Piala Belia | Perak vs Pulau Pinang | 25 Mei 2008
May 25th, 2008 by webmaster
Piala Belia 07/2008
Ahad 25 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Skuad belia Perak yang tidak bermain tempohari menentang ATM kerana perlawanan yang ditunda akan beraksi lagi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan Pulau Pinang di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh.
Kepada mereka yang berkesempatan mungkin boleh menonton perlawanan ini di tempat yang dinyatakan di atas untuk melihat sendiri aksi pemain-pemain skuad belia Perak yang khabarnya sudah menemui sentuhan kemenangan sejak akhir-akhir ini.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 25 Mei 2008
Plus FC vs Melaka
Stadium UPM, Serdang
Kelantan vs Negeri Sembilan
Stadium Mini Pasir Mas
Kedah vs ATM
Stadium Mini, Jitra
PDRM vs Perlis
Padang Utama Pulapol
PKNS vs Pahang
Padang Kompleks Sukan PKNS
Proton FC vs Johor
Padang Proton Seksyen 26, Shah Alam
Kuala Lumpur vs My Team FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Johor FC vs Felda United FC
Stadium Jcorp Pasir Gudang
SSBJ vs Shahzan Muda
Padang D MSN Bukit Jalil
Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Belia | Perak vs PDRM| 5 Julai 2008
- Piala Belia | Perak Vs Melaka | 7 Mei 2008
- Piala Belia | Perak Vs Negeri Sembilan | 18 Mei 2008
- Piala Belia | Perak vs Plus FC | 22 Jun 2008
- Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Belia | Perak vs Pulau Pinang | 25 Mei 2008





teman harap skuad belia akan menjadi pasukan yg digeruni. demi menjaga nama negeri yg hampir dipandang rendah oleh negeri lain
teman ingat nak pegi nengok deme main ptg ni….. tapi hujan….
Keputusan penuh perlawanan:
Perak 2 - 1 Pulau Pinang
Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh pemain berjersi nombor 20 iaitu Hakim Roslee pada minit ke 55. Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan pada minit 85 melalui tendangan penalti.
Gol kemenangan pasukan Perak pula disumbangkan oleh pemain berjersi nombor 9, Izham pada saat-saat akhir perlawanan iaitu minit ke 89 permainan.
Tahniah skuad belia Perak atas kemenangan anda. Terima kasih kepada ‘informer’ yang telah memaklumkan keputusan perlawanan kepada pihak kami.
teman punya cadangan tahun akan datang team belia dihantar untuk terlibat juga dalam sukma. bagi mereka tekanan sedikit, dan cuba asuh mereka terlibat dengan macam2 game. ini bertujuan supaya apabila dema sudah dapat diserapkan kemana mana pasukan yang harus menempuhi dengan pelbagai game maka mentaliti dema akan kuat dan mampu menepis segala tekanan. ini bermakna dema akan menjadi pemain yang berkualiti siapa sokong tolong balas cadangan teman. i still love perak and team malaysia
menang lagi!tahniah team belia..bile main kat tempat sendiri,hanye kemenangan yg seharusnye dimiliki!!teman rase elok kalau team belia dan team presiden digabungkan bagi menghadapi kejohanan sukma..buktikan bahawa perak mempunyai pemain2 pelapis yg berwibawa dan mampu menyinar di suatu masa nanti..
Sepatutnya mana-mana pasukan yang menjulang Piala Belia atau Piala Presiden yang diletakkan sebagai pilihan untuk bertanding dalam kejohanan seperti CYC… bukannya skuad belia Malaysia… barulah setanding kelab bertemu kelab… manakan tahu pasukan belia negeri lebih hebat dari pasukan belia negara???
teman harap admin dapat paparkan kedudukan pasukan belia perak sekarang. adakah ditangga atas ataupundi tangga bawah
ade x serbe sdiket gambo2 tntg plwn ni…camne perak main,cantik ke x
Tahniah pasukan belia…keep it up your good work…anda semua tetap berada di hati kami penyokong2 Seladang..Skor Yob Skor!!