagi dari player2 import...

    Walau bagaimana pun teman bangga sebab disebalik nama2 import yg tersenarai di atas terselit juga 2 nama anak tempatan yang mana salah seorangnya merupakan bekas player Perak! Bagi teman disini secara jelasnya pasukan Perak dah berjaya mengenengahkan penjaring gol tempatan yg berbakat berbeza dgn team2 lain dlm saingan liga biarpun pasukan kita agak terumbang ambing sekarang ni...dan juga kalau diteliti secara terperinci tentang team Perak ni cuba mike2 semua tgk boleh dikatakan hampir semua player tempatan Perak adalah pemain utama atau bekas pemain kebangsaan...dari penjaga gol sampe le ke striker..

    Renung2 kan la...umpama mcm kereta la enjin dan kelengkapan dah power tapi tgk jgk drivernya siapa...kena pada gayanya org pakai turbo pun silap2 haup!!

    Long live Perak!!Skor Terus Skor Yob!!
    Adios Amigos...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. meor19

    kalau tak keberatanlah... mohon admin senaraikan player2 yang menjadi pilihan admin secara personel untuk kekal pada season depan...

    komen admin: Pihak kami tidak mahu mengeluarkan sebarang pilihan selagi belum habis musim 2007/2008 ini untuk menjaga hati dan perasaan mereka yang terbabit. Namun pandangan kami setakat ini tidak lebih dari 10 orang sahaja yang layak bermain untuk pasukan Perak musim hadapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. satorare

    ada gak la terselit nama player tempatan..
    lebih membanggakn, 2 player tu dr perak..
    ok la 2...
    teman bersetuju gn yop2 yg lain..
    mana perginya safee sali gn zaquan adha..
    xde pn dlm senarai...
    hope thn dpan perak dpt ambik semula liew kit kong..
    Kejor Yeop Kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. Pakcu

    Walau apa pun teman tetap berbangga kerna dlm TM Liga Super dan Premier tahun ni masih ada anak2 tempatan yang menjadi penjaring terbanyak dan tergolong dalam top 5 scorer. Tahniah kpd Khalid serta Liew Kit Kong. Pada teman import2 player tu tidak lah menghairahkan sangat.

    Ada betul nya kata2 teman diatas... "macam mana anda kata anda striker utama negara kalau 5 terbaik pun tak tersenarai.."

    Faktor kecederaan pada pendapat teman 'mungkin' menjadikan jumlah jaringan Khalid Jamlus agak berkurangan pada sizen ini.

    Anyway tahniah sekali lagi buat anda bersama Liew Kit Kong.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. yong85

    harap-harap piala malaysia nanti tak di gantung.oh ye nanti KJ dapat main tak masa Piala Malaysia.yong risau bebenor kalo nak ngarap si CC tu.please admin inform

    komen admin: Kelibat beliau tidak pasti samada mampu untuk diturunkan pada perlawanan Piala Malaysia yang dijangka pada bulan Jun ini kerana mengikut proses pemulihanan dijangka memakan masa sehingga 3 bulan atau lebih. Segalanya bergantung kepada kerajinan dan displin beliau dalam melengkapkan proses pemulihan tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. amirfsl

    tak heran le tgk player2 import menghiasi carta 5 penjaring terbanyak di atas sebab mereke semue key player(setiap match main) dan atas sebab tu pasukan2 liga msia ni tawar dorg kontrak..bwat pe tawar dorg kontrak kalo sekadar nak jadi pemain back up?!kalo nak cari plyer bck up bek amek player tempatan..mereke semue pun adelah penyerang utame pasukan dan memg diharap beno utk skor gol bayk2!ape2 pun,tahniah sekali lagi utk kj sebab masih bergelar penjaring terbyk utk player tempatan..harap2 cepat sembuh dan dpt melalui proses pemulihan dengan sempurna dan seterusnye membantu perak dalam kempen piala malaysia tak lame lagi,,kalo kj tak injured,teman yakin die bley skor byk lagi..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.