Sukma 2008 | Perak Vs Pahang (result)
May 30th, 2008 by webmaster

Jumaat 30 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45 ptg | Kumpulan A
Perak 1 - 0 Pahang
Peluang pasukan Sukma Perak untuk layak ke peringkat seterusnya kembali cerah apabila berjaya memenangi perlawanan terakhirnya pada petang tadi menentang pasukan Pahang dengan keputusan 1 gol tanpa balas.
Wira pasukan Perak pada petang itu ialah pemain tengah skuad senior Perak, Mohd Noor Hazrul yang menjaringkan gol melalui satu sepakan percuma yang cantik dari jarak 25 meter pada minit ke 13 separuh masa pertama permainan.
Permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan berbalas-balas serangan namun tiada sebarang jaringan berjaya dilakukan oleh kedua-dua pihak selepas gol tersebut. Penolong jurulatih skuad Sukma Perak, Abu Bakar Fadzim nyata gembira dengan kemenangan tersebut walaupun perlawanan cukup sengit.
“Kemenangan ini meletakkan kita 90% dalam kedudukan selesa untuk layak ke peringkat seterusnya, Jika Pahang berjaya menewaskan pasukan Terengganu dengan keputusan 2 gol tanpa balas nanti, maka pasukan Pahang dan Perak akan layak ke pusingan seterusnya berdasarkan perbezaan jaringan gol” menurut Abu Bakar Fadzim.
Kumpulan A
| Team | P | W | D | L | G | A | Pt |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Terengganu | 1 | 1 | 0 | 0 | 3 | 2 | 3 |
| Perak | 2 | 1 | 0 | 1 | 3 | 3 | 3 |
| Pahang | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 1 | 0 |
Keputusan perlawanan bolasepak hari ini:

Melaka 1 - 2 Perlis
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan C
W. Persekutuan 1 - 0 N. Sembilan
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg | Kumpulan C
Johor 2 - 1 Sarawak
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan D
Pulau Pinang vs Brunei
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 mlm | Kumpulan D
Kelantan 1 - 2 Kedah
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
8:00 pagi | Kumpulan B
Sabah 0 - 2 Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:00 pagi | Kumpulan B
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Sukma 2008 | Perak Vs Pahang
- Sukma 2008 | Terengganu Vs Perak
- Sukma 2008 | Terengganu Vs Perak (result)
- Sukma XII Terengganu 2008 | Peringkat Suku Akhir
- Sukma XII Terengganu 2008 | Peringkat Separuh Akhir
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Sukma 2008 | Perak Vs Pahang (result)





alhamdulillah… dapat juga 3 mata. 90% layak ke suku akhir dah
harap2 pahang kalah atau seri dengan ganu lepas ni…
Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! Abu Bakar Fadzim, anda telah tunaikan janji anda kepada kami. Pasukan Sukma Perak memang berjuang habisan-habisan menewaskan Pahang. Kami berbangga dengan kemenangan ini. Teruskan ! Teruskan perjuangan anda semua hingga ke titisan keringat terakhir ! Hidup Perak ! Alhamdullilah…
Peluang Perak ada…. tapi agak susah kerna Pahang pastinya akan “all out” untuk perlawanan terakhir liga… Hanya tinggal harapan…. Plus fate….
senario perlawanan akhir kumpulan antara tganu-pahang.
jika tganu menang atau seri - tganu dan perak layak
jika pahang menang 1-0 - tganu dan perak layak
jika pahang menang 2-0 - perak dan pahang layak
adakah ini bermakna kita dah 100% layak?
sekalung tahniah utk team sukma sbb menang.teruskan usaha anda.
Tahniah kpd anda semua….berkat kelebihan jaringan gol dan menang satu perlawanan utk 3 mata penuh anda semua wajib layak ke pusingan seterusnya!
alhamdulillah..jgn berhenti separuh jalan yop!teman yakin kite mara ke pusingan seterusnye dan menang pingat emas!!
Salam semua…berita terkini psl bolasepak Sukma..pasukan Perak layak ke peringkat seterusnya bersama Terengganu setelah Terengganu menewaskan Pahang 2 gol tanpa balas…